fbpx

Benarkah Kos Projek LRT 3 Tinggi Atau Ada Silap Mata?

Oleh : Kapital
16 Julai 2018 - 8:00 pm

Reading Time: 5 minutes

“Kerajaan telah berjaya berjimat sebanyak RM15 bilion atau 47 peratus bagi projek LRT3 selepas pengurangan kos. Kos akhir ialah RM16 bilion” – Lim Guan Eng.

 

Daripada pengumuman ini, terdapat macam-macam respon yang keluar. Ada yang memuji ada yang mencebik.

 

Aku tidak berniat untuk mahu memberi respon yang banyak cuma nak senaraikan angka kos LRT3 dan garis masa sejak dari mula sampailah kini.

 

1. Mei 2016: Prasarana umum projek LRT3

 

Kos RM9 bilion, 50 peratus kerja pembinaan untuk bumiputera, LRT 3 yang akan menghubungkan Bandar Utama-Klang sepanjang 37 kilometer dengan penyediaan 26 ste­sen hentian. Projek pembinaan LRT itu dianggarkan bernilai RM9 bilion dan dijangka siap pada Ogos 2020.

 

Kesimpulan: Kos RM9 bilion, dijangka siap 2020.

 

Sumber: http://www.utusan.com.my/…/lrt-3-50-peratus-kerja-pembinaan…

 

LGE berusaha mahu mengurangkan tanggungan kos kerajaan dalam LRT3. Namun, persoalannya adakah ia melalui kaedah ‘downgrade’? Kredit: cloudfront.net 

 

2. Ogos 2016: Najib lancarkan projek LRT3

 

Kos RM9 Billion, mula kerja pada awal 2017, siap pada 31 Ogos 2020, 26 buah stesen dan sebuah stesen bawah tanah.

 

*Fun Fact: Azmin yang ketika itu ialah MB Selangor juga telah hadir dalam majlis berkenaan dan Najib turut melahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri Selangor atas kerjasama yang diberikan bagi membolehkan projek LRT3 dilaksanakan*

 

Kesimpulan: Kos masih lagi RM9 bilion, dijangka siap 2020.

 

Sumber: http://www.astroawani.com/beri…/pm-lancar-projek-lrt3-114990

 

3. April 2017: Kontrak projek LRT3 dimuktamadkan Julai 2017 – Prasarana

 

Kos RM9 bilion, dijangka siap juga masih pada bulan Ogos 2020. Pembinaannya tetap membabitkan laluan 37 kilometer dengan 26 stesen menghubungkan Bandar Utama hingga Johan Setia.

 

Selain itu, sebanyak 10 stesen LRT akan dilengkapi dengan kemudahan ‘park n ride‘, selain dibantu dengan bas pengantara untuk mewujudkan sistem pengangkutan bersepadu.

 

Kesimpulan: Kos kekal RM9 bilion, dijangka siap 2020.

 

Sumber: https://www.bharian.com.my/node/275736

 

Salah satu illustrasi berkenaan stesen LRT3. Kredit: edgemarkets.

 

4. Julai 2017: Kenapa kos LRT Pulau Pinang lebih mahal dari LRT3?

 

MCA mempersoalkan kos Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas akan menelan belanja sebanyak RM8.4 bilion.

 

Walhal, pada Mei 2016, projek LRT sepanjang 30km itu dilapor bernilai RM7 bilion tetapi kini meningkat sebanyak RM1.4 bilion dalam tempoh setahun.

 

“Memandangkan projek LRT Pulau Pinang meningkat sepenuhnya, dengan harga RM280 juta setiap kilometer, nampaknya kos ini lebih mahal setiap km berbanding dengan projek LRT3 di Lembah Klang.

 

“LRT3 adalah 37km panjang tetapi juga termasuk seksyen terowong bawah tanah sepanjang 2km dan stesen bawah tanah. Walaupun demikian, kos LRT3 ialah RM9 bilion atau kira-kira RM243 juta setiap km,” kata Datuk Michael Lee Beng Seng.

 

Kesimpulan: Kos masih lagi RM9 bilion, dijangka siap 2020.

 

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/389140

 

Prasarana seharusnya meningkatkan efisiensi pembinaan LRT3. Jika tidak, kesannya, rakyat terpaksa menanggung kos pembinaan LRT3 yang lebih tinggi. Kredit: malaysiagazette.com 

 

5. 9 Julai 2018: Boleh jimat RM6 bilion, Prasarana punca kos LRT3 melonjak.

 

Perubahan yang dibuat oleh Prasarana Malaysia Bhd membabitkan laluan sepanjang 37km telah mengakibatkan kos melambung kepada RM15 bilion dan kalau diambil kira kos PDP akan bertambah lagi kos dalam RM900 juta yang menjadikan kos keseluruhan berjumlah kepada RM16 bilion.

 

Kos projek yang telah meningkat adalah disebabkan oleh pindaan terhadap reka bentuk LRT asal yang menggabungkan ciri-ciri baru dan usaha peningkatan kapasiti penumpang yang telah dilakukan.

 

Namun, kos melengkapkan projek sistem Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) boleh dikecilkan sehingga RM6 bilion jika kembali mengguna pakai pelan asal.

 

Pengurangan bilangan stesen, kereta api dan reka bentuk stesen boleh mengecilkan kos kembali kepada sekitar RM9 bilion iaitu kos asal projek tersebut.

 

Kesimpulan: Kos sudah naik RM16 bilion, masih lagi siap 2020, peningkatan sebab perubahan reka bentuk dan juga pertambahan kapasiti penumpang.

 

Sumber:
https://www.edgeprop.my/…/prasarana-ponders-taking-over-lrt…
https://www.projekmm.com/…/boleh-jimat-rm6-bilion-prasarana…

 

6. 10 Julai 2018: Kos LRT3 perlu dikurangkan

 

MoF memberi syarat LRT3 hanya akan diteruskan jika Prasarana dapat mengurangkan kosnya lebih daripada RM6 bilion.

 

LGE umumkan bahawa pada 30 Mac lalu, Prasarana telah meminta jaminan kerajaan tambahan sebanyak RM22 bilion lagi untuk membiayai pinjaman bagi menyiapkan projek LRT3 ini.

 

Guan Eng berkata, kos keseluruhan projek itu mencecah RM31.45 bilion akibat kelemahan pengurusan projek oleh Prasarana.

 

Kesimpulan: Kos bukan lagi RM16 bilion, tapi dah jadi RM31.45 bilion, dijangka siap 2020.

 

Sumber:
https://www.bharian.com.my/…/447516/kos-projek-lrt3-disemak…
http://temp.malaysiagazette.com/…/kos-lrt3-perlu-dikurangk…/

 

Stesen LRT3 berjaya dikurangkan kosnya oleh kerajaan melalui langkah penjimatan?  Kredit: wowberita.org

 

7. 11 Julai 2018: Putrajaya jimat RM15 bilion dalam projek LRT3 selepas kurangkan koc, kecilkan stesen.

 

Keputusan yang dicapai dalam mesyuarat mingguan Kabinet Malaysia semalam, menyaksikan jumlah kos asal RM31.65 bilion dikurangkan kepada RM16.63 bilion, pengurangan sebanyak 47%, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

 

Antara perkara yang membantu pengurangan kos termasuk pembinaan stesen yang lebih kecil dan bilangan koc dikurangkan daripada 42 set tren 6-koc kepada 22 set tren 3-koc.

 

Di samping itu, pembinaan 5 stesen telah ditangguhkan iaitu Lien Hoe, Temasya, SIRIM, Bukit Raja dan Bandar Botanic, sehingga wujud keperluan berdasarkan pertambahan penumpang.

 

Sebuah terowong bawah tanah sepanjang 2km di Persiaran Hishamuddin, Shah Alam juga dibatalkan.

 

Selain itu, langkah lain yang turut diambil adalah dengan melanjutkan tempoh masa untuk menyiapkan projek LRT3 dari tahun 2020 ke 2024 untuk mengurangkan lagi kos pembinaan yang asalnya dinaikkan untuk mempercepatkan tempoh siap projek itu.

 

Kesimpulan: Kos sudah jadi RM16 bilion balik, koc dikurangkan, stesen dikurangkan, tempoh siap dipanjangkan kepada 2024.

 

Sumber: http://www.freemalaysiatoday.com/…/putrajaya-jimat-rm15-bi…/

 

Persoalan:

 

Perasan tak, hanya dalam masa tiga hari, kos LRT 3 yang asalnya dari RM9 billion, telah menaik RM16 bilion , menaik menjadi RM32 bilion, selepas itu turun RM16 bilion balik.

 

Dan paling best walaupun kos sudah kembali menjadi RM16 bilion yang mana angka ini adalah angka baru yang disebabkan oleh pindaan terhadap reka bentuk LRT asal yang menggabungkan ciri-ciri baru dan usaha peningkatan kapasiti penumpang..

 

Last-last rakyat tak dapat pun spesifikasi seperti di atas, tapi kita dapat:

 

  • Koc kena potong, stesen kena potong, tempoh siap pun delay.. tapi masih pada harga RM16 bilion, apakah?

 

Lagi satu, MoF kata bagus sebab dapat jimatkan kos sehingga RM15 bilion, ni aku nak bagi tahu. Bang, kalau kita dapat menjimatkan kos lepas kurangkan spec dan requirement dalam apa-apa projek pun, itu bukan berjimat tu bang, itu namanya..

 

Downgrade (turun taraf)’. 

 

Sekian.

 

Artikel ini diolah sedikit daripada penulisan Khairul Azri, pakar pengulas isu semasa di laman sosial. Anda boleh menghubunginya di laman Facebook beliau, Khairul Azri.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…