fbpx

Rangkuman Berita 9 Julai Hingga 15 Julai 2018

Oleh : Kapital
16 Julai 2018 - 12:28 pm

Reading Time: 2 minutes

Khazanah Tidak Lagi Membantu Bumiputera -Tun M

 

Image result for tun m khazanah

 

Tun Dr Mahathir Mohamad terus mengejutkan negara dengan memberikan kritikan terhadap dana pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Bhd kerana dilihat telah melencong dari matlamat penubuhan.

 

Menurut Perdana Menteri, Khazanah telah terlibat dengan perkara yang disifatkan pelik seperti aktiviti perumahan dan pengambil alihan syarikat.

 

Apa Nasib Media Milik BN Selepas PRU?

 

Image result for media BN

 

Selepas kejatuhan BN dalam pilihan raya lalu, media arus perdana yang menjadi jentera penting serta sebagai sumber kewangan bekas parti pemerintah itu telah berdepan ketidaktentuan.

 

Selain menghadapi kerugian selama bertahun-tahun, masa depan media itu juga sukar ditentukan kerana berada di bawah pentadbiran kerajaan baharu Pakatan Harapan.

 

Seni Berucap Dalam Perniagaan

 

Image result for seni berucap dalam perniagaan

 

Kebangkitan Revolusi Industri 4.0 yang lebih mengetengahkan teknologi tinggi berbanding tenaga manusia masih belum mampu mengatasi kepintaran insan dari segi pujukan melalui penceritaan yang menjadi nadi penting pengiklanan dalam perniagaan.

 

Tiga tokoh muda korporat berkongsi kepentingan penceritaan dalam perniagaan yang mana banyak membantu untuk menarik minat orang ramai tentang perniagaan yang dibangunkan.

 

Syarikat Lari Dari Cukai -Penjelasan Daripada Pakar Ekonomi

 

 

Tujuh helah syarikat untuk lari daripada percukaian ini menarik dibaca kerana ditulis oleh seorang ahli ekonomi yang mempunyai kefahaman yang mendalam tentang bidang perbankan dan pelaburan.

 

Dalam artikel ini, ada beberapa kaedah yang agak ‘licik’ tetapi memberi manfaat kepada orang ramai seperti penubuhan yayasan atau sebarang institusi yang boleh mendapat pengecualian cukai.

 

Tidak Perlu Fokus Hutang Tapi Fokus Kepada Pertumbuhan Ekonomi -Pakar Ekonomi

 

Image result for tidak perlu fokus hutang

 

Perkongsian oleh pakar ekonomi ini menarik dan agak mencabar arus kerana tatkala kerajaan baharu Pakatan Harapan lebih menumpukan perhatian kepada usaha mengurangkan hutang negara, beliau mencadang supaya kerajaan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

 

Pandangan ini nampaknya lebih realistik dan sesuai dengan situasi Malaysia yang semakin rancak mengalami kemajuan negara dari segenap segi.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…