fbpx

Seni Berucap Dalam Perniagaan

Oleh : Kapital
10 Julai 2018 - 6:18 pm

Reading Time: 5 minutes
  • Teknik bercerita masih relevan dalam membina bisnes dan start-up walaupun dunia berhadapan Revolusi Industri 4.0.
  • Kebanyakan tokoh korporat menggunakan cerita untuk menarik minat orang ramai mengenali bisnes yang dijalankan.

Dunia hari ini semakin canggih. Dengan bantuan teknologi, bisnes juga beroperasi dengan lebih berkesan dan teratur. Namun begitu, di sebalik kecanggihan yang dicapai dalam bisnes yang pesat membangun, terdapat satu perkara yang tidak mampu digantikan oleh sebarang teknologi iaitu seni bercerita.

 

Kebanyakan syarikat yang dibangunkan hari ini berkembang dengan cerita-cerita menarik yang dikongsikan dengan tujuan untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada orang ramai untuk mengikut jejak langkah mencipta kejayaan.

 

Bercerita atau storytelling adalah satu kaedah yang cukup digemari oleh para usahawan kerana seni ini cukup rapat dengan kehidupan sesiapa sahaja. Manusia mampu bergembira dan berinteraksi dengan baik melalui cerita yang menarik dalam apa juga bentuk dan jenis.

 

Kepentingan menggunakan seni bercerita ini turut wujud dalam bisnes. Hal ini kerana, cerita adalah salah satu identiti yang menjadi imej kepada pembangunan syarikat. Kenapa syarikat ditubuhkan, apa yang menjadi pendorong, siapa yang terlibat adalah cerita-cerita yang cukup digemari dan dinanti-nantikan oleh orang ramai.

 

Oleh itu, usahawan yang pandai bercerita atau boleh juga disebut storyteller akan membantu orang ramai untuk mengenali syarikat yang dibangunkan dengan lebih mendalam.

 

Image result for storytelling in business
Kredit: 100 MBA

 

Sudah tentu, walaupun bercerita adalah satu tarikan tetapi sebenarnya kemahiran atau seni ini juga bukanlah mudah untuk disampaikan oleh sesiapa. Justeru, bagaimana sesebuah jenama atau bisnes itu boleh dibangunkan secara kukuh dan berkesan melalui kaedah bercerita?

 

Terdapat tiga tokoh yang merupakan sebahagian daripada Jaringan Inovasi dan Pemacu Global (GAIN) yang akan berkongsi pandangan serta saranan mereka tentang seni bercerita dalam bisnes.

 

GAIN merupakan sebuah program yang dibangunkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

 

Chia Yong Wei (Microlink Solutions)

 

Image result for chia yong wei
Kredit: Focus Malaysia

 

Chia mempunyai satu personaliti menarik. Selepas dua tahun menyertai Omesti Group, beliau dilantik sebagai CEO Kumpulan Microlink iaitu anak syarikat Omesti pada April 2016.

 

Selain itu, beliau juga merupakan Ketua Pegawai Teknologi Omesti Group dan Ketua Pegawai Operasi Omesti Innovation Lab iaitu satu bahagian yang membangunkan teknologi dan aplikasi.

 

Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat dengan AirAsia sebagai Ketua Inovasi, Komersial dan Teknologi (ICT) dan Ketua Rantau Pengurusan Hubungan Pelanggan (CRM). Kesempatan di sini banyak dimanfaatkan untuk menimba pengalaman daripada seorang tokoh yang bijak bercerita iaitu Tony Fernandes.

 

Terdapat dua pelajaran penting yang masih terpahat kukuh dalam ingatannya iaitu jelas dalam menyampaikan mesej dan cara menarik minat pendengar. Hasilnya, beliau mampu menyampaikan mesej dengan ringkas dan padat hanya dalam tempoh tiga minit!

 

Beliau berkongsi, Tony kerap memulakan perbualan atau ceramah dengan satu idea dan persoalan yang menarik. Dari situlah hadirin akan fokus untuk terus mendengar perkongsian yang disampaikan.

 

Kemahiran Tony tersebut telah merangsang Chia untuk membina nilai-nilai yang hebat dalam dirinya bukan sahaja untuk menarik perhatian tetapi juga memastikan mesej yang disampaikan boleh diterima dengan berkesan. Bagi China, kepentingan bercerita itulah yang membolehkan beliau berinteraksi dengan pendengar secara berkesan.

 

Mikrolink bertujuan membantu para klien memahami Big Data (Data Raya) dan Revolusi Industri 4.0. Walaupun syarikat itu berkonsepkan teknologi yang canggih tetapi Chia masih menganggap kemahiran interaksi antara sesama manusia seperti bercerita jauh lebih penting.

 

Bercerita juga, kata Chia, penting untuk menyediakan konteks yang mana akan membolehkan sesebuah konsep difahami dengan cara yang lebih bermakna.

 

“Bercerita akan membawa nilai-nilai manusiawi melalui analogi dan lakaran imaginasi,” katanya.

 

Beliau turut berkongsi tiga prinsip supaya cerita yang disampaikan lebih terasa jujur oleh pendengar iaitu berfakta, ringkas dan sensitif. Selain itu, keaslian, karisma dan ringkas juga adalah komponen penting dalam penceritaan yang berkesan.

Datuk Azrin Mohammad Noor (Sedania Innovator)

 

Related image
Kredit: Leadernomics

 

Azrin merupakan pengasas dan pengarah urusan sebuah syarikat teknologi, Sedania Innovator Bhd. Dalam kalangan penulis buku, nama beliau tidak asing lagi. Selain menyiapkan dua buku, tokoh ini telah menerbitkan empat buah buku. Salah satu bukunya yang ‘bestseller’ di rangkaian kedai buku MPH berjudul ‘Non-Conforming‘.

 

Azrin turut berkongsi pengalaman yang ditimba dalam proses menyiapkan penulisan sesebuah buku. Beliau berkata, seseorang yang berjinak-jinak menjadi usahawan adalah jurujual.

 

“Kalau anda bukan jurujual, anda tidak boleh menjadi usahawan. Anda hanya akan menjadi pembuat produk,” katanya.

 

Menyentuh tentang kemahiran bercerita dalam bidang keusahawan, Azrin berkata, itu merupakan salah satu seni yang penting dan menjadi tunjang dalam bidang keusahawanan.

 

Beliau berkongsi dua formula rahsia untuk bercerita iaitu konten dan audien. Sekiranya seseorang usahawan gagal memahami kedua-duanya, maka tiada interaksi yang akan berlaku.

 

Melalui ‘Non-Conforming‘, beliau perlu tahu apa yang mahu dikongsikan dalam kalangan belia supaya konten yang digunakan boleh disampaikan secara berkesan dan menarik minat audien dari golongan tersebut.

 

Beliau berbesar hati untuk mendekati golongan belia dalam negara ini untuk menawarkan idea-idea baharu untuk memastikan kumpulan sasarannya boleh berfikir dengan cara yang berbeza dan berinovasi untuk mencipta kejayaan. Itulah nilai-nilai yang ingin dibawa oleh Azrin dan Sedania.

 

Azrin bukan calang-calang. Pada tahun lalu, beliau dianugerahkan CEO ot the Year di Malaysian Top Achiever Awards 2017.

 

Bagi mana-mana syarikat yang mahu mengasah bakat bercerita, Azrin mempunyai nasihat yang menarik untuk diikuti. Pertama, storyteller perlu menjadi seorang pemikir, memiliki nilai empati dan naluri yang dibangunkan secara aktif dalam diri.

 

“Sekiranya tiada nilai ini, anda perlu mencari seseorang yang boleh anda contohi. Setiap pasukan memperoleh manfaat daripada ahli yang mempunyai kemahiran bercerita. Justeru kita perlu bersikap terbuka dan raikan mereka,” katanya.

 

Vishen Lakhiani (Mindvalley)

 

Image result for Vishen Lakhiani
Kredit: Women For One

 

Lakhiani merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pendidikan teknologi iaitu Mindvalley. Selain itu, beliau juga penulis “The Code of the Extraordinary Mind”.

 

Lakhiani menekankan kepentingan bercerita tentang syarikat start-up dengan cara yang jujur untuk memberi inspirasi dan menarik minat orang ramai. Beliau ada berkongsi satu nasihat yang ringkas dan tepat untuk menarik perhatian orang ramai iaitu jelaskan ‘Kenapa’.

 

“Kalau anda mulakan start-up, orang tak kisahkan apa yang anda buat. Yang mereka mahu adalah ‘kenapa’?” katanya.

 

Beliau berkata, kaedah ini dijelaskan oleh Simon Sinek dalam rancangan TEDtalk. Dalam satu perkongsian, Simon berkata ‘Start With Why‘ adalah elemen penting untuk memastikan orang ramai mengetahui tentang syarikat yang dibangunkan berbanding apa yang dijual.

 

Dalam kalangan start-up pula, orang ramai ingin mengetahui kenapa syarikat ditubuhkan kerana motif untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat.

 

Dalam hal ini, Lakhiana berkata, Mindvalley turut melakukan hal yang serupa hasil didikan yang disemai oleh bapanya sejak kecil dari segi membangunkan peribadi, penetapan matlamat dan sebagainya.

 

Beliau berharap start-up menggunakan kaedah bercerita dan berkongsi pengetahuan, minat dan boleh memandu orang ramai untuk bersama-sama membangun.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara¬†mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…