fbpx

Rumah PPR Perlu Lebih Luas

Oleh : Kapital
10 Julai 2018 - 1:00 pm

Reading Time: 4 minutes
  • Pembinaan rumah PPR pada keluasan 850 kaki persegi ke atas adalah digalakkan untuk menampung isi rumah seramai empat orang dan lebih secara purata d negara kita. 
  • Ketua Pegawai Eksekutif Hartabumi, Radzi Tajuddin mencadangkan agar kerajaan juga mewujudkan unit PPR berkonsep transit.

 

Inisiatif penubuhan Program Perumahan Rakyat (PPR) jika kita teliti, sebenarnya sudah wujud sejak pelan perancangan RMK ke-8 dan RMK ke-9 lagi (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan). Tujuan penubuhannya adalah demi membantu rakyat yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan tempat perlindungan yang selesa.

 

Golongan-golongan seperti Orang Kurang Upaya (OKU), golongan ibu tunggal dan golongan yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan yang rendah sememangnya amat memerlukan bantuan PPR bagi menjalani kehidupan seharian bersama keluarga yang lebih sihat.

 

Baru-baru ini, badan penganalisis tempatan DM Analytics yang diketuai oleh Dr. Muhammed Khalid mengeluarkan dapatan mengenai keadaaan dan suasana di rumah perumahan PPR merangkumi keadaan ekonomi dan sosial.

 

Rumah PPR di Melana Indah. Kredit: 1.bp.blogspot.com. 

 

Kajian yang dijalankan bersama pertubuhan Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) ini melaporkan yang keadaan di PPR, sekalipun berada di lokasi bandar urban dan moden, namun masih dikategorikan sebagai ‘tidak sesuai dan selamat bagi pembangunan kanak-kanak dan isi rumah’.

 

Dapatan ini bukan perkara yang menyenangkan untuk didengari kerana Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sendiri pernah menulis dalam laman sesawangnya bahawa mempunyai kediaman yang baik adalah sebuah perkara asas demi menjamin kehidupan yang sihat, bahagia dan produktif.

 

Bahkan, demi mencapai matlamat inilah penubuhan Jabatan Perumahan Negara (JPN) akhirnya diwujudkan bersama-sama penggubalan Dasar Perumahan Negara (DRN), untuk menyediakan penempatan yang selesa termasuk golongan yang tidak berkemampuan melalui inisiatif PPR.

 

Menteri bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menyarankan agar rumah PPR ditambah luas melebihi 850 kaki persegi. Kredit: 1.bp.blogspot.com 

 

Oleh itu, hasrat kerajaan pada 2 Julai yang lalu untuk menambahkan peruntukan subsidi pembinaan rumah PPR adalah amat-amat dialukan.

 

Dalam hasrat tersebut, menteri KPKT yang baru, Zuraida Kamaruddin menyatakan yang kementerian ini mahu agar keluasan rumah PPR ditambah kepada 850 hingga 900 kaki persegi (79 hingga 83.6 meter persegi), berbanding sebelum ini yang hanya pada 600 kaki persegi (55.7 meter persegi).

 

Ini adalah penting demi menyediakan kediaman yang selesa kepada rakyat Malaysia yang terpinggir agar dapat bersaing secara sihat dalam menempatkan diri dalam masyarakat.

 

Bagi ketua Pegawai Eksekutif Hartabumi, Radzi Tajuddin, cadangan ini adalah sangat digalakkan demi memenuhi kehendak golongan-golongan yang tidak berkemampuan menikmati kehidupan yang lebih selesa bersama keluarga.

 

Kata beliau,

“Rumah untuk golongan memerlukan atau B40 bukan sahaja perlu mampu milik tetapi wajib mampu hidup. (Keluasan) 600 kaki persegi dalam konteks Malaysia sangat kecil kerana warga kita mempunyai saiz keluarga paling kurang empat orang (ibu ayah dan 2 anak).

“Malah, disebabkan saiz yang kecil, tiada ruang buat anak-anak untuk belajar dan bermain. Mereka tiada ruang selamat kerana di dalam rumah, sempit. Di luar rumah, tak selamat,” ulas beliau lagi.

 

Jelas beliau lagi,

“Ini disokong dengan kajian UNICEF: Children Without oleh DM Analytics yang mendapati punca masalah sosial bagi golongan miskin bandar di PPR (adalah) disebabkan tiada ruang selamat buat anak-anak.”

 

Ketua Pegawai Eksekutif, Radzi Tajuddin mengesyorkan agar kerajaan mewujudkan unit transit. Kredit: feldavoice.com

 

Namun, apabila kemudahan dan keluasan bagi pembinaan perumahan PPR ini mahu ditambahkan, ia sudah tentunya melibatkan kos yang lebih tinggi. Oleh kerana itulah, peranan kerajaan penting dalam memastikan perancangannya adalah terbaik bagi kesemua pihak.

 

Mengenai hal ini, Ketua Pegawai Eksekutif Hartabumi seterusnya mencadangkan agar KPKT mengambil tindakan secara kreatif untuk berhubung dengan pelbagai pihak terutama mereka yang mempunyai penyelesaian berteknik komersil. Maka, ia akan membantu memenangkan kedua-dua pihak demi menampung kos yang meningkat.

 

Selain daripada itu, beliau mencadangkan agar unit PPR ini tidak dijual secara kesemuanya, namun menjadikan sebahagiannya sebagai unit transit.

 

Ia bermaksud bahawa, rumah PPR ini akan diberi untuk diduduki kepada mereka yang kurang berkemampuan bagi tempoh yang tertentu.

 

Apabila golongan ini sudah berkemampuan, maka kerajaan mempunyai hak untuk mengambil kembali unit perumahan PPR tersebut untuk dimanfaatkan oleh orang lain pula di kemudian hari.

 

Bagi manfaatnya dalam jangka masa panjang, beliau yakin bahawa kerajaan bakal mendapat kelebihan dengan pemegangan unit PPR ini hasil daripada nilai aset hartanah yang akan semakin menaik dari tahun ke tahun.

 

Jika inisitiatif ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, maka golongan yang kurang bernasib baik ini juga dapat menjalani kehidupan dengan sihat dan seterusnya menyumbang kepada ekonomi dan pembangunan tanah air kita bersama.

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…