fbpx

Adakah Gaji GLC Malaysia Terlalu Tinggi?

Oleh : Kapital
17 Julai 2018 - 3:38 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Purata gaji CEO bagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ialah RM2.28 juta setahun bagi tahun lepas.
  • Gaji CEO Maybank pada tahun lepas mendapat kenaikan sebanyak 64.9%. 

 

Sebelum ini, rakyat Malaysia telah dihebohkan secara mengejut dengan penyebaran maklumat gaji-gaji Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang amat besar.

 

Dalam penularan tersebut, antara contoh gaji CEO syarikat GLC yang disebarkan ialah gaji bekas CEO Telekom Malaysia Berhad, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly yang dilaporkan menerima sebanyak RM2.45 juta pada tahun lepas sahaja.

 

Tidak cukup dengan itu, terdapat beberapa ketua badan agensi penting negara seperti Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), Datuk Seri Abdullah Ahmad yang dibayar gaji setinggi RM85,000 sebulan.

 

Hal ini  dipandang serius oleh Perdana Menteri dalam usaha mengurangkan bebanan kos tanggungan perbelanjaan kerajaan yang bertambah. Apatah lagi dengan pendedahan tanggungan hutang kerajaan.

 

Tun Mahathir berniat agar gaji CEO GLC dikurangkan selaras dengan prestasi. Kredit: freemalaysiatoday

 

Menurut Mahathir beliau tidak bersetuju dengan pembayaran gaji CEO syarikat-syarikat GLC dan mahu agar gaji diselaraskan dengan prestasinya, bukannya kerana ‘mandat’ dan melalui pengaruh politik.

 

Oleh itu, beliau berkata bahawa,

 

“Masa untuk syarikat eksekutif berkaitan kerajaan (GLC) dibayar gaji yang besar tanpa mengira prestasi syarikat kini sudah berakhir”.

 

Dalam satu temubual, Mahathir mendakwa bahawa prestasi mereka tidaklah begitu baik, tetapi dibayar dengan gaji yang tinggi. Beliau turut mendedahkan telah menemui beberapa projek di bawah seliaan syarikat yang gagal serta tidak mencatatkan sebarang keuntungan.

 

Baru-baru ini, The Malaysian Reserve melaporkan dapatan mengenai beberapa individu gaji CEO yang dibayar begitu tinggi pada tahun lepas.

 

Antara contoh dalam berita tersebut ialah gaji Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank, Datuk Abdul Farid Alias yang dibayar gaji kasar sejumlah RM10.11 juta.

 

Datuk Abdul Farid Alias, CEO Malayan Banking Berhad 2017. Kredit: utusan.com 

 

Jika ia dibandingkan dengan tahun sebelumnya iaitu pada tahun 2016, beliau memperoleh pembayaran gaji kasar hanya berjumlah RM6.13 juta, yang menjadikan kenaikan gaji tersebut kini ialah 64.9%.

 

Sekalipun sesetengah CEO diberikan kenaikan gaji yang tinggi adalah kerana prestasinya yang meningkat, akan tetapi, ia tidak berlaku dalam kesemua syarikat. Contohnya IHH Healthcare Berhad yang dilaporkan mendapat skor indeks prestasi CEO pada tahun lepas dengan hanya 0.80 mata.

 

Akan tetapi, dengan prestasi indeks yang rendah, syarikat ini membayar gaji yang begitu tinggi kepada Dr Tan See Leng sebagai CEO sebanyak RM33.89 juta.

 

Di samping itu, The Edge Malaysia turut menjalankan analisis yang mendalam terhadap gaji-gaji syarikat GLC di Malaysia dan membuat perbandingan dengan indeks prestasi syarikat untuk diterjemahkan sebagai indeks prestasi CEO syarikat.

 

Hasil dapatan daripada kajian ini, ia melaporkan yang secara purata, gaji CEO di syarikat GLC ialah pada RM2.28 juta setahun dalam kalangan 40 syarikat GLC yang terpilih.

 

Daripada hasil kajian ini, Kapital.my menyiapkan kepada para pembaca jadual mudah mengenai jumlah pembayaran gaji kasar kepada lima individu tertinggi seperti di bawah:

 

Jadual 5 Gaji CEO yang tertinggi bagi syarikat-syarikat  GLC Malaysia.

 

Seperti yang dimaklumkan, gaji CEO dari IHH Healthcare ditempatkan di tempat teratas diikuti oleh gaji kepada CEO Malayan Banking Berhad. Gaji yang dibayar kepada Dr Tan See Leng jauh meninggalkan Datuk Abdul Farid Alias sebanyak RM23.78 juta atau 235%.21 kelebihan.

 

Akan tetapi, The Edge mendakwa bahawa penyenaraian syarikat IHH Healthcare dalam pasaran saham Singapura (SGX) mungkin memberikan banyak kenaikan jumlah gaji setelah ditukarkan kepada nilai Ringgit.

 

Apabila dibandingkan dengan purata gaji CEO syarikat swasta, sememangnya purata pembayaran gaji kepada mereka adalah jauh lebih tinggi pada RM21.29 juta. Bahkan, CEO Genting Malaysia Berhad, Tan Sri Lim Kok Thay memperoleh pembayaran gaji pada tahun lepas pada RM80.61 juta.

 

Walaupun demikian, adakah pembayaran gaji yang tinggi kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat-syarikat berkaitan kerajaan ini masih wajar walaupun mereka adalah syarikat yang selalu dibantu oleh kerajaan dalam aktiviti-aktiviti bisnesnya?

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…