fbpx

Lagi Pelaburan Khazanah Meragukan dan Merugikan?

Oleh : Kapital
31 Julai 2018 - 5:42 pm

Reading Time: 4 minutes
  • Khazanah gagal mencatatkan sebarang keuntungan dalam pelaburan tidak strategik yang dibuat.
  • ‘Kerosakan’ Khazanah sebelum ini dilihat sebagai punca wujud cadangan supaya diletakkan bawah PMO.

 

Peletakan jawatan sembilan anggota Lembaga Pengarah Khazanah nampaknya gagal meredakan keadaan apabila semakin banyak pendedahan tentang salahlaku pentadbiran berlaku sebelum ini.

 

Antara pendedahan tersebut adalah mengenai kerugian RM3 bilion akibat pelaburan yang meragukan yang dibuat oleh Khazanah sebelum ini.

 

ARTIKEL BERKAITAN

[Eksklusif] Khazanah Rugi RM3 Bilion & Dana Digunakan Bayar Hutang 1MDB

 

Selain kerugian besar itu, sebenarnya Khazanah telah membuat banyak pelaburan tidak strategik yang mana bukan sahaja tidak memulangkan hasil yang lumayan kepada syarikat, sebaliknya dana pelaburan itu terpaksa menanggung kerugian yang cukup besar.

 

AirAsia

 

Selain daripada pelaburan yang meragukan itu sehingga lesap RM3 bilion, Khazanah juga pernah dikritik kerana terlibat dalam aktiviti pertukaran saham (share swap) melalui dua syarikat penerbangan iaitu Malaysia Airline System (MAS) dan pesaing industrinya, AirAsia.

 

Dalam rancangan itu, AirAsia yang dimiliki Tune Air akan menerima saham 20.5% dalam MAS. Khazanah pula sebagai pemegang kepentingan 70% dalam MAS akan memperoleh 10% saham dalam AirAsia.

 

Image result for airasia
Kredit: AirAsia

 

Rancangan itu dirangka untuk memulihkan kerjasama antara dua syarikat penerbangan tersebut. Malangnya, saham AirAsia meningkat daripada RM2.50 pada Mac kepada RM4.14 lewat Julai. Manakala MAS pula hampir sepuluh tahun berada pada paras bawah RM1.50.

 

Khazanah telah kerugian besar kerana terpaksa membeli saham AirAsia yang nilainya cukup tinggi tetapi saham syarikat pelaburan itu pula dijual pada harga yang murah kepada Tony Fernanades dan rakannya, Kamaruddin Meranun.

 

Aktiviti tidak adil ini juga membolehkan Fernandes dan Meranun menjadi pengarah eksekutif MAS manakala tiada seorang pun ahli Lembaga Pengarah MAS dilantik menduduki jawatan pengarah di AirAsia.

 

Image result for Tony Fernandes Kamarudin Meranun
Kredit: Utusan

 

Secara tidak langsung, AirAsia boleh memahami seluruh pelan bisnes MAS dari dalam manakala MAS pula langsung tiada pengetahuan tentang pesaingnya itu. Apa yang berlaku bukanlah satu gabungan (merger) sebaliknya hanyalah ‘penjajaran pemegang saham’ (shareholder alignment).

 

Satu perkara yang paling lucu apabila MAS dipaksa membayar RM18 juta kepada pasukan bola sepak, Queens Park Rangers (QPR) milik Tony Fernandes yang mana merupakan sebahagian agenda pengiklanan untuk mempromosikan MAS.

 

Brahim

 

Image result for brahim mas
Kredit: Mole

 

LSG Sky Chefs Brahim Sdn Bhd memperoleh kontrak katering dalam MAS. Syarikat yang dimiliki oleh adik beradik bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dianugerahkan kontrak sehingga tahun 2028 untuk menyediakan makanan pada harga yang mahal dalam MAS.

 

Projek perikanan tuna

 

Azman Mokhtar terus menunjukkan kegagalannya memimpin Khazanah apabila gagal menstruktur semula projek termasuklah projek usahasama dalam sektor perikanan tuna yang bernilai RM120 juta.

 

Parkway Holdings

 

Related image
Kredit: Tourgate

Jika RM120 juta hangus dalam projek tuna, Azman Mokhtar juga ‘melesapkan’ RM935 juta dalam syarikat Parkway Holdings iaitu syarikat tersenarai awam dari Singapura yang menjalankan bisnes kemudahan penjagaan kesihatan.

 

Tanjong Pagar

 

Azman Mokhtar telah dimalukan dalam satu perjanjian pertukaran (swap) yang membabitkan tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Tanjong Pagar untuk memperoleh sebidang tanah bernilai tinggi di Marina South dan Ophir-Rochor.

 

Walaupun nampak perjanjian itu seperti adil tetapi hakikatnya, Malaysia terpaksa membayar RM1 bilion sebagai yuran pembangunan di kawasan tersebut.

 

Konflik kepentingan

 

Related image
Kredit: Sarawak Report

 

Pelantikan Nazir Razak iaitu adik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai ahli Lembaga Pengarah Khazanah menunjukkan wujud konflik kepentingan.

 

Syarikat pelaburan ini mempunyai kepentingan dalam Tenaga Nasional, Telekom Malaysia, Axiata Group, MAS, IHH Healthcare dan Malaysia Airports Holding, CIMB Group dan banyak lagi. Dalam hal ini, Nazir Razak pula merupakan Pengerusi CIMB Group dan Tony Fernandes pula adalah kawan baiknya.

 

Sebelum ini, Nazir pernah didapati membantu abangnya, Najib Razak untuk menerima dan memberikan wang berjumlah RM27.32 juta kepada ahli politik tertentu sebelum pilihan raya umum pada tahun 2013. Wang itu pula kemudiannya didapati dicuri dan dicuci (money laundering) daripada skandal 1MDB.

 

Menyedari ketempangan inilah, maka Tun Dr Mahathir telah mengkritik Khazanah kerana lari dari peranan asal penubuhannya.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Khazanah Tidak Lagi Membantu Bumiputera- Tun M

 

Tun Dr Mahathir turut membidas ‘penyalahgunaan’ syarikat itu oleh pentadbiran Putrajaya terdahulu kerana memberikan jawatan dan bayaran yang tinggi kepada ahli politik dan bukan profesional tertentu.

 

Suka atau tidak, semua ahli Lembaga Pengarah Khazanah yang meletak jawatan baru-baru ini adalah sebahagian 17,000 lantikan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Peletakan jawatan itu juga memudahkan kerajaan sekarang menstruktur semula syarikat pelaburan itu dengan lebih lancar dan mudah.

 

Untuk mengelakkan keadaan buruk dalam Khazanah berulang seperti sebelum ini, barangkali kerana itulah timbul cadangan supaya syarikat itu serta Petronas dan Permodalan nasional Bhd (PNB) diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (PMO) selepas ini yang mana akan berada di bawah kawalan Tun Dr Mahathir secara langsung.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…