fbpx

[100 HARI] Senarai 7 Skandal Projek Didedahkan Kerajaan PH

Oleh : Wan Syarafiz
21 Ogos 2018 - 9:46 am

Reading Time: 3 minutes
  • Skandal penerbitan buku ‘Najib Razak, Di Sebalik Nama’ memakan belanja sebanyak RM400,000
  • Pembelian jet persendirian Bombardier Global 5000 yang dipercayai dibeli menggunakan duit 1MDB bakal disiasat

 

Rentetan daripada kemenangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas, beberapa skandal projek di bawah Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah dibongkar dan disiasat.

 

Berikut disertakan skandal projek-projek terdahulu dan jumlah nilai projek tersebut.

 

1MDB (RM17 bilion)

Skandal salah laku berkaitan 1MDB sememangnya sudah diketahui umum. Bukan sahaja di Malaysia, ia juga mendapat perhatian 6 negara lain termasuk Amerika Syarikat dan Switzerland yang terlibat dalam penyiasatan ke atas syarikat dana berdaulat (sovereign wealth fund) tersebut.

 

Sebuah Pasukan Khas Siasatan 1MDB telah ditubuhkan yang dianggotai oleh bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Syukri Abdull; bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Abdul Hamid Bador.

 

3 tujuan utama pasukan khas siasatan ini tubuhkan untuk pengesanan aset, membawa balik semua wang hasil aktiviti 1MDB dan tindakan jenayah ke atas pihak terbabit melalui Akta SPRM, Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan Kanun Keseksaan.

 

Antara isu yang disiasat adalah isu RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd yang telah disalurkan ke dalam akaun peribadi mantan Perdana Menteri, Najib Razak.

 

Sebanyak 400 akaun bank individu, parti politik dan NGO juga telah dibekukan yang meliputi jumlah keseluruhan RM1.1 bilion.

 

Yang terkini, Kerajaan telah menyita kapal layar mewah yang dimiliki oleh Jho Low bernilai RM1 bilion kerana dipercayai dibeli menggunakan duit yang dicuri daripada 1MDB. Untuk langkah seterusnya, kerajaan berhasrat untuk menyiasat pembelian jet persendirian Bombardier Global 5000 yang turut dipercayai dibeli menggunakan duit 1MDB.

Image result for bombardier global 5000 jho low
Kredit: The Star

 

Kontrak ‘Speedy Gonzales’ (RM99 juta)

Kontrak perjanjian melibatkan nilai RM99 juta ini ditandatangi antara sebuah syarikat yang mewakili Tourism Malaysia dan sebuah firma dari China. Isu ini menjadi hangat apabila bekas Pengerusi Tourism Malaysia, Wee Choo Keong telah telah membangkitkan perkara tersebut dalam blog beliau.

 

SPRM kemudiannya telah membuka siasatan dan merampas sejumlah dokumen yang berkaitan bagi menjalankan penyiasatan ke atas dakwaan tesebut.

 

Projek Pembinaan di Putrajaya (RM300 juta)

CEO sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah ditahan bagi membantu siasatan berkenaan penyalahgunaan kuasa untuk memberikan tender bagi projek pembinaan yang bernilai RM300 juta.

 

Pada peringkat permulaan, projek tersebut telah dibuat melalui proses tender terbuka namun beberapa masalah telah dicipta bagi menghalang projek tersebut daripada disiapkan. Selepas itu, CEO tersebut telah manggantikan kontraktor sedia ada dengan kontraktor baru yang dikatakan CEO itu memiliki kepentingan dalam syarikat kontrakor yang baru dilantik.

 

Beliau kemudiannya ditahan bagi membantu siasatan. Turut ditahan ialah seorang arkitek yang dipercayai telah bertindak sebagai orang tengah dan memanipulasi beberapa kos projek pembinaan.

 

Projek Saluran Paip Gas (RM9.41 bilion)

Projek saluran paip gas ini melibatkan dua projek iaitu Multi-Product Pipeline (MPP) dan Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP) berjumlah sebanyak RM9.41 bilion.

 

Projek ini diselia oleh Suria Strategic Enegry Resources Sdn Bhd (SSER) yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan. SSER telah menganugerahkan kedua-dua projek tersebut kepada China Petroleum Pipeline Bureu (CPPB).

 

MPP ialah projek saluran paip gas sepanjang 600km yang menghubungkan Melaka dan Port Dickson ke Jitra. TGSP pula menghubungkan terminal gas di Kimanis dengan Sandakan dan Tawau. Projek MPP bernilai RM5.35 bilion manakal TGSP berjumlah RM4.06 bilion.

 

Sebanyak 87.7% jumlah pembayaran telah dibuat oleh SSER kepada CPPB walaupun peratusan kerja yang telah dijalankan di MPP hanya sekitar 14.5% dan TGSP (11.4%).

Image result for najib razak di sebalik nama
Kredit: The Star

Skandal Penerbitan Buku (RM400,000)

Sebuah buku bertajuk ‘Najib Razak, Di Sebalik Nama’ telah diterbitkan dengan jumlah 20,000 salinan. Penerbitan yang memakan belanja RM400,000 ini telah dikaitkan dengan pengarah syarikat Permodalan Usahawan Nasional Berhad. Syarikat penerbitan juga dikatakan dimiliki oleh kroni.

 

64 plot tanah DBKL (RM4.28 bilion)

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjual 64 plot tanah yang bernilai RM4.28 bilion tanpa membuat proses tender terbuka. Penjualan tanah yang dianggarkan memiliki keluasan sekitar 170 ekar dipercayai dibuat secara rundingan terus.

 

16 daripada 64 plot tanah tersebut telah dijual kepada satu syarikat pemaju hartanah dengan nilai RM785 juta. SPRM telah mula menjalankan siasatan dengan membuat rampasan dokumen yang berkaitan pada awal bulan Jun lepas.

 

1Malaysia Negaraku (RM25 juta)

Seorang pegawai kanan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) telah dipercayai meluluskan pembayaran projek 1Malaysia Negaraku yang bernilai RM25 juta. Daripada nilai keseluruhan RM25 juta itu, dikatakan sebahagian disalahguna kerana beberapa projek tidak dilaksanakan.

 

Pegawai tersebut dikatakan telah menerima arahan daripada bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia untuk menguruskan hasil pendapatan dan bayaran. SPRM telah memulakan siasatan pada awal Julai lepas dan beberapa kenyataan daripada pegawai kanan Kementerian Komunikasi dan Multimedia juga telah direkodkan.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…