fbpx

[Analisa] Pelan Seterusnya Buat Grab: GrabPay atau GrabFood?

Oleh : Dr Muhammed Abdul Khalid
29 Mac 2018 - 8:00 pm

Reading Time: 3 minutes

 


  • Grab akan menawarkan perkhidmatan pinjaman mikro dengan kerjasama syarikat Jepun, Credit Saison.
  • Grab mempunyai big data yang lebih unik yang akan menentukan kumpulan sasaran dengan lebih terperinci.

 

Tiada lagi Uber Eats di Malaysia. Gambar Fortune, 2018

Selepas berjaya menguasai Uber, Grab sekarang menjadi sebuah kuasa monopoli dalam sektor perkhidmatan kenderaan ‘e-hailing’ di rantau Asia Tenggara.

Dari pihak Uber pula, melalui perjanjian yang dibuat dengan Grab, ia hanya memiliki kepentingan sebanyak 27.5 peratus sahaja dalam Grab selepas itu.

Secara strategiknya, manfaat Grab membeli Uber bermaksud semua servis yang dikendalikan Uber akan dikuasai Grab sepenuhnya termasuklah Uber Eats yang mempunyai kerjasama dengan McDonald’s.

Maka, selepas mengambilalih Uber, Grab sudah boleh fokus dan mendominasi melalui servisnya GrabFood bagi menggantikan Uber Eats dan menguasai pasaran di Asia Tenggara.

Apabila Grab telah mengambilalih Uber, perkembangan ini telah menggerunkan syarikat perkhidmatan penghantaran makanan yang lain seperti Honestbee, Foodpanda dan Deliveroo.

Setakat ini difahamkan, GrabFood sudah beroperasi di beberapa negara seperti Thailand dan Indonesia.

Manfaat lain kepada Grab pasca-ambilalih Uber ini juga bermakna persaingannya semakin kecil dan Grab boleh tingkatkan strategi dan fokus terhadap pesaing yang lain pula.

Jika di Indonesia, pesaing utama Grab adalah GoJek dan GoPay. Tetapi harus diingatkan bahawa persaingan dengan dua aplikasi e-hailing ini pun tidak mudah kerana kekuatannya di negara itu.

Untuk memastikan kewujudannya terus relevan, baru-baru ini Grab telah mendedahkan pelan strategiknya yang lebih luas berbanding sekadar menawarkan perkhidmatan kenderaan dan hantar makanan sahaja.

Strategi Jangka Panjang Grab

Pelan strategik itu pula diumumkan dalam satu acara Money 20/20 Asia di Singapura. Dalam acara itu, Grab mengumumkan untuk menawarkan perkhidmatan pinjaman mikro melalui satu kerjasama baharu dengan syarikat kewangan pengguna dari Jepun, Credit Saison.

Melalui kerjasama ini, jenama baharu yang akan diperkenalkan adalah ‘Grab Financial Services Asia’.

Perkhidmatan pinjaman ini akan menyediakan insurans yang mana kumpulan pelanggan sasaran adalah pemandu dan pelanggan Grab.

Produk ini pula akan dibentuk melalui satu kerjasama dengan syarikat hartanah dan insurans dari Switzerland, Chubb.  

Kelebihan besar yang dimiliki Grab dalam perancangan strategi ini ialah kerana data raya (big data) pelanggan yang dimiliki melalui servis e-hailing kenderaan dan servis pembayaran mobile melalui aplikasi GrabPay.

Daripada data raya yang dimiliki, Grab boleh menyediakan analisis data ‘penilaian kredit dan risiko’.

Tambahan pula, analisis data bukan sesuatu yang  mudah dibuat terutamanya di rantau ini yang mempunyai nisbah penduduk dengan akses bank yang secara relatif masih kecil.

Sebelum ini portal, The Asean Post turut mendedahkan bahawa hanya satu per empat daripada keseluruhan 640 juta penduduk di Asia Tenggara yang mempunyai akaun bank.

Selain itu, kelebihan Grab pula berbanding syarikat e-dagang, syarikat kewangan dan institusi perbankan ialah data mengenai corak perantauan pelanggan.

Lebih menarik, Grab turut mempunyai kelebihan data yang lebih mendalam tentang corak kepenggunaan pelanggan yang lain seperti jenis makanan kegemaran pengguna dan tempat lawatan kegemaran penguna.

Oleh itu Grab mensasarkan kumpulan pelanggan seperti pemandu Grab, agen online-to-offline (O2O) dan penjual di GrabPay.

Dalam pada itu, Grab turut mengumumkan pelan strategik jangka panjang untuk menyediakan servis skor kredit (credit scoring).

Ketua GrabPay, Jason Thompson berkata, agenda Grab untuk menceburkan diri dalam sektor kewangan adalah satu perancangan yang strategik.

Beliau membuktikan hal ini dengan mendedahkan bahawa Grab sudah menyediakan hampir US$737 juta pinjaman untuk perkhidmatan sewa kereta, beli telefon pintar dan sebagainya.

Dalam hal ini hanya 1.5% sahaja pinjaman gagal (default rate).

Untuk melaksanakan semua projek ini, kerjasama itu akan diwujudkan dalam servis aplikasi Grab yang baru iaitu Grab Financial bersama dengan GrabPay dan Grab Rewards.  

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 24-01
Kapital

Kenapa Orang Jepun Tidak Membeli Kereta Buatan Amerika

Reading Time: 2 minutes 40% daripada kereta yang dijual di Jepun adalah kereta bersaiz kecil General Motor hanya mampu menjual 700 unit…

Featured Image 3-01 (1)
Kapital

Perkhidmatan Kesihatan & Impak Kepada Ekonomi Negara

Reading Time: 2 minutes   AmInvestment menjangkakan prospek pertumbuhan bagi sektor kesihatan adalah positif untuk tempoh jangka panjang yang akan datang berdasarkan…

Featured Image 2-01
Kapital

Graduan B40 Sukar Dapat Kerja Setimpal

Reading Time: 10 minutes   Peluang melanjutkan pelajaran di menara gading, kini bukan lagi jaminan bagi anak-anak daripada keluarga miskin serta kelompok…

Featured Image-01
Kapital

Hi HOME Bakal Tingkatkan Kadar Pemilikan Rumah Di Malaysia

Reading Time: 3 minutes   Jika ditanya kepada sesiapa sahaja, sudah pasti memiliki rumah adalah salah satu impian yang mahu dipenuhi. Selain…