fbpx

Pertemuan Dua Ma-Tun Mahathir & Jack Ma Tingkat Ekonomi Digital Malaysia

Oleh : Kapital
02 Julai 2018 - 8:30 pm

Reading Time: 4 minutes
  • Jack Ma sudah lama mengagumi idea bernas Perdana Menteri sejak tahun 1996 lagi mengenai penubuhan MSC.
  • DFTZ bakal menjadi kesinambungan daripada projek MSC dahulu dan ini ia akan dibantu oleh syarikat talian (online) berprestij Alibaba.

 

Sejurus selepas banyak projek mega seperti HSR dan MRT3 dibatalkan oleh Perdana Menteri, orang ramai mula tertanya-tanya adakah projek mega Digital Free Trade Zone (DFTZ) akan turut dibatalkan? Sepertinya ia akan juga menerima nasib yang serupa seperti projek-projek mega yang lain. Akan tetapi, ternyata jangkaan ini adalah tidak tepat sama sekali.

 

Baru-baru ini jutawan bilionair Jack Ma, pengasas terkenal kepada syarikat gergasi digital Alibaba mengambil pendekatan menemui Perdana Menteri Mahathir Mohamad bagi membincangkan status DFTZ dan manfaat besarnya yang dapat dibangunkan bagi Malaysia.

 

Disebabkan seluruh dunia sedang berkembang ke arah dunia digital, inisiatif DFTZ ini adalah sebuah langkah bijak bagi mengurangkan halangan perdagangan antara sempadan (trade barrier) bagi industri e-commerce.

 

Ini adalah sebuah langkah yang penting untuk membantu menyediakan akses mudah bagi para peniaga muda dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk menerjah masuk ke dalam pasaran ekonomi digital di ranking global.

 

Sebagai pengetahuan, idea seumpama ini adalah merupakan antara yang terawal di rantau Asia Tenggara ini. Ia diasaskan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Muhammad Najib Razak pada 4 November 2016.

 

Datuk Seri Najib Razak melancarkan Digital Free Trade Zone (DFTZ) bersama pengasas Alibaba Group, Jack Ma. Kredit: assets.nst. 

 

Sebelum ini, Malaysia sudah pun menjadi negara terawal menyumbangkan idea yang sedemikian rupa dalam pembangunan bandar dan industri digital iaitu Multimedia Super Corridor (MSC) yang diinspirasikan oleh Tun Mahathir Mohamad pada tahun 1996 lagi.

 

Hasil daripada idea inilah ia kemudiannya menjadi contoh dalam pembinaan projek mega yang hampir sama di Hong Kong iaitu Cyberport dan Singapore One di Singapura.

 

Tidak cukup dengan itu, Jack Ma sendiri mengakui yang idea MSC daripada Mahathir Mohamad dahulunya ini telah menjadi inspirasi kepada penubuhan syarikat Alibaba pada tahun 1998.

 

Ketika itu, syarikat ini hanyalah sebuah syarikat talian yang kecil dengan kejayaan meraih sejumlah USD5 juta sahaja daripada para pelaburnya. Ini adalah sejumlah nilai yang kecil.

 

Namun kini, nilai syarikat ini sudah pernah mencapai USD472 bilion bagi nilai pasaran modalnya pada Oktober 2017 meninggalkan syarikat gergasi berasaskan talian di Amerika Syarikat iaitu Amazon pada nilai USD470 bilion.

 

Melalui MSC, banyak industri berasaskan ICT, teknologi dan secara talian telah berjaya dibangunkan.

 

Malah, sebuah kawasan yang dibangunkan berasaskan koridor ICT iaitu Cyberjaya juga dibangunkan dalam perancangan MSC. Dengan kata lain, manfatnya adalah sangat banyak.

 

Merujuk kepada isu ini kembali, kehadiran Jack Ma diharapkan dapat membantu membangunkan potensi projek DFTZ dengan jayanya. Pengalaman Jack Ma adalah penting dan bantuan dari syarikat gergasi Alibabanya itu bakal mempercepatkan proses kewujudan DFTZ ini untuk mencapai matlamat yang dimahukan.

 

Dalam usaha sama antara Jack Ma dan Najib Razak dahulu, Alibaba menandatangai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk mewujudkan Platform Perdagangan Global Berasaskan Elektronik (eWTP) dalam projek DFTZ.

 

Kata Jack Ma, beliau terinspirasi dengan idea Tun Mahathir mengenai MSC sejak tahun 1996 lagi dan ini menjadi titik tolak dalam penubuhan syarikat Alibaba Group. Kredit: TheBorneoPost. 

 

Menurut Business Wire, sebuah subsidiari media dari syarikat pelaburan terkenal Berkshire Hathaway melaporkan yang perjanjian ini juga bakal  menyaksikan penempatan e-fulfillment hub iaitu gudang berasaskan teknologi tinggi berdekatan dengan lapangan terbang KLIA termasuk dengan sebuah platform sehenti bagi perdagangan secara talian yang merentasi sempadan dan sebuah kerjasama dalam ativiti e-payment dan kewangan.

 

Kesemua ini adalah sebagai langkah penyediaan negara Malaysia ke arah ekonomi berdigital.

 

Bagi mengulas dengan lebih mendalam, DFTZ dalam laman webnya menerangkan bahawa ia bakal dilengkapi tiga ciri utama pembinaan iaitu:

 

  • E-Fulfilment Hub

 

Ia adalah sebuah gudang yang dibangunakan dengan teknologi canggih termasuk aktiviti membantu pengurusan gudang seperti penyusunan, pemindahan dan lain-lain. Selain itu, ia dilengkapi unit industri ringan (LIU) yang menolong dalam pembaikian berskala minor dalam gudang, pemantauan berkala dan kemudahan berkategori spesifik.

 

  • Hub Berasaskan Satelit

 

Bagi hub ini, ia akan dilengkapi dengan bilik pameran berteknologi O2O (online to offline), kemudahan canggih bagi aktiviti menyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE), bangunan kreatif dan mesra alam sekitar serta lapangan yang luas bagi aktiviti-aktiviti komuniti.

 

  • Servis

 

Dalam kategori servis, ia dibahagikan kepada kemudahan dari servis kerajaan seperti kemudahan bebas cukai, permit, servis kuarantin dan servis penasihat bagi perdagangan merentasi sempadan. Bagi kemudahan servis berkategori bisnes, ia akan menawarkan servis talian hosting, insurans, muatan depan (freight forwarding) dan pelbagai lagi.

 

Adakah Langkah ini Membantu Para Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Kini?

 

Dalam menjawab persoalan ini, barang kali contoh kes dari syarikat ZALORA dapat dijadikan sebagai kes kajian dan panduan.

 

ZALORA, sebagai sebuah syarikat yang gah berasaskan perniagaan pakaian secara talian telah melancarkan salah satu kemudahan yang sama seperti DFTZ iaitu e-fulfilment hub.

 

Gudang tersebut yang memakan keluasan sebanyak 470,000 kaki persegi telah siap dibina di Selangor, Malaysia pada bulan Mac 2017 lagi. Gudang ini dilengkapi dengan teknologi canggih yang amat membantu aktiviti perniagaan ZALORA.

 

Menurut ZALORA, gudang ini membantu memproses sehingga 100,000 item setiap hari dan mempunyai kapasiti menyimpan hampir lebih 4 juta item dalam satu-satu masa.

 

Ia dikatakan bakal memudahkan penyediaan tempahan dari berbaga-bagai negara seperti Singapura, Brunei, Indonesia dan Taiwan.

 

Selain daripada itu, ia juga dilengkapi dengan teknologi in-house Order Management System (OMS) yang membantu syarikat mengesan aktiviti keluar masuk produknya, memproses tempahan, mengurus pulangan belian dan mengurus  servis penghantaran produk syarikat.

 

Jika kita merenung kembali, segala servis yang disenaraikan di atas ini pun baru hanyalah servis yang disediakan oleh ZALORA sendiri. Agak-agak, bagaimanakah pula dengan kehebatan servis hasil daripada usaha sama Alibaba dan MDEC dalam DFTZ nanti?

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…