fbpx

EAEC Semakin Relevan Hadapi Perang Dagang

Oleh : Kapital
23 Jun 2018 - 3:18 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Tun Mahathir perkenalkan semula EAEC ketika AS semakin meningkatkan dasar perlindungan perdagangan.
  • Inisiatif ini dijangka akan mengundang kemarahan AS serta berisiko dikenakan pengharaman import Malaysia ke AS.

Semasa Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa depan Asia atau Persidangan Nikkei kali ke-24 di Tokyo pada 11 Jun lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyentuh mengenai keperluan melaksanakan semula inisiatif Kumpulan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC).

 

Menurut Tun Mahathir, kepentingan blok perdagangan baharu itu diwujudkan adalah untuk menangani dasar perlindungan perdagangan (protectionism) yang semakin hebat dilancarkan oleh Amerika Syarikat (AS) di bawah pimpinan Donald Trump ketika ini.

 

Sebenarnya inisiatif ini pernah dicadangkan sendiri oleh Tun Mahathir pada 1997 semasa masih menjadi Perdana Menteri. Dalam usahanya itu, Tun Mahathir turut berminat untuk melihat Jepun memimpin EAEC itu kerana statusnya sebagai anggota G7 iaitu kalangan negara yang memiliki ekonomi yang besar dan maju.

 

Malangnya agenda itu terhalang ekoran bantahan AS yang khuatir akan hilang pengaruh di rantau itu. Dari kalangan negara Barat pula, selain terdapat pengecualian, negara-negara itu juga sudah menjadi anggota pelbagai kumpulan ekonomi seperti Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) serta pertubuhan serantau lain di Asia Timur.

 

Kredit: Touristmaker

 

Selain bantahan AS, kegagalan EAEC dilaksanakan dahulu adalah kerana sempadan serantau yang sukar ditentukan dengan tepat. Tambahan pula, dalam kalangan negara Asia Timur terdapat perbezaan yang cukup besar dari segi ekonomi, politik dan rantau.

 

Sebenarnya dalam kalangan negara Asia Timur ada juga yang turut tidak bersetuju dengan inisiatif itu dan yang agak mengejutkan apabila yang menolak itu adalah Jepun iaitu negara yang diharapkan oleh Tun Mahathir untuk memimpin EAEC.

 

Hal ini demikian kerana negara matahari terbit itu rasa terancam dengan cara Tun Mahathir memperkenalkan EAEC yang dianggap tidak berkesan malah ditolak oleh negara Asean yang lain.

 

Tetapi berdasarkan situasi semasa, apatah lagi pengumuman Tun Mahathir itu dibuat pula di Jepun, dijangkakan Tokyo tiada masalah untuk memastikan EAEC direalisasikan. Selain disebut EAEC, kumpulan perundingan ini turut dikenali sebagai Kumpulan Ekonomi Asia Timur (EAEG).

 

Image result for free trade zone
Kredit: Azernews

 

Pada awalnya pakatan ekonomi ini merupakan inisiatif untuk membentuk sebuah zon perdagangan bebas (FTA) yang hanya melibatkan seluruh negara Asean, China, Korea Selatan dan Jepun. Dalam usaha terbaharu ini, Tun Mahathir turut mencadangkan supaya India dan negara-negara Asia Tengah turut dilibatkan bersama.

 

Dalam pada itu, ahli ekonomi, Hoo Ke Ping menjangkakan usaha menghidupkan semula EAEC ini akan berdepan cabaran tersendiri serta berisiko mengundang kemarahan AS. Antara kesan buruk yang paling mudah dijangkakan adalah pengharaman import barangan Malaysia ke AS.

 

Sebelum ini, Tun Mahathir menolak Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang mana kemudiannya bertukar kepada Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) apabila Trump menarik AS keluar dari inisiatif perdagangan yang dibawa oleh bekas Presiden AS, Barack Obama.

 

Asas penolakan dan kritikan Tun Mahathir terhadap TPPA adalah kerana sifat perjanjian itu yang dianggap berat sebelah dan tidak adil.

 

Image result for rcep
Kredit: The Japan Times

 

Selain CPTPP, satu lagi inisiatif perdagangan yang turut muncul dan menjadi saingan kepada perjanjian tersebut iaitu Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP)  yang mendapat sokongan kuat China.

 

Belum dapat dipastikan pandangan Tun Mahathir berhubung RCEP ini tetapi satu hal yang hampir pasti, Tun Mahathir tidak begitu suka dengan pengaruh China yang berlebihan dalam inisiatif ini.

 

Justeru, kesimpulan awal yang boleh diambil dalam EAEC ini adalah usaha Tun Mahathir untuk memastikan kewujudan sebuah blok perdagangan yang lebih setaraf kedudukan dalam kalangan negara anggota supaya hubungan ekonomi yang dibentuk lebih adil dan saksama serta saling hormat menghormati.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…