fbpx

TheVocket.com Kini Milik Media Prima

Oleh : Kapital
13 Jun 2018 - 2:00 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Media Prima membeli 52% kepentingan Vocket Media Sdn Bhd daripada Jaffa Sany bernilai RM2.6 juta.
  • 48% kepentingan Vocket masih dimiliki 8 pemegang saham asal.

 

Media Prima Berhad melalui anak syarikatnya, Rev Asia Holdings Sdn Bhd mengumumkan telah berjaya mengambil alih 52% kepentingan ekuiti Vocket Media Sdn Bhd bernilai RM2.6 juta. Pengambilalihan itu juga sekaligus menjadikan Vocket sebagai sebuah lagi anak syarikat baharu Media Prima.

 

Menurut Media Prima lagi, ia berkata,

“Usaha mengambil alih ini adalah selari dengan pelan tranformasi MPB dan anak-anak syarikatnya bagi mengembangkan bisnes digital memandangkan yang Vocket mempunyai laman sosial millenial Melayu yang berkembang dengan pantas di Malaysia.”

 

Dilancarkan pada Julai 2014, Vocket terkenal dengan paparan berita dan penulisan yang berbentuk human interest, teknologi baharu serta trend masa kini sehingga berjaya menarik kunjungan satu juta netizen sebulan ke portal tersebut serta lebih lima juta page views setiap bulan.

 

Dengan pengambilalihan tersebut, Media Prima pula menerima manfaat besar kerana mampu mengembangkan bisnes digital berbahasa Melayu yang diterajui Vocket selama ini.

 

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, Media Prima menjelaskan bahawa pembelian itu selari dengan pelan transformasi syarikat tersebut untuk mengembangkan perniagaan digital.

 

 

Image result for media prima
Kredit: The Edge Markets

 

 

“Cadangan pembelian itu dijangka memberi peluang kepada Media Prima untuk mengukuhkan kedudukannya dalam perniagaan penerbitan digital, yang seterusnya dijangka memudahkan pertumbuhan kumpulan secara berterusan pada masa depan,” katanya.

 

Langkah yang diambil ini dilihat sebagai salah satu inisiatif strategik Media Prima sejak tahun 2017 untuk menjadi sebuah syarikat peneraju kandungan ‘digital-first’ dan perdagangan.

 

Pada tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2017, Media Prima memperoleh peningkatan 89 peratus daripada keseluruhan pendapatan perdaganngan dan digitalnya atau RM193 juta hasil permintaan pengiklanan digital yang dibantu populariti kandungan digital dan e-dagang.

 

Apa yang menarik, sebelum diambil alih dan menjadi anak syarikat Media Prima, Rev Asia telah membeli membeli laman hiburan OH Bulan daripada M Driven Sdn Bhd pada tahun 2014.

 

Image result for oh bulan
Kredit: Digital News Asia

 

Pada Disember 2016 pula, syarikat ini mengukuhkan kedudukan dengan membeli lagi tiga portal berbahasa Melayu serta domain milik Dua Marhalah Sdn Bhd iaitu Siraplimau, KongsiResepi dan MyResepi pada harga RM2.65 juta.

 

Selepas itu, pada Mei 2017, Media Prima telah membeli 100% kepentingan REV Asia Holdings Sdn Bhd bernilai RM105 juta pada Mei 2017. Pembelian strategik itu juga sekaligus meletakkan Media Prima sebagai syarikat media digital terbesar dalam negara dan ketiga selepas Google dan Facebook.

 

Berdasarkan maklumat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM), The Vocket dipimpin oleh tiga pengarah iaitu Jaffa Sany Md Ariffin, Mohd Fazreen Jasni dan Abdussalam Syaahid Mohd Fauzi.

 

Image result for the vocket jaffa mohd sany
Kredit: Oh Bulan

 

Merujuk kepada senarai pemegang syer pula, Jaffa Sany merupakan pemegang terbesar sebanyak 64.5% sebelum pengambilalihan berlaku.

 

Jika merujuk kepada laporan Bursa Malaysia, penjualan saham bersyarat sebanyak 520,000 unit itu hanya melibatkan kepentingan Jaffa Sany sahaja dan ini bermakna beliau telah memperoleh RM2.6 juta itu sepenuhnya! Tahniah!

 

Selain itu, urus niaga terbaharu ini juga membuktikan bahawa bahasa Melayu mempunyai elemen komersial yang cukup  tinggi untuk membangunkan aset digital bernilai jutaan ringgi.

 

Jadi, siapa pula media digital yang akan menjadi sasaran selepas ini? Amanz.my, Apemazing atau SemuanyaBola?

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…