fbpx

‘Khazanah Pernah Untung 1 Bilion Dolar Melalui Alibaba’

Oleh : Kapital
11 Julai 2018 - 6:30 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Khazanah banyak membuat pelaburan dalam dan luar negara dengan memperoleh pulangan yang cukup lumayan.
  • Laporan prestasi Khazanah pada Januari lalu menunjukkan kedudukannya yang kukuh dengan pencapaian menakjubkan.

 

Disebalik kritikan yang diterima oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebenarnya Khazanah juga banyak membawa pulangan pelaburan yang lumayan baik dari dalam dan luar negara.

 

Siapa yang tidak kenal syarikat gergasi e-dagang terbesar dari China, Alibaba. Semasa Alibaba belum berkembang pesat seperti hari ini, Khazanah sudah membuat langkah strategik yang cukup bijak dengan melabur dalam syarikat itu pada tahun 2012.

 

Hasilnya, Khazanah telah memperoleh pulangan yang cukup lumayan antara US$1 bilion hingga US$1.2 bilion berbanding pelaburan awal sebanyak US$250 juta sahaja.

 

Image result for alibaba
Kredit: withabackpack

 

Khazanah juga dilihat membuat pelaburan yang cukup besar dalam syarikat berorientasi teknologi dan bidang ‘start-up’ berdasarkan kepada pulangan besar yang akan diperoleh.

 

Pada 2016, Khazanah bersama empat pelabur antarabangsa yang lain telah melabur sebanyak RM824.35 juta ke dalam Skyscanner. Skyscanner menyediakan kemudahan pelancongan yang komprehensif merangkmui jadual penerbangan, hotel dan kereta sewa di seluruh dunia.

 

Tidak menunggu masa yang lama, Skyscanner kemudiannya dibeli oleh Ctrip.com International Ltd yang merupakan syarikat pelancongan dalam talian terbesar sebanyak US$1.74 bilion. Walaupun Khazanah sentiasa melabur bagi jangka masa panjang, tetapi Khazanah memilih untuk menjual pegangan mereka dalam tempoh kurang dari setahun kerana memperoleh tawaran yang terlalu untung untuk ditolak.

 

Image result for skyscanner
Kredit: EU-startup

 

Satu lagi startup di luar negara yang turut menerima pelaburan dari Khazanah adalah WeLab. Start-up berasaskan teknologi kewangan dari Hong Kong itu menerima sebanyak $US160 juta.

 

WeLab menyediakan pinjaman di China dan Hong Kong melalui platform telefon bimbit dan dalam talian. Berdasarkan kepada keunikan yang ditawarkan, WeLab berkembang pantas.

 

Pelaburan Khazanah ini turut memberi pendedahan kepada pasaran pinjaman pengguna di China yang menerima permintaan yang semakin tinggi.

 

Walaupun Khazanah kelihatan melabur banyak di luar negara, sebenarnya sayap pelaburan kerajaan ini turut membuat pelaburan dengan syarikat tempatan. Antara yang agak terkini adalah syarikat fesyen terkenal, FashionValet. Kapital.my pernah menulis tentang perkara ini.

 

Zalora Dan FashionValet ‘Singsing Lengan’ Kuasai Pasaran Fesyen

 

Selain itu, prestasi Khazanah juga boleh diteliti melalui laporan yang disiarkan di laman webnya pada 18 Januari lalu.

 

Secara umumnya, Khazanah telah mencatatkan prestasi keseluruhan yang kukuh pada tahun lalu apabila nilai portfolio meningkat kepada RM115.6 bilion manakala Keuntungan Sebelum Cukai turut mengalami peningkatan serupa sebanyak 84.7%.

 

Sebanyak 14 pelaburan baharu yang berasingan berjumlah RM6.3 bilion dan 12 pelupusan telah dicapai pada tahun lalu sehingga menjana hasil sebanyak RM6.4 bilion manakala keuntungan daripada pelupusan pula adalah RM2.5 bilion.

 

Berdasarkan kepada prestasi kukuh ini, Khazanah menjangkakan pelancaran Transformation 2.0 akan membantu meningkatkan daya tahan pelaburan.

Menurut laporan Khazanah, pelaburan yang dibuat di Malaysia merangkumi sekitar 55.5% daripada Nilai Aset Boleh Direalisasikan (RAV) manakala di luar negara pula adalah sebanyak 44.5%.

 

Image result for azman mokhtar\
Kredit: The Star

 

Dari segi pengiktirafan antarabangsa, pada tahun ini, Khazanah telah tercatat dalam Senarai Pemimpin Bretton Woods II iaitu salah satu 25 Pemegang Aset Paling Bertanggungjawab di peringkat antarabangsa.

 

Bretton Woods II merupakan hasil inisiatif daripada beberapa institusi pembangunan terkemuka di dunia yang bertujuan mempromosi beberapa fokus berkaitan sosial, kemampanan dan tadbir urus dalam pelaburan.

Menurut Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar, pengiktirafan dari institusi antarabangsa berprestij itu menunjukkan sayap pelaburan kerajaan itu mempunyai prestasi kewangan rekod yang kukuh.

 

Walau bagaimanapun, di sebalik pencapaian positif yang dicapai, sewajarnya Khazanah juga perlu bersikap telus dengan turut mendedahkan masalah yang dihadapi. Sikap terbuka begini perlu dilaksanakan supaya semua ahli Parlimen termasuk pembangkang dan pihak berkepentingan boleh menilai prestasi melalui maklumat yang lebih telus.

 

Khazanah Tidak Lagi Membantu Bumiputera- Tun M

 

Tun Dr Mahathir juga dalam wawancara bersama Investvine telah memberitahu akan menilai semula syarikat-syarikat yang dimiliki oleh Khazanah. Beliau berkata, syarikat-syarikat yang bermasalah akan ditutup supaya tidak memberi kesan kewangan kepada sayap pelaburan kerajaan itu.

 

Lebih daripada itu, Tun Mahathir mahu memastikan beban Khazanah dikurangkan dan matlamat penubuhan boleh dikembalikan untuk meningkatkan pemilikan saham dalam kalangan Bumiputera.

 

Maka, walaupun Khazanah membuat pelaburan besar dan memperoleh untung yang lumayan juga, soalan paling penting adalah, berapa pula pulangan yang telah diterima oleh Bumiputera sebagai pihak berkepentingan Khazanah?

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…