fbpx

Apa Nasib Media Milik BN Selepas PRU?

Oleh : Kapital
10 Julai 2018 - 10:00 am

Reading Time: 4 minutes
  • Utusan Melayu berdepan kerugian selama enam tahun berturut-turut dengan anggaran RM71.4 juta sehingga Mac lalu.
  • Kebanyakan pemegang saham kumpulan media arus perdana dikuasai dana pelaburan milik kerajaan.

 

Sejurus peralihan pentadbiran di Putrajaya selepas 9 Mei lalu, antara perhatian utama yang diberikan adalah terhadap kumpulan media berkaitan parti politik. Dalam hal ini yang dimaksudkan adalah parti pemerintah dahulu iaitu BN khususnya parti komponen seperti UMNO dan MCA.

 

Sesetengah pihak percaya kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan akan mengukuhkan cengkaman terhadap media arus perdana tersebut. Persoalan yang muncul kemudiannya adalah mengenai kemungkinan perubahan di Putrajaya ini akan turut merebak di syarikat berkenaan seperti Media Prima Bhd, Utusan Melayu (M) Bhd dan Star Media Group Bhd.

 

UMNO memegang kepentingan 19.05% dalam Media Prima melalui syarikat Gabungan Kesturi Sdn Bhd dan Altima Inc. Kumpulan media ini mengendalikan empat rangkaian televisyen percuma di samping beberapa stesen radio.

 

Kredit: The Edge

 

Di bawah pentadbiran kerajaan dahulu, Media Prima dikuasai oleh BN manakala pengarah urusan kumpulan, Datuk Kamal Khalid pula bertugas di unit komunikasi di Pejabat Perdana Menteri.

 

Namun begitu, struktur pegangan saham di Media Prima menunjukkan bahawa UMNO masih boleh dicabar oleh pemegang saham besar yang lain seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Permodalan Nasional Berhad (PNB) jika berlaku kemungkinan pertukaran ahli lembaga pengarah.

 

Dalam laporan tahunan Media Prima, KWSP merupakan pemegang saham kedua terbesar dengan 13.25% kepentingan manakala PNB, Amanah Raya Bhd dan Amanah Raya Trustees Bhd masing-masing memegang 20.65% kepentingan ekuiti. Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) pula sebanyak 2.07%.

 

Kredit: The Malaysian Reserve

 

Oleh itu, jumlah gabungan kepentingan dari dana pelaburan milik kerajaan adalah sebanyak 35.97% dalam Media Prima. Kedudukan ini telah meletakkan UMNO yang memiliki kurang 20% pegangan saham berada dalam keadaan yang lemah.

 

Dalam rangkaian televisyen Media Prima, Datuk Seri Ashraf Abdullah telah berundur sebagai editor pengurusan kumpulan untuk bahagian berita dan hal ehwal semasa. Timbalannya Datuk Manja Ismail pula menggantikan tempatnya.

 

Satu lagi kumpulan media, Utusan Melayu (M) Bhd dikawal UMNO yang menguasai kepentingan 49.77%. Kumpulan media cetak itu menerbitkan Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo!.

 

Kredit: GDP Architects

 

Pemegang saham kedua terbesar dengan kepentingan 14.76% adalah Nilam Setar (M) Sdn Bhd yang merupakan bahagian pelaburan ahli perniagaan terkenal, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

 

Syed Mokhtar pula memang diketahui mempunyai hubungan erat dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Sehubungan itu, wujud gesaan supaya beliau menjadi penyelamat dengan menaikkan semula kumpulan media itu yang mana berhadapan dengan krisis kewangan.

 

Pada masa yang sama, persoalan turut timbul adalah mengenai kemungkinan bahawa UMNO akan memberi suntikan modal untuk mengekalkan kumpulan media ini?

 

Kredit: Perak Today

 

Hal ini kerana menurut laporan, kepimpinan tertinggi Utusan Melayu telah mengakui di hadapan para kakitangannya dalam satu mesyuarat selepas pilihan raya lalu bahawa syarikat berhadapan masalah kewangan dan berkemungkinan hanya mampu bertahan sehingga penghujung tahun ini sahaja.

 

Utusan Melayu telah mengalami kerugian selama enam tahun berturut-turut dengan anggaran RM71.4 juta pada 31 Mac lalu.

 

Menurut kenyataan kumpulan media, empat pengarah bebas dan pengarah bukan eksekutif telah meletak jawatan selepas pilihan raya lalu sebagai satu tindakan penstrukturan semula secara keseluruhan.

 

Empat tokoh tersebut adalah pengerusi syarikat, Tan sri Mohamad Fatmi Che Salleh, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad (setiausaha akhbar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak), Jamalul Kiram Mohd Zakaria dan Mohd Yusof Abu Othman.

 

Kredit: Glassdoor

 

Sementara itu, Star Media Group Bhd pula dikuasai oleh MCA yang memiliki pegangan 43.03%. Apa yang menarik, PNB, Amanah Raya Bhd dan Amanah Raya Trustees Bhd mempunyai kepentingan kolektif sebanyak 18.06% dalam kumpulan ini manakala KWSP pula hanya 8.38%. Lembaga Tabung Haji memiliki 5.39% dan KWAP 0.74%.

 

Kumpulan ini menerbitkan akhbar harian berbahasa Inggeris, The Star yang memiliki jumlah edaran tertinggi. Selain itu, kumpulan ini turut mengendalikan stesen radio berbahasa Mandarin, 988 dan juga dimsum.my yang menyediakan servis tayangan berbayar konten dari negara-negara Asia.

 

Secara ringkasnya, dana pelaburan milik kerajaan secara keseluruhan memiliki 32.57% kepentingan dalam Star Media. Kumpulan media ini merupakan sumber pendapatan terbesar kepada MCA dalam bentuk dividen.

 

Kredit: Finas

 

Kebebasan media merupakan teras penting dalam manifesto Pakatan Harapan. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dijangka akan membentangkan cadangan untuk menghapuskan Akta Berita Tidak Benar 2018 dalam Dewan Rakyat yang akan bersidang nanti.

 

Dalam hal ini, wujud kemungkinan tentang langkah dari kerajaan baharu untuk mengetatkan cengkaman ke atas media arus perdana untuk mengurangkan bidasan terhadap pentadbiran Putrajaya. Pada ketika ini, masa akan menentukan sama ada babak politik baharu akan membawa perubahan dalam kumpulan media tersebut.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…