fbpx

KLCI Melonjak Kembali 9 Hari Berturut-Turut, Nota Untuk Pelabur Saham

Oleh : Kapital
29 Julai 2018 - 11:16 am

Reading Time: 3 minutes

Kali ini, saya mahu kupas sedikit berkenaan KLCI, jangkaan projection saya semasa jatuh selepas PRU 14 dan sekarang rebound yang cukup sensasi di mana KLCI melakukan kenaikan selama 9 hari berturut-turut sebelum membuat koreksi (pullback).

 

Saya akan kekal membuat penerangan melalui konteks analisis teknikal iaitu sebuah bidang saya dan perkara-perkara lainnya seperti politik atau ekonomi semasa tidak akan menjadi faktor atas analisis saya ini.

 

Carta yang saya kongsikan ini adalah berdasarkan kepada carta satu jam di mana jika anda lihat (garisan hijau) ketika mana KLCI melakukan penurunan selepas PRU 14, ramai yang mengatakan kejatuhan ini agak extreme iaitu KLCI jatuh daripada paras 1896 mata ke paras terendah sekitar 1657 mata.

 

Ia adalah kejatuhan sebanyak +/- 239 mata!!

 

Carta ini diambil di laman web Ridzuan Ibrahim di https://ridzuanibrahim.wixsite.com/freecoachingsahamcpo/single-post/2018/07/23/KLCI-Resurgence-Continue-or-Pull-The-Break.

 

Adakah kejatuhan ini merupakan sebuah kejatuhan menggila 239 mata? Tidak sama sekali kerana kejatuhan kali ini dilihat agak ‘lembut’ dan beradab. Garisan hijau kejatuhan ini adalah kombinasi teori EW dan Fractal projection yang saya gunakan.

 

Sekarang ini, perkara utama ialah KLCI belum mempunyai tanda-tanda kuat untuk melakukan koreksi atau pullback. Buat masa ini KLCI berada di kawasan 50:50 iaitu mempunyai kemampuan menyambung lonjakan ke atas atau melakukan penurunan.

 

Senario pertama, (sila rujuk chart garisan merah) KLCI berpotensi untuk naik sekitar 1788, 1812 mata atau di paras extreme iaitu resistance confluence area sekitar 1850 +/- sebelum kembali terjun membuat pembetulan.

 

Senario kedua pula pada paras sekarang ialah KLCI juga berpotensi jatuh ke paras sokongan 1727, 1717 atau paras sokongan kuat sekitar di 1690 mata.

 

Kalau saya ikut kiraan asas EW projection, KLCI mempunyai potensi untuk menyambung kenaikan kepada 1788 mata paling minima dan jika masih ada fuel tak mustahil paras 1812 mata boleh dicapai. Penurunan dari paras sekarang pada 23 July 2018 hanya akan terjadi jika paras sokongan terdekat iaitu 1749 mata gagal bertahan.

 

Bacaan saham KLCI selepas PRU 14 turun secara mendadak sebelum naik selama 9 hari berturut-turut. Kredit: kapital.my

 

Berbalik kepada perbincangan tajuk ‘Resurgence Continue’, adakah ini akan terus berlaku? Adakah KLCI akan mampu terus melonjak ke paras sebelum PRU 14 sekitar bulan Mei 2018 iaitu sebanyak 1890 +/- mata?

 

Ingin sekali saya tekankan yang ia adalah tidak mustahil dalam masa terdekat tetapi saya bercakap berlandaskan analisis teknikal saya dan bukan secara agak-agak atau hearsay mahupun hanya bercakap mengikut apa yang majoriti suka mendengar.

 

Oleh itu, sekali lagi saya mahu katakan bahawa selagi KLCI kekal di atas 1600 mata tone positif atau bullish KLCI akan kekal. Unjuran atau target saya sejak awal tahun 2018 adalah KLCI akan mencuba mencapai paras 2000 mata paling kurang dan target maksima saya adalah 2250 mata. Tetapi ia mustahil untuk tercapai tahun ini.

 

‘Pull The Brake’, berdasarkan carta dan analisa teknikal KLCI sedang berada dalam kawasan tone positif dan analisa bearish hanya boleh dibuat apabila paras 1600 mata gagal bertahan.

 

Adakah peletakan jawatan secara beramai-ramai oleh direktor Khazanah Malaysia yang diketuai oleh Tan Sri Azman Mokhtar akan menganggu pasaran? Hanya masa yang akan menentukan ke arah mana KLCI akan pergi.

 

Akhir kata, sebagai trader atau investor ingat mantra ini:

 

“INVESTING IS A MARATHON, NOT A SPRINT”

 

Artikel ini diambil dan diolah sedikit daripada artikel asal penulisan Ridzuan Ibrahim (MSTA-UK), pakar pelaburan dan remisier di bank pelaburan RHB serta broker niaga depan (futures). Anda boleh menghubunginya untuk mendapatkan nasihat dan latihan secara PERCUMA di laman web https://ridzuanibrahim.wixsite.com/freecoachingsahamcpo atau menghubungi beliau di Facebook beliau di sini.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…