fbpx

Rangkuman Berita 2 Julai Hingga 7 Julai 2018

Oleh : Kapital
08 Julai 2018 - 2:00 pm

Reading Time: 2 minutes

Lambakan Pekerja Asing: Rakyat Kata Pergi, Industri Kata Mari

 

 

Cadangan kerajaan untuk menghentikan pengambilan tukang masak asing nampaknya menimbulkan keributan dalam kalangan pengusaha kedai makan kerana kesukaran mendapatkan tukang masak yang mahir pada gaji yang rendah.

 

Apakah persediaan rakyat dan kerajaan jika pengurangan pekerja asing berlaku selepas ini?

 

Tubuh Majlis Padi dan Beras Negara Ganti Bernas

 

Related image

 

Monopoli Bernas ke atas industri padi dan beras seperti akan bertemu noktah apabila kerajaan tidak berhasrat untuk meneruskan pemberian keistimewaan itu kepada syarikat berkenaan.

 

Dalam pada itu, ada pihak berkepentingan dalam industri yang mencadangkan kepada kerajaan supaya fungsi Bernas itu diserahkan kepada Majlis Padi dan Beras Negara yang mempunyai peranan seperti Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) dahulu.

 

Chatime VS Tealive: Pusingan Akhir? 

 

Akhirnya pada 27 Jun lalu, Mahkamah Rayuan mengarahkan Tealive supaya menutup operasi bisnes seluruh negara apabila didapati bersalah. Tealive dimiliki Loob Holding Sdn Bhd manakala Chatime iaitu saingannya dimiliki La Kaffa International Co Ltd iaitu syarikat dari Taiwan.

 

Terdahulu La Kaffa mendakwa Tealive melanggar undang-undang perjanjian francais serta mengubah bahan-bahan yang terkandung dalam minuman yang dijual tanpa sebarang persetujuan dengan syarikat Taiwan itu. Adakah keputusan mahkamah telah menamatkan ‘peperangan’ antara dua jenama minuman ini?

 

Bagaimana 1MDB Boleh Berhutang RM53 Bilion? 

 

Image result for 1mdb

 

Skandal 1MDB terus relevan diperkatakan apatah lagi bekas Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah diheret ke mahkamah atas beberapa tuduhan berkaitan anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

 

Persoalan menarik berkaitan 1MDB yang sering mendapat ulasan serta grafik yang menarik bukan sahaja tentang jejak wang yang dikatakan sudah melalui beberapa buah negara, bahkan mengenai jumlah hutang yang telah dibuat.

 

Terikat Dengan Perjanjian, ECRL Akan Diteruskan

 

Image result for ecrl

 

Akhirnya, projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang menimbulkan polemik hangat berdasarkan nilai  dan manfaatnya akan diteruskan selepas melalui beberapa penilaian semula.

 

Pakatan Harapan bersetuju meneruskan projek itu dengan pengubahan dari segi kos dengan menamatkan fasa 2 dan 3 serta beberapa bahagian yang menelan kos tinggi akan diubah laluan.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…