fbpx

FGV Bukan Lagi ‘FELDA’

Oleh : Kapital
29 Jun 2018 - 4:16 pm

Reading Time: 4 minutes
  • Ahli-Ahli Lembaga Pengarah FGV yang baru bertindak menukar nama Felda Global Ventures Holdings Bhd kepada FGV Holdings Bhd. 
  • Tiga wakil kerajaan termasuk ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad tidak dilantik menjawat jawatan Ahli Lembaga Pengarah dalam FGV yang terkini. 

 

Lembaga-Lembaga Pengarah FGV semalam bertindak membatalkan hasrat untuk mengadakan undian kembali ahli-ahli lembaga pengarahnya dalam sesi mesyuarat pelantikan semalam.

 

Merujuk kepada laporan akhbar The Edge, Datuk Seri Abu Bakar Harun yang merupakan bekas pengarah bebas dan bukan eksekutif FGV sebelum ini adalah merupakan wakil daripada badan FELDA yang tidak dilantik kembali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif dalam FGV bagi sesi terkini.

 

Beliau juga merupakan Pengerusi bagi  Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Pahang dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan yang mempunyai hubungan rapat dengan bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

 

Selain itu, nama-nama lain yang tidak dilantik ialah wakil-wakil dari kerajaan iaitu Ketua Pegawai Eksekutif FGV iaitu Datuk Zakaria Arshad dan Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif Datuk Siti Zauyah Md Desa.

 

Sebuah cadangan telah diusulkan dalam penilaian semula resolusi-resolusi mesyuarat lembaga pengarah ini, namun resolusi bagi mencadangkan pelantikan semula beliau dalam FGV tetap ditolak.

 

Menurut FGV, cadangan ini ditolak kerana usul tersebut kekurangan sokongan. Datuk Wira Azhar Abdul Hamid selaku Pengerusi FGV menyifatkan situasi demikian sebagai ‘sebuah situasi yang unik’ dan ia merupakan pertama kali berlaku dalam mesyuarat tahunan Lembaga Pengarah FGV.

 

Beliau mengulas,

“Ini adalah kali pertama dalam hidup saya dalam mesyuarat lembaga pengarah yang saya tidak memperoleh satu resolusi tanpa sokongan”.

 

Akan tetapi, beliau akhirnya akur kerana katanya, kejadian ini menggambarkan pemilihan keputusan dalam kalangan pemegang saham sendiri dalam mesyuarat tersebut.

 

Hal ini terjadi kerana rekod bekas Perdana Menteri ini yang mempunyai isu serius dalam skandal 1MDB yang diuarkan menjadi punca besar kejatuhan parti Barisan Nasional yang sudah memerintah negara lebih 60 tahun. Tidak cukup dengan itu, banyak berita yang kurang menyenangkan melibatkan FELDA dengan pelbagai skandal korupsi.

 

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad pula, lantikannya tidak dibuat kerana penglibatannya dalam sokongan terhadap kempen parti Barisan Nasional bagi Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

 

Resolusi pelantikan semula Datuk Seri Abu Bakar Harun sebagai ahli lembaga pengarah FGV tidak diterima. Kredit: utusan.

 

Dalam mesyuarat ini, antara resolusi lain yang diterima adalah mengubah nama Felda Global Ventures Holdings kepada FGV Holdings dalam usaha memisahkan dirinya daripada nama buruk FELDA yang lama dan anak-anak syarikatnya yang lain.

 

Buat masa kini, badan FELDA ini membeli pegangan dalam FGV sebanyak 33.7%. Oleh itu, bagi menjaga kepentingan FELDA dalam FGV, tiga wakilnya dihantar dalam badan FGV termasuk Datuk Seri Abu Bakar Harun sendiri.

 

Selain itu, FGV Holdings juga bertindak akan mengubah nama anak-anak syarikatnya yang bakal memakan masa selama setahun dengan kos yang bernilai RM2 juta.

 

Dalam usaha membersihkan nama FGV ini, langkah ini diberitakan penting. Banyak perkara berkontroversi yang telah merosakkan nama FGV perlu dijernihkan kembali.

 

Mengikut Datuk Wira Azhar Abdul Hamid lagi, antara isu yang memerlukan penjernihan tersebut adalah seperti isu pembelian bangunan di London.

 

Pembelian tersebut merujuk kepada pengambilalihan Park City Hotel di London yang diuar-uarkan dibeli oleh unit pelaburan FELDA iaitu Felda Investment Corporation (FIC) dengan harga yang meragukan.

 

Transaksi tersebut didakwa bernilai RM330 juta pada tahun 2014 jauh melebihi harga pasarannya iaitu RM110 juta.

 

Tegasnya, isu tersebut sekalipun disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), namun ia bukannya melibatkan syarikat FGV.

 

“Orang ramai bercakap tentang bangunan di London. Akan tetapi, ia bukannya milik kita. Ini adalah antara langkah pembetulan yang kita perlu laksanakan”.

 

Dalam sebuah kes yang hampir serupa, SPRM juga menyiasat mengenai isu pembelian hotel di Kuching pada harga RM160 juta sedangkan harga pasarannya hanyalah pada RM50 juta. Bahkan tidak cukup dengan itu, badan ini juga sedang menyiasat mengenai isu skandal tanah FELDA di Jalan Semarak bernilai RM270 juta.

 

Walaupun begitu, jika diteliti dengan lebih lanjut, kesemua isu ini tidak melibatkan syarikat FGV.

 

Mengulas mengenai isu ini dengan lebih mendalam, Azhar Abdul Hamid mengakui yang kadang-kadang, syarikat FGV ini dipandang oleh orang ramai sebagai sebuah syarikat bermotifkan politik. Maka, kerana itulah banyak isu berkontroversi yang berlaku dikaitkan dengan FGV.

 

Pembelian Hotel Park City, London merupakan antara aktiviti skandal dari FELDA yang merosakkan reputasi FGV. Kredit: MalaysianAccess.

 

“Pengurusan yang telus tidak diamalkan, dan mereka menggunakan wang pelaburan dalam situasi yang tidak mempunyai amalan ketelusan,” katanya lagi.

 

“Ahli Lembaga yang dilantik kini adalah daripada golongan professional dan pakar dalam bidang masing-masing. Mereka adalah golongan, yang sekalipun saya mahukan, tidak akan membenarkan perkara (buruk) tersebut akan berlaku.”

 

Namun, FGV masih menunggu kata putus daripada kerajaan kini sama ada Datuk Seri Abu Bakar Harun dan dua lagi wakil dari Najib Razak akan diterima dalam ahli lembaga pengarah FGV ataupun tidak.

 

Sementara itu, bagi prestasi semasa FGV dalam bisnesnya, syarikat ini menyaksikan lonjakan keuntungan bersih sebanyak RM1.33 juta bagi suku pertama tahun 2018. Hal ini adalah kerana terdapat kenaikan dalam keuntungan bisnes gula dan logistik.

 

Terkini, harga saham FGV berada pada harga RM1.49 seunit bagi setakat 3.53 petang hari ini. Ia menunjukkan sebuah kenaikan sebanyak RM0.01 sen berbanding semalam yang hanya ditutup sebanyak RM1.48.

 

Harapan bagi rakyat Malaysia melihat perubahan dalam ketelusan pengurusan FGV adalah besar terutamanya untuk masyarakat FELDA. Oleh itu, transformasi ini adalah diharapkan mampu memulihkan kembali nama syarikat FGV.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…