fbpx

Negara Ini Memerlukan Kereta Nasional Baru, Apa Komen Pakar?

Oleh : Kapital
16 Jun 2018 - 12:00 pm

Reading Time: 5 minutes

Berita yang tergempar baru-baru ini menghebahkan yang terdapatnya kemungkinan kemunculan kembali sebuah era Proton 2.0. Ia bukan lagi sebuah rahsia yang ramai rakyat Malaysia percaya bahawa polisi automotif negara tidak mencapai pengakhiran yang dimahukan dalam beberapa isu dan bahkan mendorong kepada akibat yang tidak diingini.

 

Hingga ke hari ini, kebanyakan golongan kelas pertengahan masih menyimpan rasa kecewa kepada agenda kereta nasional, terutamanya kerana mereka ialah golongan yang akan terkesan secara langsung daripada polisi ini.

 

Sudah tiba masanya untuk kali ini, kita menghadapi realiti. Amalan melindungi (protectionist) yang diamalkan termasuk mengenakan tarif cukai tinggi kepada kereta import, mengakibatkan keburukan yang lebih banyak berbanding manfaatnya.

 

Harga yang terpaksa kita bayar bagi sebuah kereta bukan premium, termasuk bayaran faedah bagi sembilan bulan, sebenarnya memampukan kita membeli rumah apartment kos murah di luar bandar – yang jika dinilai dari sisi ekonomi, adalah lebih baik daripada membeli aset yang akan susut nilai seperti kereta.

 

Jika benar negara ini mahukan Proton 2.0, ia perlu menyelesaikan masalah-masalah lalu untuk memastikan kejayaannya. Jiaklau tidak, ia hanya sebuah pembaziran. Kredit: carlogos.org. 

 

Bahkan, dengan jumlah subsidi bagi bahan api yang makin berkurang, kebanyakan rakyat Malaysia dibiarkan dengan pilihan yang terhad – kita tidak mampu menanggung untuk berubah ke arah kereta yang lebih efisien, juga tidak mampu bergerak ke arah pengangkutan awam yang tidak begitu membangun.

 

Dengan terperangkap di tengah-tengah situasi sukar, kebanyakan daripada rakyat Malaysia berasakan untuk tidak perlu menanggung beban kewangan ini, yang natijahnya menyebabkan kuasa membeli kita semakin berkurang.

 

Tahun demi tahun, kita menyaksikan hutang kereta menjadi punca utama kepada bankrupsi yang melanda negara, dan telah memberi kesan kepada hampir 5,000 orang setiap tahun. Sudah pastinya, kesalahan ini kita boleh sasarkan kepada keupayaan celik kewangan sebagai salah satu faktornya, tetapi marilah kita tidak mengelakkan dari menyalahkan diri kita untuk menyediakan polisi yang lebih baik dan bersifat holistik.

 

Hakikatnya kita memahami, bahawa negara ini peru mencari jalan untuk memacu ekonominya, mempertingkatkan peluang pekerjaan dan membentuk skil kemahiran kejuruteraan kepada rakyat tempatan dalam negara Malaysia baru ini.

 

Akan tetapi, terdapat banyak jalan lain untuk mencapai matlamat sedemikian tanpa perlu menggunakan projek berskala besar dan berkos tinggi seperti projek kereta nasional ini.

 

Kita ambil contoh negara Thailand yang kadang-kadang juga digelar sebagai “Detroit di Asia Tenggara”, sebagai contoh kepada industri automotif yang berjaya di hub Asia Tenggara dan pernah disenaraikan sebagai sepuluh negara pengeluar tertinggi di dunia.

 

Seperti mana Malaysia, Thailand memperkenalkan polisi automotif nasional sekitar tahun 1980-an. Namun, berbeza dengan Malaysia ia mengambil kaedah yang lain.

 

Sementara kita memilih untuk mengembangkan syarikat kereta nasional, Thailand memilih untuk membuka pintu industri automotifnya dalam menarik pelabur luar.

 

Berbeza dengan Malaysia, Thailand tidak memlilih untuk mewujudkan jenama kereta nasional sendiri, sebaliknya membuka pintu kepada industri negara luar membuka kilang-kilangnya di sini. Kredit: ThaiAuto.or.

 

Setelah beberapa dekad, Thailand menyaksikan banyak syarikat pengeluar kereta multinasional membuka kilang-kilang mereka di sana, mengembangkan siratan pengeluaran (supply chain) dan mewujudkan pusat pengeluaran serantau sebagai hub eksport untuk memenuhi permintaan global di daerah serantau mahupun antarabangsa.

 

Kini, Thailand menghasilkan sejumlah hampir dua juta kereta sedangkan kita hanya mampu menghasilkan 500,000 unit sahaja setahun. Thailand sudah menjadi begitu berjaya dalam membangunkan industri automotifnya. Walaupun begitu, kita mampu berhujah kembali yang Thailand tidak mempunyai kereta nasionalnya sendiri, maka, ia tidak mempunyai polisi bagi melindungi industri automotif tempatan yang menarik minat para pelabur asing.

 

Industri tersebut mencipta sebuah ekosistem yang amat menggalakkan bagi para pengeluar dan pemasang termasuk jenama-jenama gah seperti BMW, Ford, Honda, Mazda, Mitsubishi, Nissan dan Toyota.

 

Bahkan juga, terdapat negara lain yang memilih jalan yang sama seperti Malaysia, walaupun lewat, dalam membangunkan kereta nasional akan tetapi dengan hasil kejayaan yang lebih baik.

 

Korea Selatan adalah merupakan salah satunya dengan jenama kereta terkenal Hyundai dan Kia. Industri negara Korea telah melalui empat fasa – penguasaan keupayaan pengeluaran, pengeluaran berasaskan tempatan, pemfokusan eksport dan teknologi bermandiri sendiri.

 

Secara kasar, Proton juga melalui kempat-empat fasa tersebut, namun malangnya, ia tidak menghadapi nasib yang sedemikian.

 

Hyundai amat terkenal dengan keupayaan perjanjian serantau dengan pembekal untuk memastikan jumlah kos yang kompetitif dan pada masa yang sama, ia amat mematuhi piawaian kualiti pembuatannya. Ini membantu membina reputasinya yang gah.

 

Syarikat ini juga telah melabur banyak dalam perluasan jaringan kajian dan pembangunan (R&D) agar mampu berdikari dalam penggunaan teknologi dengan bergantung kepada tenaga pakar global. Hari ini, Hyundai mampu mengekalkan hampir lapan R&D dan mencipta pusat bertaraf dunia untuk bersaing dalam ekosistem penuh inovasi dengan negara serantau.

 

Pada masa yang sama, ia membawa para penyelidiknya dekat kepada pasaran global yang membantu kemampuan mereka untuk sensitif kepada perubahan cita rasa permintaan pengguna. Dalam tempoh masa yang singkat selama 30 tahun, Hyundai mampu mengatasi masalah-masalahnya yang kebiasannya dahulu dikaitkan dengan isu kemasukan ke dalam pasaran secara lewat, kekurangan sumber, ilmu dan kemahiran.

 

Kejayaan Hyundai mencipta jenama kereta tempatannya sendiri dan kini mamasuki pasaran global yang kompetitif, adalah sesuatu yang harus serius dipelajari oleh Malaysia. Kredit: MuscleCarsZone. 

 

China pula, pada satu sisi, baru sahaja menjadi terkenal dalam dunia automotif global. Akan tetapi berbanding Malaysia, ia mempunyai saiz ekonomi yang besar dan kesannya, permintaan pasaran tempatan sudah cukup untuk memacu aspirasi industri automotifnya.

 

Polisi industri China fokus dalam menaikkan keupayaan rakyat tempatan untuk mereka bentuk dan mengeluarkan kenderaan. Ia pada asalnya bergantung kepada kerja sama negara asing namun kemudian, ia berjaya berdiri sendiri. Kejayaan ia kini juga berkait dengan keberhasilan China membina persaingan yang kecil dalam beberapa tahun.

 

China mengetahui yang ia adalah sukar untuk bersaing dengan jenama sedia ada bertaraf antarabangsa yang lain, maka kesannya, strategi industrinya menyasarkan untuk mengepalai teknologi yang berasaskan tenaga berkos rendah.

 

Oleh itu, kini, China menjadi menjadi pengeluar dan pengguna kereta elektrik terbesar. Namun, apa yang lebih utama, ia juga bermula menjadi pemain penting dalam industri automotif global terutamanya bagi kenderaan berkeupayaan tenaga baru.

 

Adalah penting untuk kita mengingati bahawa industri automotif kini bukannya seperti dahulu lagi. Pengeluar-pengeluar besar dalam pasaran lama banyak yang dicabar oleh pengeluar baru dan berasaskan digital yang berhasrat menyediakan mobiliti bersifat terkini.

 

Realitinya ialah, industri automotif sudah berada di penghujung jalan dalam revolusi besar. Hampir setiap hari kita mendengar berita perubahan baru, daripada truck platooning yang membenarkan kereta truck berkomunikasi sesama sendiri, kepada berita kereta teksi terbang. Dalam banyak hal yang lebih luas, masa depan mobiliti akan menjadi lebih berdigital.

 

Ini adalah perbahan-perubahan penting terhadap konsep mobiliti yang kita sudah mengalaminya sendiri sudah hampir 100 tahun yang lalu. Oleh itu, marilah kita tidak hanya membangkitkan agenda kereta nasional yang hanya bersifat sentimental.

 

Malah sebaliknya, marilah kita mewujudkan polisi industri yang bersifat holistik dan berasaskan sektor automotif dan bukannya membiarkan rasa bangga menjadi penghalang kepada kewajaran kita dalam membuat keputusan.

 

Artikel ini diambil daripada The Malaysian Insight, hasil penulisan Dr. Amir F.N Abdul Manan, pakar penyelidik berkenaan tenaga, teknologi dan polisi yang kini berada di luar negara.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Front Facade
Kapital

Lokasi Adalah ‘Senjata’ Penting Tarikan Hartanah

Reading Time: 4 minutes Tatkala pasaran hartanah semasa berada dalam situasi yang mencabar, apakah faktor yang boleh menarik minat orang ramai untuk…

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…