fbpx

Relevankah Kompleks Beli Belah Ketika Ini?

Oleh : Kapital
11 Jun 2018 - 9:00 pm

Reading Time: 5 minutes
  • 3 per 4 pengguna membeli barang secara online.
  • Sektor barangan sukan dan F&B masih survive dengan premis fizikal.

 

Selepas beroperasi selama 31 tahun di Plaza Sungei Wang, Kuala Lumpur, akhirnya pada Februari lalu, Parkson terpaksa menutup operasinya.

 

Situasi sama turut berlaku kepada AEON apabila kaunter kosmetiknya ditutup di Quill City Mall. CGH Retail (M) Sdn Bhd yang mengendalikan rangkaian runcit seperti Giant dan Cold Storage menamatkan perniagaan Giant Bachang Melaka Mall.

 

Pada tahun lalu, Giant turut dilaporkan menutup serentak lima cawangannya kerana perjanjian pajakan yang tidak disambung lagi.

 

Situasi ini sering digunakan segelintir pihak untuk menjelaskan keburukan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

 

Image result for giant tutup cawangan
Kredit: Maukerja

 

Beberapa rangkaian runcit lain yang berdepan masalah serupa adalah Mydin, Tesco, Econsave, BIG, Parkson, KK Supermart, 99 Speedmart dan Econsave.

 

Mydin sebagai pembekal barangan runcit tunggal dalam inisiatif Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) turut berdepan kegawatan apabila mencatatkan kerugian pertama selepas 60 tahun beroperasi.

 

Selain daripada rangkaian runcit, masalah sama turut dihadapi oleh kompleks membeli belah apabila banyak ruang premis ditutup dan gagal mendapat penyewa baharu.

 

Keadaan ini dikuatkan melalui Laporan Perkembangan Risiko dan Penilaian: Kestabilan Kewangan Pada 2017 oleh Bank Negara Malaysia mendedahkan jangkaan bahawa 3.53 juta meter persegi ruang pejabat baharu dijangka menguasai pasaran apabila 140 buah kompleks beli-belah baharu akan dibina di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor menjelang tahun 2021.

 

Image result for new shopping complex in kl
Kredit: backpackingmalaysia.com

 

Malangnya, laporan itu turut menunjukkan bahawa jumlah urusniaga harta tanah komersial itu menguncup sebanyak 8.2 peratus yang mana melibatkan 16,025 buah dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun lalu.

 

Bagi urusniaga bernilai lebih RM1 juta, nilai urusniaga meningkat 3.8 peratus kepada RM17.8 bilion. Tetapi aktiviti dalam segmen hartanah komersial didapati lebih lembap di kebanyakan negeri utama seperti Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang

 

Tetapi benarkah faktor kegawatan ini berpunca daripada GST?

 

GST jadi punca?

 

Sebelum menjawab, eloklah diteliti juga laporan perbandingan jualan subsektor runcit yang dikeluarkan oleh penyedia penyelidikan pasaran, Euromonitor International.

 

Image result for euromonitor international
Kredit: Sound Cloud

 

Laporan itu telah mengkaji perkembangan empat kategori runcit iaitu rangkaian serbaneka, hypermarket, supermarket dan jualan runcit melalui internet bermula dari tahun 2012 sehingga tahun 2017. Selain itu, badan penyelidik berkenaan turut membuat ramalan untuk tahun 2018 dan 2019.

 

Secara umumnya, hanya hypermarket yang mengalami penurunan iaitu pada tahun lalu apabila memperoleh RM13.68 bilion berbanding tahun 2016 sebanyak RM13.91 bilion.

 

Sementara itu, supermarket pula terus mencatatkan peningkatan tahun demi tahun. Tetapi situasi yang lebih memberangsangkan berlaku pada jualan runcit online. Peningkatan paling pesat berlaku pada tahun 2017 yang memperoleh RM5.09 bilion berbanding tahun 2016 sebanyak RM3.97 bilion.

 

Euromonitor menjangkakan jualan runcit dalam talian ini boleh mencecah RM6.25 bilion pada tahun ini dan RM7.67 bilion pada tahun hadapan.

 

Image result for e-dagang
Kredit: Bacalah Malaysia

 

Pencapaian memberangsangkan sejak tahun 2012 banyak disumbangkan melalui laman e-dagang dan aplikasi yang dikendalikan sendiri oleh rangkaian runcit tersebut.

 

Dari pihak pengguna pula, orientasi pembelian turut beralih dengan ketara melalui tablet, laptop dan telefon bimbit. Prasarana dan tawaran yang menarik dari syarikat telekomunikasi turut merancakkan fenomena ini.

 

Tinjauan yang dibuat oleh Mastercard berhubung pembelian dalam talian pada November 2016 menunjukkan tiga daripada empat pengguna di Malaysia terlibat dengan kaedah baharu ini.

 

Tinjauan turut mendapati 89.4 peratus responden mengakui membeli dalam talian  sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga bulan berbanding 81 peratus pada tahun sebelumnya.

 

Peningkatan bayaran secara digital serta kemunculan kaedah teknologi bayaran baharu yang dilengkapi ciri-ciri baharu merangkumi aspek keselamatan, kelajuan dan keselesaan pembeli menjadi trajektori yang menyokong perkembangan ini selaras dengan cita-cita Malaysia muncul sebagai pemain ekonomi digital.

 

Image result for digital payment
Kredit: Business Insider UK

 

Hanya simptom sementara

 

Walaupun e-commerce dilihat sebagai punca kemerosotan yang menyebabkan penutupan rangkaian runcit, tetapi sebenarnya masalah itu hanya simptom sementara sahaja.

 

Hal ini kerana beberapa rangkaian tersebut akan membuka cawangan baharu pada tahun ini. Contohnya Parkson yang akan membuka sebuah cawangan, 99 Speedmart (200 cawangan), Econsave (tiga cawangan) manakala KK Super Mart pula menggantikan Mydin sebagai pembekal KR1M 2.0.

 

AEON pula telah membuka AEON Mall Kuching pada April lalu. Rangkaian runcit AEON iaitu Maxvalu turut dibuka sebuah pada tahun ini.

 

Retail Group Malaysia Sdn Bhd (RGM) pula optimis dengan ekosistem perniagaan yang semakin pulih di Malaysia yang dibuktikan dengan kemampuan menarik rangkaian runcit dan jenama dari luar negara beroperasi di sini.

 

Related image
Kredit: Ciricara

 

Pada tahun lalu, rekod RGM menunjukkan sebanyak 63 jenama dari 14 negara membuka cawangan baharu seperti HLA, Dome Sky, Chizu, Chicken Up, Koi, Wingstop, Paul, Kiss the Tiramisu dan Sergeant Major.

 

Perkembangan ini berlanjutan pada tahun ini apabila tiga bulan pertama mencatatkan sepuluh jenama dari lapan negara membuka bisnes di sini seperti Off-White, Cold Stone, Nene Chicken, Forty Hands Cafe, Sunny Queen dan Tai Croissant.

 

Satu kes istimewa adalah rangkaian pakaian antarabangsa, Hennes & Mauritz AB (H&M) dari Sweden. H&M sebelum ini menutup 170 cawangan seluruh dunia yang merupakan jumlah tertinggi dalam tempoh dua dekad.

 

Tetapi, Malaysia bukan sahaja tidak terlibat dengan penutupan itu malah mendapat manfaat dari peluasan potensi pasaran dan dijangka akan membuka cawangan baharu pada tahun ini selepas membuka lapan cawangan tahun lalu.

 

Sektor penyelamat ruang

 

Sementara trend membeli secara dalam talian terus meningkat, sektor barangan sukan; dan makanan dan minuman (F&B) pula melawan arus apabila sanggup mengambil ruang yang lebih besar di pusat membeli belah untuk menjalankan bisnes.

 

Laporan Sunway Mall & Theme Parks menunjukkan antara barangan sukan itu adalah JD Sports, Innisfree dan Etude House.

 

Kedua-dua sektor itu merekodkan peningkatan 5.6 peratus pada tahun lalu dan pernah dijangka terus berkembang kepada 6.6 peratus pada suku pertama tahun ini.

 

Image result for F&B mall in malaysia
Kredit: Inside Retail Asia

 

Sunway turut melaporkan Kawasan Boleh Disewa Bersih (Net Lettable Area, NLA) yang diambil F&B meliputi 25 hingga 30 peratus. Faktor peningkatan ini dibantu oleh kumpulan T20 dan M40 yang gemar makan di luar selain faktor gaya hidup yang lebih bercitarasa.

 

Kerjasama yang dibuat antara kompleks membeli belah dengan syarikat pengiklanan seperti Google dan peranti pandu arah, Waze dilihat akan mengukuhkan pelayanan kepada pelanggan.

 

Nampaknya perubahan tabiat dan kaedah membeli belah dalam kalangan rakyat Malaysia begitu harmoni. Baik secara dalam talian atau secara konvensional, orang Malaysia memang bersifat supportive kepada semua aplikasi perniagaan.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…