fbpx

LGE: Insiden ‘Fail Merah’ 1MDB Tidak Akan Berulang

Oleh : Kapital
25 Jun 2018 - 8:30 pm

Reading Time: 2 minutes
  • ‘Fail Merah’ 1MDB cegah Ketua Audit Negara untuk akses dan meneliti dokumen tersebut.
  • Kerajaan PH akan bentuk mekanisme kewangan baharu untuk elakkan kesalahan sama berulang.

 

Kejutan demi kejutan diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng selepas beliau meneliti rekod kewangan negara di bawah pentadbiran yang lalu.

 

Antara yang mendapat perhatian besar apabila Lim Guan Eng memaklumkan kepada media mengenai sebuah dokumen yang dipanggil ‘fail merah’ yang mengandungi maklumat sulit berkaitan 1MDB.

 

Menurut Guan Eng, siasatan berhubung dokumen tersebut yang mengandungi penyelewengan dan skandal masih dilaksanakan di bawah kendalian syarikat perakaunan dan audit dalaman yang dilantik.

 

Tahap kerahsiaan fail merah ini semakin terserlah apabila Guan Eng mengatakan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja menyorok maklumat itu, malah turut menghalang auditor dan pegawai bertanggungjawab untuk akses serta meneliti butirannya.

 

Image result for red file 1mdb
Kredit: Asian Correspondent

 

Perkara ini, kata Guan Eng didedahkan sendiri oleh Ketua Audit Negara pada hari pertama ahli Parlimen Bagan itu mula bertugas di Kementerian Kewangan.

 

Guan Eng turut berkongsi perkara itu dalam satu tembual bersama Astro Awani. Beliau memberitahu, selain Ketua Audit Negara, sebuah syarikat audit antarabangsa PricewaterhouseCoopers (PwC) turut mengesahkan pendedahan itu.

 

Related image
Kredit: Finance Monthly

 

Justeru, untuk mengelakkan kesalahan yang sama berulang lagi pada masa akan datang, Setiausaha Agung DAP itu menjelaskan kerajaan akan membentuk sebuah mekanisme baharu sebagai jaminan kepada konsep ketelusan dan akauntabiliti boleh ditegakkan.

 

Terdapat tiga cadangan awal yang disebut untuk mengukuhkan mekanisme tersebut. Pertama adalah mengubah sistem perakaunan daripada wang tunai kepada sistem approval.

 

Kedua, Kementerian Kewangan akan memastikan penyata kewangan kerajaan terbuka yang mana pihak berautoriti boleh mengakses dokumen tersebut tanpa sebarang halangan lagi.

 

“Tiada lagi fail-fail merah yang menghalang pihak berautoriti mengakses,” kata Guan Eng.

 

Cadangan ketiga adalah keperluan untuk membuat audit luaran sekiranya perlu dengan cara menjemput pihak luar untuk membuat sendiri pengauditan ke atas dokumen yang disyaki.

 

Image result for tabung harapan malaysia
Kredit: Kosmo

 

Mengambil contoh Tabung Harapan Malaysia, Guan Eng berkata, antara persoalan atau kebimbangan yang timbul dalam kalangan orang ramai adalah mengenai risiko bahawa dana itu akan disalah guna.

 

Memberi jaminan perkara itu tidak akan berlaku, Guan Eng menegaskan kerajaan sekarang bukan sahaja perlu bekerja secara telus dan bersih, tetapi juga perlu dilihat dengan imej serupa.

 

“Jangan bimbang, kita akan minta syarikat perakaunan untuk audit supaya setiap sen yang telah disalurkan akan digunakan untuk tujuan sebenarnya,” katanya.

 

Semoga kerajaan Pakatan Harapan mampu mengembalikan kepercayaan orang ramai kepada kewibawaan kepimpinan negara sekarang.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…