fbpx

Isu Kerajaan Tambah Hutang, Ini Jawapan Pakar.

Oleh : Kapital
24 Julai 2018 - 11:51 am

Reading Time: 4 minutes
  • Kerajaan PH kini telah didakwa mengeluarkan hutang-hutang bon baru dengan jumlah nilai RM22 bilion.
  • Mengikut pakar ekonomi, ia adalah tidak tepat kerana pengeluaran bon tersebut adalah berdasarkan kerangka bajet defisit kerajaan yang lalu.

 

Tabung Pakatan Harapan kini telah mencecah kutipan sehingga RM156 juta sejak ia dilancarkan pada 30 Mei lalu. Ia mendapat sambutan yang hangat daripada para penyokong kerajaan yang mahukan agar negara ini berupaya membayar timbunan hutang kerajaan yang dilaporkan mencapai RM1 trilion.

 

Walaupun demikian, baru-baru ini telah menularnya sebuah penulisan di media sosial yang mengkritik tindakan kerajaan berkenaan hutang negara dan penubuhan Tabung Pakatan Harapan.

 

 

Dakwa penulis tersebut yang dikenali dengan nama Syahir, kewujudan tabung ini dipersoalkan kerana kerajaan kini tetap ‘menambahkan’ hutang-hutang tersebut dalam bentuk pengeluaran bon-bon hutang baru. Artikel tersebut boleh dibaca di laman Facebook beliau dengan anda boleh menekannya di sini.

 

Artkel penulisan oleh Syahir mengenai hutang bon baru oleh kerajaan di laman Facebook.

 

Menurut Syahir, beliau menyuarakan bahawa kerajaan telah bertindak menerbitkan hutang (bon) baru berjumlah RM22.5 bilion selepas memenangi Pilihanraya Umum yang Ke-14 pada 9 Mei yang lalu.

 

Katanya, hal ini seolah-olah berlawanan dengan kesungguhan kerajaan dalam usaha menurunkan komitmen hutang negara.

 

Jika diperhatikan dalam laman sesawang pengeluaran bon di Malaysia di Bond Info Hub, terdapat tujuh pengeluaran baru bon atau hutang yang bermula pada 15 Mei 2018.

 

Senarai bon tersebut adalah seperti berikut:

 

  1. RM3.0 bilion pada 15 Mei 2018

  2. RM3.5 bilion pada 24 Mei 2018

  3. RM4.0 bilion pada 31 Mei 2018

  4. RM2.5 bilion pada 8 Jun 2018

  5. RM3.5 bilion pada 29 Jun 2018

  6. RM2.5 bilion pada 6 Julai 2018

  7. RM4.0 bilion pada 16 Julai 2018

 

Jumlah nilai bon-bon ini adalah sebanyak RM22.5 bilion.

 

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM8.3 bilion digunakan bagi membayar hutang lama (bon) yang telah matang. Hutang-hutang matang ini adalah bagi hutang lama yang dibuat oleh kerajaan terdahulu.

 

Definisi mudah bon ialah sejenis instrumen kewangan berbentuk pinjaman yang diberikan oleh para pelabur kepada kerajaan ataupun syarikat yang mengeluarkan bon.  Kredit: i.ytimg.com

 

Oleh itu, melalui pengiraan mudah, Syahir mendakwa jumlah hutang baru yang dilakukan oleh kerajaan PH kini ialah berjumlah RM14.2 bilion sepanjang hampir 3 bulan pemerintahan. Oleh kerana itu, beliau mendakwa yang jumlah hutang sekuriti kerajaan akan menjadi meningkat daripada RM690.6 bilion pada Mei 2018 kepada RM702.6 bilion sehingga kini.

 

Maka, ia menyebabkan kita tertanya-tanya adakah tindakan ini relevan dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan hutang negara sehingga sanggup menubuhkan Tabung Pakatan Harapan?

 

Bagi menjawab persoalan ini, seorang pakar ekonomi di bank pelaburan, Izzuddin Yussof tampil dalam memberikan pencerahan tentang isu ini.

 

Ujar Izzuddin, sekalipun fakta-fakta yang dibentangkan adalah betul, akan tetapi tafsirannya tidak terlalu tepat. Ia kelihatan ingin memainkan persepsi masyarakat secara terpesong.

 

Berikut di bawah adalah lontaran jawapan-jawapan bernas daripada beliau:

 

1) Penerbitan bon sebenarnya sudah dirancang dari awal bagi setiap tahun sebelum menjelangnya tahun tersebut. Bahkan, terdapat kalendar penerbitan bon yang dipaparkan kepada orang awam untuk diperhatikan oleh para pelabur ‘fixed income asset’.

 

Di bawah adalah link laman sesawang penerbitan-penerbitan bon tersebut: https://fast.bnm.gov.my/fastweb/public/FastPublicBrowseServlet.do?mode=MAIN&taskId=PB050500

 

Gambar di atas adalah laman sesawang senarai bon yang diterbitkan untuk paparan pelabur aset ‘fixed income’. Anda akan dapat melihat penerbitan bon yang bermula pada Januari 2018 sehingga akhir tahun nanti.

 

2) Kalendar penerbitan bon-bon bagi setiap tahun telah dikeluarkan tidak lama selepas bajet tahunan dibentangkan. Hal ini kerana, kerajaan mahu menganggarkan berapakah nilai defisit fiskal yang bakal ditanggung. Oleh itu, melalui nilai defisit tersebut, kerajaan dapat merancang berapa banyak penerbitan bon yang perlu dikeluarkan.

 

3) Bagi kerajaan PH, ia tidak dapat membatalkan penerbitan hutang-hutang bon ini kerana perbelanjaan negara tahun tersebut akan mengikut kepada perancangan bajet tahun tersebut.

 

4) Selain itu, Kerajaan PH tidak dapat membuat bajet baru kerana ia harus fokus kepada perancangan bajet bagi tahun hadapan. Proses membuat bajet adalah tersangat lama. Oleh itu, ia adalah sesuatu yang tidak efisien untuk terlalu memfokuskan kepada tahun ini yang desang ditempuh berbanding tahun mendatang.

 

5) Jadi, jika mahu untuk mengkritik kerajaan kini berkenaan hutang, Izzuddin mengesyorkan agar ia lebih tepat dilakukan selepas pembentangan bajet 2019 yang dirangka oleh kerajaan PH itu sendiri.

 

Melihatkan daripada analisis kedua-dua individu ini, kita dapat memerhatikan secara jelas yang permainan persepsi dan penggunaan fakta amatlah penting dalam menentukan penulisan analisis yang baik.

 

Kedua-dua faktor ini sememangnya berkuasa dalam membentuk gaya dan hala tuju penulisan. Maka, ia terpulang kepada pembaca pula untuk menguasai kemahiran ini sendiri agar kita dapat meraih jawapan yang tepat apabila membaca mana-mana penulisan yang ditularkan.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…