fbpx

Terikat Dengan Perjanjian, ECRL Akan Diteruskan

Oleh : Kapital
05 Julai 2018 - 12:00 pm

Reading Time: 3 minutes

 


  • Potongan kos dijangka mengurangkan nilai dari RM66 bilion kepada RM40 bilion manakala fasa 2 dan 3 akan dibatalkan.
  • Projek ECRL terpaksa diteruskan kerana pembatalan akan meningkatkan kos lebih RM21 bilion.

Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) tidak akan menandatangani kontrak projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) jika diberi pilihan pada peringkat awal dahulu.

 

Perkara itu didedahkan wakil MRL kepada Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) dalam satu pertemuan selepas beliau menyedari bahawa kontrak tersebut terpesong daripada kehendak Malaysia.

 

Selain itu, turut dibangkitkan adalah bayaran pendahuluan (upfront payment) sebanyak 15%. Selepas maklumat didedahkan kepada umum mengenai kontrak yang tidak kena (unfavourable contract) terhadap Malaysia yang mana menyebabkan pegawai kerajaan China segan mengenai hal itu lalu bersetuju untuk mengubah perjanjian.

 

Sebelum ini dilaporkan bahawa kerajaan terdahulu di bawah pimpinan Barisan Nasional telah menandatangani seluruh projek bernilai RM66 bilion itu serta 15% yuran pendahuluan yang dianggarkan sebanyak RM10 bilion.

 

Selepas kerajaan baharu Pakatan Harapan meneliti secara mendalam, projek ECRL sekarang dijangkan berdepan tindakan potongan kos sebanyak kira-kira RM26 bilion atau lebih berbanding nilai seluruh kos projek ini. Kerajaan baharu terpaksa meneruskan projek itu kerana pembatalannya akan meningkatkan kos tambahan yang dijangka lebih RM21 bilion.

 

Kredit: Utusan Online

 

Selepas dicadangkan tindakan pemotongan kos, kos untuk projek ECRL ini dijangka berkurangan kepada RM40 bilion berbanding awalnya iaitu RM66 bilion. Tetapi kesan pemotongan kos ini pula menyebabkan kedua-dua peringkat iaitu Fasa 2 dan 3 dibatalkan.

 

Fasa 2 merupakan laluan keretapi dari Gombak ke Pelabuhan Klang bernilai sekitar RM9 bilion manakala Fasa 3 pula adalah landasan formasi berkembar ke Pengkalan Kubor dengan nilai RM11 bilion.

 

Terdapat cadangan untuk menunda Fasa 2 dan kemudiannya menganugerahkan kerja-kerja di situ kepada kontraktor tempatan melalui tender terbuka. Tetapi, kata sumber, hal ini masih dikaji secara mendalam tetapi keutamaan adalah untuk memotong kos pada tahap ini sehingga hutang RM1 trilion boleh dikawal. Selain itu, terdapat pelarasan akan dilakukan secara detil berhubung butiran projek itu.

 

Antara cadangan lain dalam perubahan kepada projek ECRL itu adalah mengurangkan jumlah stesen serta mengecilkan saiznya. Matlamat potongan kos ini dipercayai dibuat kerana China merekabentuk secara berlebihan dalam pelan asal.

 

Hal ini bermakna, bilangan terowong (tunnel) juga akan dikurangkan daripada 50 kepada sekitar 25 sahaja. Semua terowong ini mendorong kepada pertambahan kos. Oleh itu laluan baharu tanpa terowong akan dipilih dipilih agar kos lebih rendah. Manakala rekabentuk atau jumlah seluruh bilangan jambatan juga akan dinilai semula.

Related image
Kredit: The Star

 

Menurut laman najibrazak.com, ECRL pada asalnya diperbadankan dengan jumlah keseluruhan jambatan 100km adalah dengan 50 km terowong yang akan merentas Banjaran Titiwangsa.

 

MRL berkata pada awal bulan ini bahawa perkembangan projek itu menghampiri 15% dan pasukan projek itu bersiap sedia membina pengkalan dan kem satelit di semua lapan seksyen projek itu, peroleh tanah, pembersihan tapak dan akses jalan pembinaan.

 

Syarikat itu berkata, pembinaan termasuklah akses berbagai jalan kira-kira 95km jaraknya dan jambatan sementara merangkumi 1067 meter yang telah dibina di banyak kawasan projek ECRL di negeri-negeri Pantai Timur. Kawasan-kawasan lain yang akan dinilai semula atau ditinjau termasuklah bilangan depoh dan saiznya.

 

Image result for depoh ecrl east coast
Kredit: Railly News

 

Sumber berkata, China turut menawarkan untuk membina sekolah landasan keretapi untuk tujuan pemindahan pengetahuan. Perubahan juga boleh dilihat dalam komposisi penglibatan kontraktor tempatan supaya menjadi lebih banyak projek rakyat Malaysia.

 

Sebenarnya pengurus projek juga dikehendaki supaya menampakkan bahawa projek ini sebenarnya memang berasal dari China yang dibawa ke Malaysia. Sumber percaya kontraktor China dalam persetujuan dan oleh itu kandungan tempatan juga dijangka meningkat kepada sekurang-kurangnua 45% berbanding 30% sebelum ini.

 

Sumber berkata, cadangan itu sebenarnya untuk membenarkan semula kerja-kerja sivil, tracking dan beberapa sistem dibuat oleh kontraktor tempatan.

 

Tanah besar China juga bersetuju secara dasarnya bahawa ini boleh diterima sejak projek ini dibina di atas tanah Malaysia. Ini juga memberi lebih kestabilan kepada projek ECRL yang mana boleh mengelakkan risiko pertukaran asing.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…