fbpx

Konten Resolusi Persidangan Negara-Negara G7 2018 yang Tegang

Oleh : Kapital
12 Jun 2018 - 2:31 pm

Reading Time: 4 minutes
  • Persidangan kali ke-44 Kumpulan G7 kali ini diadakan di Quebec, Kanada.
  • AS tetap berdegil dalam banyak resolusi menyebabkan munculnya ketegangan antara negara-negara ini.

Ramai yang masih tidak mengetahui bahawa bermulanya pada tarikh 8 Jun hingga 9 Jun lepas, ia adalah sebuah tarikh penting permulaan persidangan Negara-Negara Kumpulan G7 yang ke-44 yang bertempat di Quebec, Kanada.

 

Bagi mereka yang belum arif mengenai negara-negara G7 (Group 7) ini, ia adalah sebuah pertubuhan bagi tujuh negara maju yang mempunyai jumlah KDNK dan nilai net worth yang tertinggi di dunia. Negara-negara yang mencapai status tersebut ialah Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Perancis, Kanada, Jepun dan Jerman.

 

Kumpulan G7 atau dikenali sebagai G8 sebelum ini, ditubuhkan sejak 1975 lagi dalam membincangkan beberapa isu penting ekonomi negara dan hubungan dua hala antara negara melalui kerjasama ekonomi. Sejurus selepas Rusia dikeluarkan daripada pertubuhan pada tahun 2014 kerana menyerang Ukraine, ia kemudiannya menjadi Kumpulan G7 sahaja.

 

Persidangan kali ini yang bertempat di hotel ternama The Fairmont Le Manoir Richelieu di Quebec, Kanada membincangkan beberapa resolusi yang penting. Oleh itu, keputusan resolusi dalam beberapa isu tersebut telah kami senaraikan di bawah seperti berikut:

 

1) Isu Perdagangan dan Tarif

 

Isu ini adalah isu yang paling utama yang mahu dibincangkan oleh negara-negara G7 ini lantaran kerana ketegangan keharmonian dalam hubungan perdagangan antara negara yang semakin meningkat. Pada 1 Jun baru-baru ini, Trump selaku Presiden negara AS bertindak mengenakan tarif kepada bahan import dari Kesatuan Eropah, Kanada dan Mexico.

 

Trump mengenakan tarif sebanyak 10% bagi import aluminium dan 25% bagi import besi dari negara-negara ini. Menurut CNBC, Trump dilaporkan mendakwa,

“Penemuan (dari Wilbur Ross, Setiausaha Perdagangan) bahawa AS telah mengimport begitu banyak besi dan ini adalah merupakan sebuah ancaman kepada negara ini”.

 

Ancaman yang Trump maksudkan ialah keperluan ekonomi tempatan US sendiri dalam menghasilkan besi yang cukup bagi sektor pertahanan negara, tanpa perlu bersaing dengan pasaran import. Oleh itu, beliau bertekad dalam mengenakan kembali cukai tarif kepada produk-produk import ini bagi mengurangkan import besi.

 

Suasana tegang muncul apabila negara-negara Kumpulan G7 membincangkan mengenai tarif dan perdagangan antara negara dalam persidangan ini. Kredit: financialexpress. 

 

Lantaran kerana hal ini, Kesatuan Eropah lantas mahu mengenakan tarif kepada import dari AS terhadap produk motosikal, minuman keras dan produk pertanian pada bulan Julai. Bagi negara Kanada, ia juga bertekad dalam mengenakan tarif terhadap barangan import dari AS.

 

Dalam persidangan tersebut, kesemua pemimpin negara yang hadir bertindak membincangkan mengenai isu hangat ini. Akan tetapi, Trump tetap berpendirian untuk tidak menghapuskan cukai-cukai tarif tersebut, selepas beliau diberitakan berang dengan kata-kata Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau.  Maka, kesannya, amalan dalam mengenakan cukai tarif dalam kalangan negara G7 akan tetap diteruskan selepas ini.

 

2) Perubahan Iklim dan Cuaca

 

Isu perubahan iklim dan cuaca menjadi perhatian banyak negara maju selepas kemerosotan iklim yang semakin ketara. Akan tetapi, Trump kelihatan tidak berminat dalam hal ini. Ketika Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau berucap mengenai hal ini bagi mengalih perhatian daripada isu tarif dan perdagangan yang tegang, Trump nampaknya mengundurkan dirinya.

 

Oleh yang demikian, kesemua pemimpin negara lain meneruskan perbincangan mengenai hal ini untuk bersetuju dengan Perjanjian Iklim Paris (Paris Climate Agreement).

 

Dalam resolusi tersebut, kesemua negara bersetuju untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang neutral kepada bahan karbon.  Bahkan, mereka juga mahu memberi komitmen dalam mengurangkan pencemaran udara dan air dan pengeluaran gas hijau dalam ekonomi.

 

3) Sekatan kepada Pembangunan Nuklear Iran dan Konflik Palestin – Israel

 

Menyentuh mengenai isu ini, kesemua negara G7 kecuali Amerika Syarikat bersetuju untuk meneruskan usaha menandatangani perjanjian bersama Iran agar menghentikan pembangunan nuklearnya bermula pada tahun 2015. Sebagai balasannya, Iran akan dikecualikan daripada menghadapi sekatan ekonomi dari negara-negara tersebut.

 

Akan tetapi, Trump sebelum ini bertindak untuk tidak bersetuju dan mendakwa bahawa Iran sebenarnya masih melanggar perjanjian-perjanjian mengenai pembangunan senjata berbahaya yang lain. Oleh itu, AS mengambil keputusan untuk tidak mahu meneruskan perjanjian, malah mahu sebaliknya mengenakan sekatan ekonomi kepada Iran pula.

 

Beralih kepada isu konflik antara Palestin – Israel, persidangan ini bersetuju agar pertemuan atas nama keamanan akan dilaksanakan bagi menyelesaikan isu kemanusiaan di Gaza.

 

4) Kemasukan Rusia Kembali dalam G7

 

Uniknya dalam hal ini, di sebalik ramai orang awam mendakwa bahawa Rusia merupakan musuh utama AS, Trump pula bertindak sebaliknya dengan mengusulkan agar Rusia diberikan kehlian kembali dalam Kumpulan G7. Tujuan Trump menjemput Rusia kembali adalah kerana mahu mengadakan hubungan kerjasama ekonomi dengan negara pimpinan Vladimir Putin ini.

 

Selepas tahun 2014, Rusia dilucutkan keahliannya dalam persidangan-persidangan Kumpulan G7. Kredit: dailyhive.

 

Rusia sebelum ini dilucutkan keahlian pada tahun 2014 kerana menyerang wilayah Crimea, Ukraine.

 

Akan tetapi, Canselor Jerman, Angela Merkel bertegas kembali bahawa sudah terdapat konsesus mengatakan bahawa Rusia tidak sepatutnya berada dalam Kumpulan G7.

 

Oleh itu, dapat kita perhatikan di sebalik kemampuan persidangan negara-negara ini berjaya mencapai satu-satu resolusi dengan jayanya, akan tetapi ia kelihatan jelas yang hubungan mereka dengan AS nampaknya makin pudar. Sejauh manakah Kumpulan G7 mampu membawa resolusi ini akan kita saksikan seterusnya.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…