fbpx

Rangkuman Berita 16 Julai Hingga 20 Julai 2018

Oleh : Kapital
20 Julai 2018 - 5:46 am

Reading Time: 3 minutes

Tiada Lagi Rundingan Terus, Empat Kontrak IPP Dibatalkan

 

Image result for ipp  yeo bee yin
Kredit: FMT

 

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau, Sains dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin mengumumkan langkah kerajaan untuk membatalkan empat kontrak penjana kuasa bebas yang akan dibatalkan. Kontrak yang diperoleh secara rundingan terus itu pula diperoleh semasa pentadbiran kerajaan BN sebelum ini.

 

Usaha tersebut dilihat tidak akan memberikan implikasi kos kepada kerajaan baharu Pakatan Harapan. Selain itu, langkah itu juga dilihat sebagai satu permulaan kepada peralihan penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui secara meluas selepas ini dalam negara.

 

CEO Syarikat Swasta Terima 3, 5 Kali Ganda Dari GLC

 

Image result for prof gomez
Kredit: IDEAS

 

Pembayaran gaji CEO yang tertinggi di syarikat swasta adalah sebanyak RM168 juta berbanding di syarikat GLC iaitu RM33.89 juta.

 

Menurut Prof Gomez, pembayaran gaji kepada CEO GLC perlu seimbang antara sebagai motivasi mereka dan tanggungjawab mereka dalam pembangunan sosioekonomi.

 

Mekanisme Kuota Bumiputera Perlu Dikaji -Kajian REHDA

 

Image result for rehda rumah
Kredit: FMT

 

Institusi Kajian REHDA menyarankan agar pembahagian tugas pembinaan rumah berkos rendah mengikut harga dilaksanakan antara sektor awam dan sektor swasta untuk menyelesaikan masalah rumah tidak terjual (overhang).

 

Terdapat 23,599 unit rumah tidak terjual (overhang) pada suku pertama tahun ini.

 

Kos LRT3: Bagaimana Dari RM9 Bilion Ke RM31 Bilion?

 

Image result for lrt3 lim guan eng
Kredit: FMT

 

Kos sebenar projek LRT3 sebanyak RM31.65 bilion diperoleh daripada dua jaminan kerajaan sebanyak RM10 bilion dan RM22 bilion. Hal ini didedahkan dalam kenyataan media Kementerian Kewangan Malaysia beberapa hari lalu.

 

Di sebalik kritikan terhadap kos yang melampau tinggi, ada pihak yang berpendapat bahawa BRT dilihat lebih efisyen berbanding LRT3 berdasarkan kepada kos dan fungsinya pada masa akan datang.

 

A&W Malaysia Dijual RM34 Juta, Apa Seterusnya?

 

Image result for A&W kub
Kredit: The Star

 

Desas-desus korporat tentang usaha KUB Malaysia Bhd menjual A&W akhirnya terlerai apabila rangkaian restoran makanan segera popular itu dibeli oleh Pemilik baharu A&W, Ang Choon Yan yang merupakan pengasas  syarikat sektor makanan dan minuman (F&B).

 

Selain hangat dengan berita penjualan sepenuhnya kepentingan KUB dalam A&W, rancangan membina Menara KUB atas tapak A&W di Petaling Jaya yang mempunyai nilai pembangunan kasar sekitar RM263 juta turut menarik perhatian.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…