fbpx

Mudahkan pinjaman perumahan bukan satu langkah tepat

Oleh : Kapital
16 Julai 2018 - 4:37 pm

Reading Time: 4 minutes

Oleh Mohamad Aiman Nazmi

 

Umum mengetahui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah kerajaan Pakatan Harapan akan melonggarkan syarat pinjaman bank bagi membantu golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus pertengahan (M40) dan berpendapatan 40 peratus rendah (B40) untuk memiliki rumah.

 

Hal ini telah pun diperkatakan oleh menteri, Zuraida Kamaruddin tidak lama selepas dilantik.

 

Persoalannya adakah solusi ini merupakan satu yang tindakan baik untuk rakyat? Jika tidak, apakah langkah-langkah lain yang wajar diutamakan kerajaan?

 

Satu Keutamaan?

 

Image result for bank negara
Kredit: BNM

 

Untuk menjawab persoalan mengenai kepentingan solusi ini, adalah lebih baik untuk kita meneliti laporan Bank Negara Malaysia (BNM) yang telah dikeluarkan pada awal tahun ini.

 

Menurut laporan tersebut, purata pinjaman perumahan meningkat sebanyak 13.2 peratus daripada tahun 2012 hingga 2014. Namun, purata ini berkurang kepada 9.2 peratus pada tahun 2016.

 

Tambahan pula, kadar penolakan terhadap permohonan pinjaman perumahan telah berkurang kepada 23.6% pada tahun 2016 berbanding 26.1% pada tahun 2012 – 2015.

 

Related image
Kredit: PropWall

 

Menurut laporan terperinci oleh Khazanah Research Institute, langkah untuk memudahkan akses bagi mendapatkan pinjaman perumahan sebenarnya mungkin akan meningkatkan lagi harga rumah!

 

Ini logik kerana jika rakyat mampu membeli rumah pada harga yang mahal, maka tiada insentif untuk para pemaju perumahan mengurangkan harga rumah.

 

Faktor Utama

 

Jika isu harga rumah yang tinggi bukan mengenai akses terhadap pinjaman perumahan, apakah faktor utama yang mendorong kepada situasi ini?

 

Image result for perumahan
Kredit: Daily Rakyat

 

Mengambil kira laporan yang telah diterbitkan dan manifesto Pakatan Harapan sendiri, faktor utama yang membawa kepada mahalnya harga rumah ini ialah ketidakseimbangan penawaran dan permintaan (supply-demand mismatch) dalam pasaran perumahan.

 

Secara mudahnya, ketidakseimbangan penawaran dan permintaan berlaku di mana sesuatu barang itu ditawarkan sedikit sahaja untuk memenuhi permintaan yang banyak ataupun sebaliknya.

 

Dan inilah yang berlaku dalam pasaran perumahan di mana jumlah rumah yang ditawarkan tidak dapat memenuhi permintaan yang tinggi. Contohnya, bagi tahun 2012 hingga 2014, purata rumah yang ditawarkan hanyalah 85,000 unit berbanding 118,000 jumlah isi rumah yang baru.

 

Sumber: Laporan BNM 2016

 

Tambahan pula, isu ketidakmampuan untuk memilki rumah ini dikeruhkan lagi dengan faktor lain seperti kadar peningkatan pendapatan isi rumah yang rendah dan trend semasa pemaju yang melancarkan harga rumah melebihi RM250,000.

 

Solusi

 

Untuk menyelesaikan isu ketidakseimbangan penawaran dan permintaan ini, ada beberapa solusi yang boleh diambil oleh kerajaan.

 

Pertama, kerajaan boleh menubuhkan satu entiti untuk menyelia semua projek yang melibatkan rumah mampu milik.

 

Image result for pr1ma
Kredit: PR1MA

 

Pada masa ini, kewujudan pelbagai entiti seperti PR1MA, PPA1PM dan SPNB untuk melaksanakan objektif yang sama menyebabkan pembaziran daripada aspek kos dan masa.

 

Selain itu, kewujudan entiti ini tunggal dapat menyeimbangkan penawaran dan permintaan dalam pasaran rumah kelak.

 

Kedua, daripada sudut penawaran, inisiatif untuk memperkenalkan teknologi baru seperti Industrialised Building System (IBS) wajar dilakukan untuk menjimatkan kos pembinaan rumah.

 

Related image
Kredit: MIDF

 

Sebagai contoh, mengikut laporan MIDF, inisiatif seperti IBS dapat mengurangkan kos bahan-bahan sebanyak 5 – 6 peratus.

 

Ketiga, dari sudut permintaan, kerajaan boleh mengawal kadar permintaan dengan memperkuatkan pasaran sewa dengan memperkenalkan undang-undang untuk menjamin hak-hak penyewa dan pemilik.

 

Dengan ini, rakyat akan lebih yakin untuk menyewa seterusnya mengurangkan kadar permintaan untuk membeli rumah mampu milik.

 

Soalan Penting

 

Jelas sekali bahawa akses untuk mendapatkan pinjaman perumahan bukanlah satu masalah utama yang dihadapi rakyat Malaysia.

 

Image result for rakyat beli rumah
Kredit: iMoney

 

Jika ini merupakan solusi jangka masa pendek, apakah langkah-langkah kerajaan untuk mengurangkan risiko bagi pihak institusi kewangan sekiranya ada peminjam yang gagal melunaskan hutang perumahan?

 

Adakah sudut penawaran sudah semakin baik sejak tahun sebelumnya untuk kerajaan meningkatkan kadar permintaan dengan memudahkan kadar pinjaman rumah?

 

Apakah solusi jangka masa panjang yang seterusnya?

 

Soalan-soalan ini perlu dijawab oleh pihak kerajaan. Adalah sedikit ekstrem untuk kita katakan cadangan kerajaan ini akan membawa kepada krisis kewangan yang berlaku pada tahun 2008, namun prinsip asasnya tetap sama – institusi-institusi kewangan memberikan pinjaman perumahan kepada mereka yang tidak layak. Kita pastinya tidak mahu ini berlaku.

 

Fikir-fikirkanlah.

 

Penulis merupakan pembaca kapital.my.

 

Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian mana-mana pihak termasuk kapital.my

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…