fbpx

Syarikat Lari Dari Cukai – Penjelasan Daripada Pakar Ekonomi

Oleh : Kapital
14 Julai 2018 - 8:30 pm

Reading Time: 3 minutes

Pernahkah anda mendengar mengenai kes seseorang individu atau syarikat melarikan diri daripada cukai? Sebenarnya, terdapat banyak kes yang melibatkan isu ini. Melarikan diri dari cukai adalah perbuatan yang dilakukan kerana berasakan tidak mahu membayar sejumlah wang cukai kepada kerajaan. Oleh itu, bagaimanakah ia dilakukan?

 

Berikut di bawah ialah kaedah-kaedah kebiasaan mengenai cara-cara bagaimana sesebuah syarikat melarikan diri daripada dikenakan cukai:

 

1) Pengelakan cukai SST melalui shell marketing company

 

Bagi cukai SST, ia adalah sejenis cukai yang dikenakan ke atas harga pengeluaran dari kilang. Oleh itu, syarikat yang berniat untuk mengelak daripada cukai akan menjadikan harga pengeluaran dari kilang tu tersangat murah.

 

Apakah caranya? Caranya adalah dengan mereka mewujudkan satu shell marketing company. Melalui teknik ini, mereka akan menjual produk mereka kepada marketing company tersebut, walaupun pada nilai kerugian. Marketing company itu seterusnya akan menjual produk tersebut ke dalam pasaran.

 

Contoh mudah ialah seperti sebuah kilang kereta yang menjual keretanya ke marketing company dengan nilai RM10,000. Kemudiannya, kilang kereta tersebut baru akan dijual ke dalam pasaran dengan harga yang lebih tinggi pada RM60,000.

 

Jadi, cukai yang dikenakan di atas ialah hanya RM10,000, bukannya RM60,000.

 

Lembaga Hasil Dalam Negeri sentiasa cuba untuk mengurangkan kes pengelakan cukai oleh syarikat-syarikat. Kredit: majalahlabur.com

2) Pembelian aset peribadi atas nama syarikat

 

Contoh yang paling tipikal bagi kaedah ini adalah seperti dalam pembelian kereta. Apabila seseorang membeli sebuah kereta menggunakan atas nama syarikat, kesannya, segala kos berkaitan kereta itu akan menjadi kos tanggungan syarikat. Ini sekaligus menjadikan syarikat ‘berkurang untung’ dan cukai yang dihadapi pun menjadi rendah.

 

Malahan, ia bukan sahaja terhadap kereta. Alat-alat seperti telefon pintar, mesin pencetak, meja, kerusi, TV dan lain-lain pun ada yang menjadikannya sebagai perbelanjaan syarikat walaupun digunakan di rumah sendiri. Juga, ada yang menggunakan sebagai perberbelanjaan seharian pun akan dituntutnya sebagai elaun makanan daripada syarikat.

 

3) Belanja untuk program ‘latihan’

 

Antara cara lain yang disukai golongan peniaga adalah dengan membuat pemberian belanja program ‘latihan’ kepada staf.

 

Program tersebut boleh jadi sememangnya sebuah latihan yang betul. Akan tetapi, ia boleh jadi hanya menggunakan atas nama latihan tetapi sebenarnya berbelanja untuk pergi melancong beramai-ramai.

 

Ataupun, ia boleh juga dilaksanakan atas nama latihan, membuat pembayaran kepada pelatih individu, tetapi pelatih itu sendiri adalah dalam kalangan ahli keluarganya sendiri.

 

Adakah SL1M juga merupakan kaedah syarikat nak melarikan diri dari cukai? Kredit: sayangsabah.com

 

4) Pembayaran hutang permulaan syarikat

 

Dalam isu ini, majikan boleh ‘memilih’ untuk menjadikan kos permulaan  syarikat sebagai sebuah bentuk pinjaman, berbanding dengan menjadikan kos tersebut sebagai modal yang terus masuk ke dalam akaun syarikat.

 

Oleh itu, bayaran untuk pinjaman tersebut akan dikira sebagai perbelanjaan syarikat.

 

5) Melebihkan bayaran gaji dan elaun pemilik

 

Cukai yang dikenakan kepada syarikat adalah pada kadar tetap 24%. Hal ini adalah berbeza dengan cukai individu yang berbeza-beza dan mempunyai tangga kenaikannya.

 

Jadi, dengan melebihkan gaji dan elaun untuk pemilik, ia boleh mengurangkan jumlah yang dikenakan cukai kepada syarikat. Contohnya dengan membayar gaji pemilik sebanyak 5 digit, ditambah dengan elaun rumah, elaun kenderaan, elaun itu ini dan itu ini.

 

Syarikat sememangnya jika ada peluang, mahu mengelakkan diri daripada cukai. Tetapi, ia akan berdepan dengan denda kesalahan yang serius. Kredit: tannet.my 

 

6) Kajian dan Pembangunan (Research and Development)

 

R&D memang kebiasaannya melibatkan belanjwan yang tinggi. Namun, ia boleh jadi sememangnya sebagai sebuah aktiviti R&D yang sah atau boleh juga sebenarnya menjadi seperti kes belanjawan program ‘training’ di atas.

 

7) Menubuhkan yayasan

 

Aktiviti derma dan sumbangan memang boleh mendapat pengecualian daripada cukai. Oleh sebab itulah, terdapat ramai yang mewujudkan pertubuhan yayasan sendiri. Mudah untuk mereka menderma duit syarikat ke situ sahaja.

 

Sebagai pengakhiran, penulisan ini tak memasukkan lagi dengan kaedah-kaedah yang terang-terang salah (illegal) seperti tidak merekodkan hasil jualan tunai untuk dicukaikan dan lain-lain.

 

Artikel ini diolah kembali oleh Kapital.my hasil daripada penulisan Izzuddin Yussof,  pakar ekonomi di sebuah bank pelaburan.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…