fbpx

Tubuh Majlis Padi dan Beras Negara Ganti Bernas

Oleh : Kapital
07 Julai 2018 - 11:24 am

Reading Time: 3 minutes
  • Majlis Padi dan Beras Negara  platform baharu para pengusaha berkongsi pandangan tentang setiap pihak dalam industri.
  • Beras import perlu diberikan perhatian supaya beras tempatan tidak terjejas dari segi persaingan harga dan kualiti.

Isu industri padi dan beras negara mendapat perhatian penting Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani selepas ahli Parlimen Pulai, Salahuddin Ayub dilantik sebagai menteri.

 

Menyedari masalah monopoli yang dimiliki oleh Padi Beras Nasional (Bernas) melingkari industri tersebut sehingga menimbulkan rungutan dalam kalangan pengusaha dan pengguna, kerajaan berjanji untuk meneliti semula perkara tersebut.

 

Penghapusan monopoli pula memang merupakan antara komitmen kerajaan Pakatan Harapan untuk dilaksanakan jika diberikan peluang untuk memerintah selepas Pilihan Raya Umum (PRU).

 

Kuasa monopoli Bernas itu pula dibawa ke perhatian Majlis Penasihat Kerajaan sehingga Ketua Pegawai Eksekutif, Ismail Mohamed Yusof turut dipanggil untuk perbincangan lanjut.

 

ARTIKEL BERKAITAN:

Monopoli Beras Bernas Bakal Berakhir

 

Ismail telah mempertahankan tindakan monopoli bernas dengan mengatakan penyeliaan yang dibuat dalam industri itu membantu mengawal lambakan beras import di pasaran sehingga menjejaskan beras tempatan.

 

Melanjutkan perbincangan ini, Presiden Persatuan Beras Bumiputera Malaysia (Barim), Ismail Awang menegaskan keperluan supaya industri ini diserahkan kembali urusannya kepada kerajaan.

 

Alasan beliau, untuk memastikan kualiti dan kebajikan para peserta industri itu termasuk pesawah terpelihara di samping mampu menawarkan harga beras yang lebih berpatutan.

 

Secara ringkas, industri padi dan beras sebelum dimonopoli Bernas telah dikawal selia oleh Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) sehinggalah diswastakan pada 1996.

 

Image result for lembaga padi dan beras negara
Kredit: Jabatan Penerangan Malaysia

 

LPN mula ditubuhkan pada 1971 yang bertujuan untuk menjaga hal ehwal pesawah serta kepentingannya. Penubuhan Bernas pula untuk menguruskan beberapa perkara seperti perolehan, pemprosesan padi, import, gudang, pengedaran dan pemasaran beras untuk pasaran tempatan.

 

Disebabkan masalah monopoli yang timbul ketika ini, Ismail menyarankan supaya kerajaan menubuhkan Majlis Padi dan Beras Negara yang mempunyai fungsi seperti LPN.

 

Anggota yang dicadangkan untuk menganggotai majlis itu pula adalah Ketua Pengarah, pihak berkaitan industri seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), pemborong, pengilang dan badan bukan kerajaan (NGO).

 

Image result for kpdnkk beras serbu
Kredit: KPDNKK

 

Beliau berharap kewujudan majlis ini akan membolehkan para peserta berbincang perkara penting yang berkaitan. Contohnya kadar harga siling, masalah pesawah dan pengguna.

 

Jika majlis itu dapat ditubuhkan oleh kerajaan, Ismail mengharapkan supaya beberapa langkah dan kaedah boleh dibentuk untuk dilaksanakan sebaik sahaja kontrak AP Bernas tamat pada 2021.

 

Kedudukan harga siling beras import juga perlu dinaikkan sehingga RM2,600 ke atas untuk setiap tan dengan cara meminda Akta 522 Padi dan Beras.

 

Melalui langkah ini, beras tempatan akan mempunyai kedudukan dalam pasaran yang mana sekaligus meningkatkan pendapatan para pesawah.

 

Related image
Kredit: mstar

 

Dalam pada itu, wujud pandangan yang mencadangkan supaya pelaksanaan monopoli ketika ini diubah kepada penetapan kuota import serta harga lantai ke atas beras import berdasarkan gred masing-masing.

 

Cadangan ini berbeza dengan pelaksanaan Bernas sebelum ini yang mempunyai kuasa penentu dalam hal ehwal berkaitan industri dalam pasaran tempatan.

 

Langkah yang disarankan ini mempunyai kepentingan untuk mengelakkan berlaku unsur-unsur kronisme, rasuah dan sebagainya.

 

Sekiranya monopoli beras oleh Bernas ini dapat dihapuskan, banyak pengusaha tempatan lain dapat mengambil bahagian dengan lebih baik untuk merancakkan semula industri ini di Malaysia pada masa akan datang.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…