fbpx

Trend Harga Minyak Kelapa Sawit yang Menurun bagi Pertengahan 2018

Oleh : Kapital
22 Jun 2018 - 4:25 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Harga minyak kelapa sawit hanya menaik pada bulan Februari pada tahun ini sebelum jatuh mendadak pada bulan-bulan seterusnya.
  • Permintaan pasaran ini semakin menurun dari semasa ke semasa apatah lagi dengan perang perdagangan yang semakin memuncak.

 

Minyak kelapa sawit merupakan antara komoditi pertanian yang penting buat negara kita. Masakan tidak, ia telah membantu negara ini menjadi pengeksport minyak kelapa sawit yang kedua terbesar di dunia. Pada tahun lepas sahaja, kita sudah mengeksport 16.56 juta tan minyak kelapa sawit kepada seluruh dunia. Melalui perolehan hasil eksort yang tinggi ini, maka semakin tinggilah pertumbuhan ekonomi KDNK negara kita.

 

Disebabkan Malaysia berada di tempat kedua, maka, siapakah pula yang berada di tempat pertama? Ia tidak lain tidak bukan ialah pesaing utama dari negara jiran iaitu Indonesia. Dengan gabungan pasaran eksport kedua-dua negara ini, Malaysia dan Indonesia menguasai hampir 90% pasaran eksport minyak kelapa sawit dunia.

 

Harga Pasaran Minyak Kelapa Sawit Kini

 

Menurut Majlis Minyak Kelapa Sawit Malaysia (Malaysian Palm Oil Council), harga minyak kelapa sawit pada asalnya sedikit tinggi pada awal tahun ini mencapai purata RM2,487 per tan pada bulan Januari. Ia kemudian menaik lagi menjadi RM2,488 per tan (Februari) sebelum turun pada RM2,427 per tan (Mac),  RM2,418 per tan (April) dan RM2,396 per tan (Mei).

 

Majlis Minyak Kelapa Sawit Malaysia (MPOC) menyatakan bahawa harga komoditi ini pada permulaannya naik sedikit, sebelum menjunam turun. Kredit: freemalaysiatoday.

 

Harga-harga ini adalah bagi minyak kelapa sawit mentah (crude palm oil atau CPO) pada harga tempatan.

 

Bagi bulan ini iaitu bulan Jun, pasaran minyak mentah kelapa sawit semakin menjunam lagi dengan harga terkini jatuh lagi pada RM2,251 per tan pada semalam, 21 Jun 2018. Penurunan tersebut adalah sebanyak 9.49% apabila dibandingkan dengan harga purata pada bulan Januari yang lalu.

 

Beralih kepada harga niaga depan komoditi minyak kelapa sawit (palm oil futures), akhbar The Star memberitakan yang harga niaga depan bagi kontrak bulan September jatuh pada RM2,262 per tan (USD564.94). Ini merupakan harga yang paling rendah pernah direkodkan bagai pasaran minyak kelapa sawit Malaysia dalam masa dua tahun. Ditambah lagi kini, pasaran Bursa Malaysia setakat pukul 2.16 pm melaporkan yang harganya jatuh tersungkur lagi kepada RM2,251 per tan sahaja.

 

Rekod Pasaran Eksport Komoditi Minyak Kelapa Sawit Malaysia

 

Dalam kejatuhan pasaran harga komoditi minyak mentah kelapa sawit ini, apakah negara yang masih menjadi rakan perdagangan setia bagi Malaysia?

 

Melihatkan kepada rekod pasaran eksport hasil terbitan MPOC, negara India muncul di tempat teratas sebagai pembeli utama minyak kelapa sawit negara sebanyak 1.229 juta tan pada sepanjang bulan Januari 2018 – Mei 2018.

 

Ini diikuti oleh China (710 ribu tan), Pakistan (529  ribu tan), Belanda (407 ribu tan) dan Turki (308 ribu tan). (Lihat Jadual di bawah)

 

Jadual jumlah eksport komoditi minyak kelapa sawit Malaysia kepada negara-negara luar. Sumber: MPOC.

 

Secara keseluruhan, ia adalah meningkat berbanding jumlah eksport kepada negara-negara ini pada tempoh bulan yang sama pada tahun lepas. Negara India umpamanya, hanya mengimport 879 ribu tan pada tahun lepas. Akan tetapi, bagi tahun ini, harga yang dibeli negara-negara pengimport inilah yang menurun, walaupun jumlah eksport negara kepada mereka semakin bertambah bagi tahun ini.

 

Punca kepada Kejatuhan Harga Minyak Mentah Kelapa Sawit 2018

 

Rekod-rekod yang telah ditulis di atas yang menunjukkan kejatuhan harga komoditi pertanian penting negara ini dalam pasaran antarabangsa membuatkan kita tertanya-tanya mengenai punca-punca yang mendorong kemorosotannya. Kemorosotan ini bukanlah sedikit, ia adalah kejatuhan empat bulan berturut-turut sehingga bulan Jun.

 

Oleh itu, apakah punca-puncanya?

 

Ketika awal tahun ini yang menyaksikan kenaikan harga minyak kelapa sawit dari bulan Januari kepada Februari, hal ini adalah disebabkan permintaan yang semakin bertambah dari negara India.

 

Namun, permintaan tinggi ini tidak bertahan lama. Sejurus selepas itu, permintaan global negara – negara luar terhadap komoditi ini menurun dan ia bahkan kelihatan jelas dalam pasaran US Chicago Board of Trade dan Dalian Commodity Exchange dari China.

 

Kedua-duanya menunjukkan yang urus niaga depan bagi komoditi minyak kelapa sawit jatuh dengan mendadak sekali.

 

Selain itu, disebabkan harga bagi komoditi minyak lain (edible oil) yang mengalami penurunan juga seperti minyak soya dan sesawi, maka ia turut menyebabkan harga minyak kelapa sawit semakin menjunam.

 

Ditambah lagi dengan sentimen perang perdagangan antara AS dan China yang semakin memuncak dari hari ke hari, permintaan pasaran negara China terhadap komoditi ini juga semakin menurun dengan lebih bertambah disebabkan rasa kebimbangan kepada prestasi pasaran perdagangan antarabangsa.

 

China sebagai pengimport kedua terbesar terhadap minyak kelapa sawit negara kita semakin mengurangkan permintaannya kepada komoditi ini disebabkan kecelaruan pasaran perdagangan yang semakin menaik dalam sentimen kalangan pembeli.

 

Akan tetapi, akhbar terkenal Reuters melalui pakar penganalisis teknikalnya, Wang Tao, tetap melaporkan bahawa ia barang kali mampu melonjak kembali mencapai RM2,290 per tan nanti dalam pasaran niaga depan. Namun, adakah ia bakal terjadi?

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…