fbpx

Perlukah MaGIC? Ini Pendapat Ahli Industri

Oleh : Kapital
06 Julai 2018 - 8:30 pm

Reading Time: 3 minutes

 


  • MaGIC penting sebagai platform untuk membentuk usahawan startup yang mampu mendepani Revolusi Industri 4.0.
  • Bilangan kursus yang ditawar oleh MaGIC perlu ditambah untuk meningkatkan bilangan usahawan startup.

 

Khabar angin yang menyatakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bercadang untuk membubarkan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) akhirnya tidak berlaku apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sendiri berhasrat untuk mengekalkan atas faktor kelebihannya kepada ekonomi negara.

 

Semasa menghadiri Program Pemacu Global (GAP) anjuran MaGIC pada 19 Jun, Lim berkata, agensi kerajaan itu masih berperanan penting sebagai pusat produktiviti negara pada masa depan.

 

Lim yang juga ahli Parlimen Bagan turut mengaitkan kepentingan MaGIC yang berasaskan inovasi dan kreativiti meliputi bidang warisan, budaya dan seni dengan Revolusi Industri 4.0 sebagai satu fenomena yang perlu dihadapi oleh semua sektor.

 

Sehubungan itu, kapital.my mendapatkan pandangan dari Ketua Pegawai Eksekutif New Entrepreneurs Foundation (NEF), Lilyana Abdul Latiff dan Ketua Pegawai Eksekutif SERV Technology Sdn. Bhd (SERV), Arief Imran mengenai MaGIC serta cadangan tambahan yang perlu untuk memastikan agensi ini dapat berfungsi dengan lebih baik.

 

Image result for New Entrepreneurs Foundation (NEF), Lilyana Abdul Latiff
Kredit: Otakit

 

Dalam wawancara melalui emel, kedua-dua bukan sahaja bersetuju supaya MaGIC dikekalkan tetapi menegaskan kedudukannya yang relevan kepada ekosistem startup (syarikat-syarikat pemula baharu) di Malaysia yang masih di peringkat ‘pre-seed’ yang mana masih memerlukan perhatian dan pembiayan oleh kerajaan.

 

“Tanpa tindakan sewajarnya yang membantu golongan usahawan baharu, maka negara akan kekurangan usahawan yang berkualiti yang boleh terima pelaburan dari syarikat-syarikat penting.

 

Tambahnya lagi, di Malaysia, dana ‘pre-seed’ yang mempunyai fokus dan berjaya adalah Cradle Fund Sdn. Bhd (Cradle). Cradle merupakan syarikat pembiaya kepada startup.

 

Namun begitu, kata Lilyana, Cradle juga akan berdepan dengan masalah jika tidak memiliki aliran dan idea yang berterusan untuk dibiayai.

 

Image result for cradle fund
Kredit: Cradle Fund

 

Justeru, dalam keadaan begini, Lilyana memuji MaGIC yang dianggap telah memainkan peranan yang tepat.

 

“Program MaGIC berjaya. Program mendekati golongan pelajar dan golongan yang berjinak-jinak menjadi usahawan-teknologi (technopreneurs).

 

“MaGIC melaksanakan pemacu program ‘pre-seed’ dengan cukup baik dengan idea yang bagus. Tanpa MaGIC, seluruh ekosistem startup di Malaysia akan kehilangan pengkalannya,” katanya.

 

Justeru beliau mencadangkan supaya latihan percuma disediakan kepada pengasas startup merangkumi beberapa perkara seperti Block Chain, program perisian, pemasaran digital lanjutan, rundingan kontrak, kemahiran kepimpinan dan program berbentuk pendedahan pemasaran.

 

“Ini perkara penting yang boleh menarik orang Malaysia yang berbakat untuk menceburi bidang startup. Lebih baik jika program yang dibentuk ini turut melibatkan para pemain industri di peringkat antarabangsa,” katanya.

 

Image result for SERV Technology Sdn. Bhd (SERV), Arief Imran
Arief Imran. Kredit: MaGIC

 

Arief turut berkongsi pandangan yang sama apabila mencadangkan supaya MaGIC Academy dapat ditubuhkan. Ditambah dengan tim komuniti MaGIC yang berpengalaman, maka perkongsian ilmu boleh dicapai.

 

“GAP yang bantu untuk memacu startup lebih maju dengan pendidikan, hubungan dengan korporat, dan mentoring. Mentorship platform menghubungkan startup dengan mentor-mentor dari industri.

 

“Laluan dan informasi tentang inisiatif-inisiatif agensi-agensi kerajaan yang lain dalam pembangunan usahawan. Banyak inisiatif kerajaan yang maklumatnya tidak sampai kepada rakyat,” katanya.

 

Beliau mencadangkan supaya kerajaan menambah kelas MaGIC Academy yang mengalami penurunan sejak tahun lepas akibat kekurangan bajet.

 

“Ada baiknya jika kelas-kelas tersebut dikembalikan. Program untuk hubungkan korporat dengan startup mungkin boleh dirancak dan ditambahbaik lagi,” katanya.

 

Image result for MaGIC academy entrepreneur malaysia
Kredit: says.com

 

Lilyana pula menjelaskan, walaupun peruntukan MaGIC agak tinggi, tetapi kerajaan perlu melihat program yang ditawarkan sebagai satu bentuk pelaburan kepada masa depan perniagaan di Malaysia.

 

Hal ini demikian kerana program tersebut dapat memupuk minda keusahawanan supaya memiliki set pemikiran bertaraf antarabangsa serta latihan yang mampu menyaingi pasaran di peringkat serantau.

 

Sehubungan itu, beliau turut menyarankan supaya MaGIC diletakkan di bawah Kementerian Ekonomi atau Kementeri Keusahawanan, dan bukannya Kementerian Kewangan.

 

“Sekarang bukan lagi tentang membangunkan usahawan serta industri kecil dan sederhana secara sedikit demi sedikit. Mereka perlu dipacu untuk bersaing di peringkat rantau dan antarabangsa dengan cetusan idea yang menarik.

 

“Semua ini perlu dimulakan di MaGIC,” katanya.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara¬†mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…