fbpx

Tips: 10 Harga Barangan & Servis Jatuh Mendadak Selepas GST 0%

Oleh : Kapital
27 Jun 2018 - 8:30 pm

Reading Time: 5 minutes
  • Lambakan produk dan servis kini menjadi murah selepas rakyat Malaysia tidka dikenakan cukai sama ada GST mahupun SST.
  • Industri automotif dan barangan elektronik adalah antara yang menawarkan harga yang terendah kepada para pembeli.

 

Sehingga waktu kini, rakyat Malaysia masih lagi menikmati cuti panjang selama tiga bulan daripada mana-mana cukai sama ada cukai GST mahupun SST. Cukai GST yang dikenakan sebanyak 6% sebelum ini bermula pada 1 April 2015 telah memberikan pulangan sebanyak RM43.8 bilion pada tahun lepas sahaja. Ia adalah merupakan sebuah kutipan hasil cukai yang banyak.

 

Oleh itu, bagi meringankan tanggungan kos cukai yang ditanggung rakyat, Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad berhasrat mahu menghadiahkan cuti cukai kepada rakyat selama tiga bulan bermula pada 1 Jun hinggalah pada 1 September ini.

 

Sehubungan itu, sebelum rakyat Malaysia terpaksa menghadapi cukai SST kembali pada 1 September nanti, apakah barangan yang anda boleh menikmati sakan untuk membeli-belah nanti?

 

1) Kereta

 

Harga barangan automotif seperti kereta ini adalah antara yang telah diumumkan untuk turun awal-awal lagi oleh syarikat-syarikat pengeluar automotif.

 

Mercedes contohnya, telah mengumumkan sejak 1 Jun bahawa harga kereta ini bakal turun hingga ada yang mencecah sehingga RM94 ribu penurunan (AMG GT R). Model-model lain juga kesemuanya menunjukkan penurunan harga yang mendadak.

 

Bahkan bukan itu sahaja, syarikat-syarikat kereta yang lain juga bertindak menurunkan harga keretanya. Kereta-kereta tersebut adalah seperti BWM M4 Coupe (RM42, 926 penurunan), Toyota Vios 1.5E (RM4, 624 penurunan), Volkswagen Golf GTI (RM14, 402 penurunan) dan Perodua Myvi 1.5 Auto (RM3, 113 penurunan).

 

Banyak pengeluar kereta mula mengurangkan harganya yang rendah seperti Mercedes dan Mazda. Kredit: 3.bp.blogspot. 

 

2) Hartanah

 

Aset hartanah adalah aset bernilai yang harus dimiliki oleh setiap orang. Hal ini kerana, nilai hartanah secara umumnya akan selalu sahaja menaik selepas beberapa tahun. Masakan tidak, ia adalah aset yang penbegitu bernilai untuk dimiliki oleh semua orang.

 

Melalui GST kini yang berkadar sifar, pasaran hartanah juga semakin menampakkan penurunan harga.

 

Hillcrest Garden Sdn Bhd umpamanya bertindak menurunkan harga rumah di Hillcrest Heights di Taman Puchong Utama sebanyak 3%.

 

3) Barangan Elektronik

 

Ini adalah antara kategori utama yang bakal memberikan manfaat besar untuk dinikmati oleh para pengguna. Hal ini kerana, terdapat banyak sekali barang-barangan elektronik yang mengalami kejatuhan harga bermula daripada television, sistem suara teater rumah (home theater speaker), telefon pintar, komputer riba, mesin basuh dan banyak lagi.

 

Contohnya, baru-baru ini Apple mengumumkan bahawa harga telefonnya jatuh sehingga sebanyak RM334. Oleh itu harga Iphone X 256GB akhirnya jatuh dari RM5,899 kepada RM5,565. Tidak kurang juga promosi dari telefon Samsung dan Huawei. Bahkan, tidak cukup dengan itu, television Sony, Samsung dan pelbagai lagi juga sudah mula menyediakan cas GST pada kadar sifar.

 

4) Restoran dan Makanan

 

Sebelum ini, restoran dikenakan cas servis sebanyak 6% daripada SST dalam kategori servis, sebelum ia dihapuskan oleh GST bermula pada 1 April 2015. Akan tetapi, dengan penghapusan GST, maka kerajaan tidak mengutip cukai daripada pengusaha restoran lagi.

 

Bahkan, syarikat pengusaha makanan terkenal seperti McDonald’s, KFC dan Subway kesemuanya sudah mula menurunkan harganya.

 

Akan tetapi, jika anda masih bertemu dengan pengusaha restoran yang tidak mahu menurunkan harganya, maka apa kata anda mencari kedai makanan yang lain bagi menikmati GST berkadar sifar ini. Kata orang, bijak berbelanja.

 

Makanan dan servis restoran kebanyakannya menjadi lebih murah. Oleh itu, apa kata anda mengambil peluang ini untuk menikmati makanan di restoran idaman anda. Kredit: media.keepo. 

 

5) Ubat-Ubatan

 

Perkhidmatan kesihatan sebelum ini dikecualikan daripada dikenakan GST. Akan tetapi, berbeza pula dengan produk ubat-ubatan. Banyak produk ubat-ubatan yang dikenakan GST seperti Panadol, Mopiko, ubat batuk dan lain-lain. Maka kesannya, harga bagi barang-barangan ini juga turun mendadak untuk anda mengumpulkan stok ubat-ubatan.

 

6) Telekomunikasi

 

Untuk rekod, GST ini dikenakan kepada servis pra bayar (prepaid), pasca bayar (postpaid) dan servis langganan internet. Melalui pra bayar pula, pelanggan akan dibayar rebat manakala selebihnya akan dikenakan GST seperti biasa.

 

Jika GST kini menjadi sifar, para pelanggan sudah tentunya mendapat harga yang lebih murah. Apatah lagi dengan era terkini teknologi maklumat yang memerlukan penggunaan internet yang meluas, maka ia adalah amat penting kepada kita dalam keperluan seharian.

 

Unifi, pelan telekomunikasi YES, DIGI dan banyak lagi kesemuanya menyediakan perkhidmatan dan produk yang murah sempena GST menjadi sifar.

 

Bahkan, baru-baru ini Unifi juga menyediakan pelan internet wifi pada 30Mbps berserta aplikasi saluran TV dengan hanya RM139 sahaja!

 

7) Pakaian

 

Selain daripada item-item di atas, banyak gedung-gedung pakaian juga berlumba-lumba membuat promosi jualan mereka sempena cuti cukai GST ini. Sekiranya anda tidak percaya, anda boleh melihat sendiri di pasar rasa berdekatan anda.

 

Bagi gedung jualan yang lebih spesifik, kami senaraikan beberapa syarikat yang menyediakan jualan murah sempena sebelum ini iaitu seperti Fashion Valet, Zalora Malaysia dan Valiram.

 

8) Tiket Kapal Terbang dan Hotel

 

Pada awal bulan ini AirAsia ada mengumumkan beberapa tiket promosi murah dalam pakej pelancongannya dengan tiket serendah RM38 sahaja termasuk destinasi ke luar negara. Akan tetapi, promosi tersebut sudah ditutup pada bulan 10 Jun baru-baru ini.

 

Walaupun sedemikian, bagi mereka yang sudah terlepas untuk merebut peluang ini, anda masih boleh menikmati kadar caj sifar GST bagi mana-mana pembelian tiket. Kesemua tiket dari Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo Air sudah menurunkan harga tiketnya.

 

Ditambah lagi dengan promosi harga hotel yang murah, anda dapat menikmati aktiviti pelancongan anda dengan gembira tanpa cukai GST mahupun SST.

 

9) Perabot

 

Perabot juga adalah item yang dikenakan sebagai standard GST pada kadar 6%. Oleh itu, dengan kadar cukai yang direndahkan kepada sifar peratus, anda boleh membelinya dengan harga murah bagi mencantikkan suasana rumah kediaman anda.

 

Contohnya Courts Mammoth yang telah mengenakan sifar GST sebelum 1 Jun lagi untuk menarik para pembeli membeli produk-produk mereka.

 

Selepas ini, jika cukai SST dikembalikan pada kadar yang sebelumnya, item perabot ini akan dikenakan cukai 10% kembali.

 

 

 

MAS, AirAsia dan Malindo Air sudah banyak menurunkan harga-harga tiketnya kini. Kredit: 1.bp.blogspot. 

 

10) Pelaburan

 

Aktiviti pelaburan adalah penting bagi mereka yang berminat dalam menambahkan penjanaan wang mahupun sebagai pendapatan sampingan.

 

Sebelum ini, transaksi pelaburan akan dikenakan GST sebanyak 6%. Oleh itu, ia akan mengurangkan jumlah modal apabila anda mahu melabur dan ini sudah tentunya menyebabkan jumlah keuntungan anda akan berkurang.

 

Melalui pengunguman GST berkadar sifar ini, anda boleh merebut peluang untuk melabur tanpa dikenakan cas GST sama ada dalam pasaran saham atau pun unit amanah.

 

Oleh itu, apa lagi. Marilah pergi membeli-belah! Pesanan dari Kapital.my, belilah barangan yang menjadi keutamaan dahulu sebelum beralih kepada barang-barang yang lain.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…