fbpx

Didakwa Pecah Amanah, Lima Lagi Pemimpin Dunia Dihadap Kes Seperti Najib Razak

Oleh : Kapital
04 Julai 2018 - 5:00 pm

Reading Time: 4 minutes
  • Najib Razak hadapi tiga tuduhan pecah amanah dan satu salahguna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn Bhd.
  • Pemimpin lain yang hadapi tuduhan sama seperti Najib adalah Benjamin Netanyahu dari Israel manakala pemimpin lain bukan dari kalangan yang kanan.

 

Selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 3 Julai lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada hari ini (4 Julai) untuk didakwa.

 

Ada empat dakwaan yang dikenakan terhadap beliau iaitu tiga pertuduhan pecah amanah dan satu lagi adalah salahguna jawatan berkaitan dana SRC International Sdn Bhd yang berjumlah RM42 juta.

 

Tuduhan pertama yang dikenakan adalah Najib di atas kapasiti penjawat awam iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta sebagai ejen iaitu Advisor Emeritus SRC yang memegang amanah ke atas wang berjumlah RM4 bilion. Tetapi didapati berlaku pecah amanah ke atas wang berjumlah RM27 juta.

 

Perbuatan yang dilakukan di AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan antara 24 Disember 2014 dan 29 Disember 2014 itu akan didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang meletakkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat serta denda jika sabit kesalahan.

 

Bagi pertuduhan kedua, Najib didakwa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang memegang amanah ke atas wang SRC berjumlah RM4 bilion turut didapati melakukan pecah amanah sebanyak RM5 juta di tempat dan tarikh yang sama.

 

Tuduhan ketiga pula Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang memegang amanah ke atas wang SRC berjumlah RM4 bilion didakwa kerana telah pecah amanah ke atas wang berjumlah RM10 juta di tempat dan seksyen yang sama tetapi pada tarikh berbeza iaitu 10 Februari 2015 dan 2 Mac 2015.

 

Bagi tuduhan keempat pula, Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah menyalahguna jawatan itu untuk suapan dirinya sebanyak RM42 juta. Kesalahan itu dibuat dengan terlibat membuat keputusan mewakili kerajaan Malaysia untuk mengeluarkan jaminan kerajaan ke atas pinjaman berjumlah RM4 bilion yang diperoleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) untuk SRC International Sdn Bhd.

 

Bagi pertuduhan ini, Najib dituduh membuat kesalahan itu di Pejabat Perdana Menteri, Presint 1, Putrajaya antara 17 Ogos 2011 dan 8 Februari 2012.

 

Najib yang mengaku tidak bersalah kemudiannya dibenarkan ikat jamin sebanyak RM1 juta manakala pasportnya dipegang oleh mahkamah.

 

Sekiranya Najib didapati bersalah dan dihukum oleh mahkamah, beliau merupakan bekas Perdana Menteri pertama yang dipenjarakan atas dakwaan jenayah. Berita penahanan Najib ketika ini memang mendapat liputan meluas peringkat antarabangsa. Tetapi sebenarnya bukan beliau sahaja pemimpin yang berdepan tuduhan jenayah pecah amanah.

 

Oleh itu, kapital.my akan menyenaraikan lima pemimpin negara lain yang turut berdepan kesalahan yang sama.

 

1. Benjamin Netanyahu

 

Image result for Benjamin Netanyahu
Kredit: BBC

 

Beliau merupakan Perdana Menteri Israel yang didakwa atas kesalahan rasuah, penipuan dan pecah amanah. Siasatan polis yang berlangsung sekian lama itu mendapati Netanyahu terlibat dengan dua kes korupsi iaitu Case 1000 iaitu pemberian hadiah atas hubungan tertentu dan Case 2000 iaitu Netanyahu disyaki berunding secara sulit dengan Arnon Mozes, penerbit akhbar terkenal supaya lebih banyak liputan positif boleh diberikan.

 

Netanyahu turut didakwa menerima hampir $300,000 dalam bentuk hadiah selama lebih 10 tahun. Menurut polis, pejabat Netanyahu juga turut dipenuhi curut berjenama, barangan kemas dan minuman keras yang mewah yang mana jumlahnya dikatakan cukup untuk memenuhi satu kelab kecil.

 

Antara individu yang dikaitkan dengan jenayah Netanyahu itu adalah Arnon Milchan, penerbit filem Israel dan James Packer, hartawan dari Australia.

 

Netanyahu yang telah menjadi Perdana Menteri tiga penggal berturut-turut bagaimanapun enggan meletakkan jawatan.

 

2. Lee Myung Bak

 

Image result for Lee Myung Bak
Kredit: UPI.com

 

Bekas Presiden Korea Selatan ini berdepan tuduhan korupsi, salahguna kuasa, pecah amanah, memindahkan secara haram 3402 dokumen berkaitan presiden keluar dari pejabat dan mencemari undang-undang pilihan raya.

 

Beliau yang dihadapkan ke mahkamah pada April lalu menjadi bekas pemimpin keempat negara itu yang berdepan perbicaraan. Lee yang menjadi presiden dari 2008 hingga 2013 itu telah menjalani penahanan pra-perbicaraan sejak ditahan pada Maca lalu atas beberapa tuduhan jenayah.

 

Pendakwaraya mendakwa Lee dengan 16 kes korupsi termasuklah mengambil rasuah bernilai US$10.4 juta.

 

3. Joshua Dariye

 

Image result for Joshua Dariye
Kredit: Omojuwa.com

 

Bekas gabenor dari Nigeria ini didapati bersalah atas jenayah menggelapkan wang dan dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun serta dua tahun atas jenayah pecah amanah.

 

Beliau disabitkan kesalahan itu daripada dana ekologi selepas perbicaraan berlangsung lebih 10 tahun.

 

4. Thomas Chandy

 

Related image
Kredit: The Day After

 

Bekas Menteri Pengangkutan dari sebuah negeri, Kerala di India telah didakwa oleh biro anti korupsi kerana terlibat dalam operasi haram di kawasan sawah padi untuk membina jalan ke sebuah kediaman mewah yang terletak di Alappuzha.

 

Dalam pertuduhan itu, biro tersebut mendakwa Thomas di bawah jenayah pecah amanah oleh penjawat awam serta beberapa seksyen lain berkaitan pencegahan rasuah.

 

5. Stas Misezhnikov

 

Related image
Kredit: sofiaglobe.com

 

Bekas menteri pelancongan Israel ini dijatuhkan hukuman pentjara 15 bulan dan denda selepas didapati bersalah pecah amanah.

 

Beliau yang berkhidmat sebagai menteri pada 2009 hingga 2013 itu dituduh menggunakan jawatan itu untuk menggesa sebuah penganjur sebuah festival supaya mengambil kekasihnya bekerja sebagai pertukaran kepada dana yang disumbangkan olehnya.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…