fbpx

Monopoli Beras Bernas Bakal Berakhir

Oleh : Kapital
30 Jun 2018 - 8:30 pm

Reading Time: 4 minutes

 

  • Bernas berdepan tindakan penghapusan monopoli berdasarkan komitmen Pakatan Harapan dalam manifesto yang dilancar sebelum PRU lalu.
  • Kerajaan akan membentuk model baharu yang akan memecahkan sistem monopoli beras oleh Bernas sebelum ini.

 

Selepas ahli Parlimen Pulai, Salahuddin Ayub dari Amanah dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, antara perkara yang diberikan tumpuan adalah mengenai pengedaran beras dalam negara yang dimonopoli Syarikat Padi Beras Nasional (Bernas).

 

Hal ini bermakna, selepas Bernas memperoleh hak monopoli tersebut selama tiga hingga empat dekad, syarikat itu bakal kehilangan keistimewaan yang dijangka berakhir pada 2021.

 

Langkah menyelesaikan masalah monopoli dalam negara ini merupakan komitmen Pakatan Harapan yang ditegaskan dalam manifesto ketika menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

 

Image result for salahuddin bernas
Kredit: FMT

 

Selain Bernas, yang turut menyaksikan penamatan monopoli adalah Astro apabila Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengumumkan untuk menyiarkan perlawanan Piala Dunia yang mana menjadi hak penyiaran Astro sebelum ini.

 

Sistem monopoli yang diamalkan Bernas selama ini juga akan digantikan dengan satu model baharu yang masih dalam penyusunan sebelum boleh dikemukakan oleh kementerian tersebut.

 

Hasrat kerajaan untuk menamatkan monopoli itu turut mendapat sokongan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen dengan berpandangan harga beras akan menjadi lebih murah.

 

Chieng Jen turut mendedahkan bahawa hasil keuntungan kasar Bernas daripada beras putih dan beras wangi untuk pasaran di Sarawak sahaja dianggarkan mencecah sebanyak RM104.4 juta setahun.

 

Image result for pengusaha sawah malaysia
Kredit: MyRokan

 

Beliau juga menuntut supaya para peniaga lain yang mempunyai permit turut memperoleh hak secara adil dalam sistem pasaran terbuka untuk mengimport komoditi penting itu.

 

Oleh kerana langkah untuk mengubah sistem monopoli kepada kaedah yang lebih terbuka agak kompleks, maka, Salahuddin memberitahu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah meminta beliau supaya menyediakan memorandum untuk dibentangkan kepada kabinet berhubung kaedah untuk memecahkan monopoli tersebut.

 

Bagi memastikan memorandum itu benar-benar menepati kehendak akar umbi yang telah lama terbabit dalam industri tersebut, Salahuddin juga telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian untuk bekerjasama dengan pelbagai agensi berkaitan untuk mendapatkan idea untuk membentuk model pengeluaran beras yang lebih terbuka seperti yang diamalkan oleh negara lain.

 

Sehubungan itu, Salahuddin yang juga ahli Parlimen Pulai menjangkakan model yang sedang dibentuk itu akan siap pada Ogos depan.

 

Perlu difahami bahawa penamatan monopoli itu bukan bermakna kerajaan akan menutup Bernas, sebaliknya, membuka peluang kepada syarikat pengusaha yang lain untuk menguruskan bekalan beras dalam negara.

 

Selain daripada itu, kerajaan turut membentuk tiga jawatankuasa khas serta sebuah badan induk untuk memastikan monopoli Bernas itu dapat ditamatkan dengan berkesan serta menjadi kestabilan harga beras dan memelihara kepentingan lebih 150,000 para petani serta rakyat sebagai pembeli.

 

Tiga jawatankuasa khas itu akan diterajui oleh Pemangku Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan; Pengerusi Majlis Penasihat Pertanian Negara, Tan Sri Abdul Rahman Mamat dan; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir Izham Ahmad.

 

Sementara itu, badan induk tersebut yang merangkumi lima kementerian itu pula akan dipengerusikan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

 

Image result for jawatankuasa khas beras
Kredit: BH

 

Selain itu, empat kementerian lain adalah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Kementerian Kesihatan; Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sendiri.

 

Namun begitu, ketika kerajaan berusaha menamatkan monopoli itu, Bernas pula tetap mempertahankan sistem yang dilaksanakan sebelum ini.

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Ismail Mohamed Yusof, hal ini kerana negara tidak pernah mengalami kekurangan beras kerana kewujudan Bernas sebagai badan pengawal selia. Beliau menyuarakan pandangan bahawa langkah menamatkan monopoli akan menyebabkan pengeluar tempatan tidak dapat jual hasil mereka kerana berdepan masalah import beras yang berlebihan.

 

Beliau turut berhujah bahawa beras dalam pasaran negara adalah murah dengan hasil padi yang tinggi berbanding negara lain. Beliau menegaskan hal ini kepada media selepas bertemu Majlis Penasihat Kerajaan pada 12 Jun lalu.

 

Image result for padi rescue mtem
Kredit: BH

 

Namun begitu,  NGO Badan Bertindak Selamatkan Industri Padi dan Beras (Padi Rescue) pula mendakwa Bernas gagal membantu para petani dan para pengilang bagi meningkatkan pendapatan.

 

Sebenarnya sukar untuk mempertahankan sistem monopoli sebagai suatu kaedah yang baik untuk menjaga kebajikan orang ramai. Maka cadangan Padi Rescue supaya kerajaan menubuhkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara adalah cadangan yang wajib diteliti oleh kerajaan.

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…