fbpx

Bagaimana Buat Duit Melalui Cara Beli Semula Saham?

Oleh : Kapital
20 Julai 2018 - 5:41 pm

Reading Time: 4 minutes
  • MyEG, Gabungan AQRS serta Cahya Mata Sarawak antara syarikat kroni yang membuat share buyback selepas PRU lalu.
  • Share buyback memberi isyarat keyakinan syarikat tentang pemulihan nilai saham serta mempunyai duit yang banyak.

 

Selepas PRU lalu, tatkala kebanyakan rakyat Malaysia menyambut kemenangan Pakatan Harapan sehingga berjaya menubuhkan kerajaan persekutuan yang baharu, suasana muram melanda kebanyakan syarikat khususnya yang berkaitan kerajaan BN dahulu.

 

Hal ini boleh dilihat daripada kejatuhan saham mendadak yang dialami kebanyakan syarikat tersebut yang terbabit dengan pelbagai sektor seperti pembinaan, hartanah dan sebagainya.

 

Contohnya syarikat penyedia servis perkhidmatan kerajaan seperti MyEG. Jika pada 8 Mei, nilai seunit saham adalah RM2.58, tetapi kejatuhan mendadak apabila pada 15 Mei, harga seunit yang dicapai adalah RM1.27. Kejatuhan ini berlaku sebanyak 51%!

 

ARTIKEL BERKAITAN

10 Kedudukan Saham Terbaik-Terburuk Selepas PRU14

Dianggap Saham Kroni, Syarikat Mana Bergolak?

 

Semasa pentadbiran BN, syarikat-syarikat ini memperoleh banyak projek infrastruktur yang mana ketika ini sedang ‘diadili’ oleh kerajaan Pakatan Harapan sama ada akan dibatalkan atau digantung atas sebab-sebab tertentu.

 

Namun begitu, kebanyakan syarikat ini mula bertindak agresif dengan membeli semula saham (share buyback) selepas keadaan yang suram mulai pulih. Selain share buyback, langkah ini turut dipanggil share repurchase.

 

Image result for treasury share malaysia
Kredit: The Star

 

Tindakan yang diambil itu adalah satu hal yang biasa semasa pasaran jatuh atau syarikat merasakan saham berada di bawah nilai pasaran (undervalue). Selain itu, share buyback ini juga merupakan isyarat bahawa syarikat yakin dengan harga saham yang akan pulih. Satu lagi alasan, adalah syarikat juga mempunyai kewangan yang banyak dan kukuh.

 

Apabila syarikat membeli semula sahamnya, biasanya ia akan disimpan sebagai khazanah syarikat (treasury share) yang mana boleh dijual dalam pasaran pada satu tempat tertentu, membatalkan saham itu atau memulangkan kepada pemegang saham dalam bentuk dividen bukan tunai (dividend-in-specie).

 

Dalam hal ini, terdapat tiga syarikat yang didapati melakukan share buyback tersebut iaitu MyEG, Gabungan AQRS Bhd dan Cahya Mata Sarawak Bhd. Ketiga-tiga syarikat berkenaan juga mempunyai kaitan dengan parti dan tokoh politik yang pernah berkuasa sebelum ini.

 

Related image
Kredit: Easymanpower

 

MyEG Services Bhd melakukan share buyback (beli semula saham) kira-kira 54 juta sahamnya antara 16 Mei dan 30 Jun lalu. Jika ditinjau semula selepas PRU, syarikat yang peroleh banyak kontrak dari kerajaan dahulu berdepan kejatuhan saham yang teruk sehingga dicatatkan hampir 65% antara 8 Mei dan 17 Mei lalu.

 

Tetapi MyEG membeli semula saham pada 16 Mei lalu pada harga RM1.27 walaupun mengalami kejatuhan nilai sehingga RM0.685 pada 4 Jun lalu. Pada 13 Julai lalu, harga seunit saham ditutup pada RM0.875.

 

Selain MyEG, Gabungan AQRS Bhd turut melakukan share buyback sebanyak 19.15 juta unit sejak 14 Mei lalu. Syarikat yang terlibat dalam sektor pembinaan dan hartanah ini turut berdepan penurunan nilai saham selepas PRU lalu. Jika sebelum PRU harga saham seunitnya RM1.548, tetapi pada 1 Jun, harga jatuh kepada RM0.64.

 

Syarikat ini mula membeli semula pada 14 Mei lalu pada harga RM1.083 dan terus mengukuh pada RM1.22. Langkah beli semula itu dilihat memberi keuntungan kepada syarikat.

 

Image result for gabungan aqrs berhad
Kredit: Focus Malaysia

 

Cahya Mata Sarawak Bhd pula sebuah syarikat yang agak menarik. Walaupun berdepan kejatuhan harga saham selepas kerajaan BN tumbang, tetapi tidak banyak implikasi negatif yang diterima.

Contohnya, kontrak penyelenggaraan jalan raya negeri Sarawak bukan sahaja masih diperoleh, bahkan turut dilanjutkan kontrak sehingga 30 Jun 2019. Nilai kontrak lanjutan itu pula bernilai RM180 juta.

 

Image result for taib mahmud
Kredit: FMT

 

Cahya Mata Sarawak ini syarikat keluarga Yang di-Pertua Negeri Sarawak iaitu Tun Abdul Taib Mahmud yang juga merupakan bekas Ketua Menteri negeri itu.

 

Selepas dua minggu PRU lalu, harga saham syarikat menjunam kepada RM1.92 pada 21 Mei lalu iaitu separuh daripada nilai asal sebanyak RM4.05. Tetapi antara 23 Mei dan 30 Jun, syarikat ini telah membeli semula saham lebih dua juta unit.

Image result for cahya mata sarawak
Kredit: CMSB

 

Berdasarkan kepada tindakan share buyback ini, terdapat penganalisis yang tidak melihat langkah ini sebagai satu yang strategik. Mereka beranggapan, kesan yang akan diperoleh juga sukar dijangka kerana kedudukan saham yang tidak menentu.

 

Tetapi, satu hal yang pasti, syarikat terpaksa membuat pinjaman yang besar untuk membeli semula saham tersebut yang diapungkan di pasaran. Tindakan itu juga sebenarnya hanyalah satu isyarat untuk menunjukkan keyakinan pasaran yang boleh mendorong harga saham kembali melonjak.

 

Seorang penganalisis, Pong Teng Siew dari Inter-Pacific Securities Sdn Bhd menjelaskan, para pelabur biasanya akan melihat imbangan duga (balance sheet) syarikat untuk memastikan kemampuan melakukan share buyback.

 

Walaupun terdapat pandangan positif tentang share buyback ini, tetapi satu kebimbangan yang ditekankan bersama adalah syarikat mesti mempunyai kekuatan kewangan untuk membeli semula saham berbanding membuat pinjaman bagi mengelakkan keadaan yang lebih buruk berlaku.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…