fbpx

Kerajaan Akan Ganti Wang Ringgit Untuk Basmi Korupsi

Oleh : Kapital
29 Jun 2018 - 4:23 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Tun M bercadang keluarkan wang baharu walaupun kos yang ditanggung tinggi.
  • Tun M pernah bertindak demikian semasa Krisis Kewangan Asia pada 1998.

 

Kerajaan mengkaji kemungkinan untuk menggantikan wang Ringgit Malaysia yang digunakan dalam negara sekarang sebagai satu langkah untuk membasmi korupsi.

 

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, selain daripada pertukaran kertas wang ringgit, kerajaan turut menggunakan kaedah nirtunai (cashless) untuk tujuan yang sama.

 

Namun begitu, beliau akur kesukaran untuk berbuat demikian kerana kekurangan maklumat tentang jumlah wang kertas yang beredar dalam negara.

 

Dalam hal ini, Bank Negara memerlukan kos yang besar untuk mencetak wang kertas dan syiling.

 

“Kita terpaksa menukar wang yang beredar dan jumlahnya terlalu besar,” katanya dalam satu wawancara dengan Channel NewsAsia.

 

“If you were to replace, you need to print huge amounts of paper money and that is not a decision that one makes lightly.  “You have to study the effects on the economy,” Mahathir added
Kredit: The Star

 

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, selain berdepan kesukaran untuk membuat keputusan mencetak wang kertas baharu dalam satu jumlah yang besar, kerajaan turut khuatir tentang kesannya kepada ekonomi.

 

Ketua Ekonomi Ambank Research, Anthony Dass berkata, langkah yang diambil kerajaan itu menelan belanja yang cukup mahal kerana melibatkan beberapa prosedur bermula reka bentuk wang baharu, mencetak dan ciri-ciri keselamatan.

 

Ini bukan kali pertama Tun Mahathir bertindak demikian kerana pada September 1998, beliau pernah melakukan penyahwangan (demonetization) ketika berlaku Krisis Kewangan Asia.

 

Dalam tempoh terdekat, India turut bertindak demikian pada November 2016 apabila Perdana Menteri, Narendra Modi menyahwang semua wang kertas 500 dan 1,000 rupess dan memperkenalkan wang kertas 500 dan 2,000 rupee.

 

Walau bagaimanapun, menurut Bank Rizab India, langkah tersebut gagal untuk menangani masalah wang haram.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…