fbpx

[100 Hari] Senarai Tokoh Yang Letak Jawatan Selepas PRU-14

Oleh : Kapital
20 Ogos 2018 - 2:32 pm

Reading Time: 9 minutes
  • Tan Sri Irwan Serigar merupakan tokoh paling banyak meletak jawatan.
  • Kebanyakan peletakan jawatan mempunyai hubungkait dengan pelbagai skandal dan kontroversi seperti 1MDB.

 

Usaha Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membersihkan pentadbiran baharu nampaknya semakin mudah melalui peletakan jawatan secara ‘sukarela’ oleh beberapa kepimpinan tertinggi yang memegang jawatan dalam sektor awam.

 

Bukan itu sahaja, ada spekulasi menarik apabila peguam kanan Tommy Thomas yang dilantik sebagai Peguam Negara pada 5 Jun lalu telah berikrar bahawa tiada siapa akan terlepas dalam skandal 1MDB. Susulan kenyataan itu, peletakan jawatan di beberapa organisasi korporat terkemuka turut berlaku secara mendadak.

 

Sesetengahnya mungkin tiada kaitan tetapi kesan peletakan jawatan itu tetapi menarik perhatian orang ramai. Kali ini, kapital.my menyusun siri peletakan jawatan tersebut mengikut susunan paling awal tindakan itu dilaporkan.

 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

 

Kredit: Ismaweb

Selepas Tan Sri Abu Kassim Mohamed berundur ketika skandal 1MDB hangat diperkatakan, jawatannya sebagai Ketua SPRM telah digantikan oleh Tan Sri Dzulkifli Ahmad pada Ogos 2016.

 

Jawatan itu tidak disandang lama apabila Dzulkifli telah meletakkan jawatan pada 14 Mei lalu dan digantikan dengan bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

 

Jabatan Peguam Negara

 

Kredit: The Sun Daily

Susulan kemenangan Pakatan Harapan dalam membentuk kerajaan pada 10 Mei, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang merupakan Peguam Negara ketika itu telah diminta mengambil cuti.

 

Dalam tempoh bercuti itu, tempatnya telah digantikan dengan Peguamcara Agung, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek.

 

Jawatan Peguam Negara ini merupakan kerusi panas dan penting semasa skandal 1MDB berlangsung.
Sebelum Apandi Ali, jawatan itu disandang oleh Tan Sri Gani Patail yang turut mengetuai pasukan untuk menyiasat kes 1MDB. Khidmat Gani Patail ditamatkan pada 28 Julai 2015.

 

Kementerian Kewangan

 

Kredit: Flickr

Tan Sri Mohamad Irwan Serigar Abdullah sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam.

 

Arahan yang berkuat kuasa pada 14 Mei itu turut menyaksikan kontrak perkhidmatan beliau disingkatkan pada 14 Jun 2018 berbanding tarikh asal iaitu 6 Mac 2019.

 

Irwan mempunyai peranan penting dalam Kementerian Kewangan serta 1MDB.

 

FELDA

 

Kredit: Mstar

Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang berdepan kekalahan mengejut kepada calon KEADILAN, Akmal Nasir dalam pilihan raya lalu telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi FELDA pada 14 Mei lalu.

 

Shahrir mula bertugas di jawatan itu pada 6 Januari 2017 menggantikan Tan Sri Isa Abdul Samad.

 

Tabung Haji

 

Kredit: Utusan

Pengerusi, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengemukakan peletakan jawatan pada 14 Mei lalu. Tabung Haji pula dalam kenyataan balasnya bertarikh 24 Mei 2018, mengesahkan ahli Parlimen Baling itu tidak lagi bertugas.

 

Selain kediaman Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, pihak berkuasa turut menyerbu kediaman Abdul Azeez dan menjumpai wang tunai setengah juta dan beberapa aset mewah lain.

 

[KEMASKINI] Selain Abdul Azeez,  yang  turut meletak jawatan dalam Tabung Haji adalah Tan Sri Apandi Ali apabila memberikan surat peletakan jawatan sebagai Pengarah pada 4 Jun lalu selepas mula bertugas sejak Januari 2016.

 

Turut bertindak demikian, Datuk Rosni Sohar iaitu ahli Lembaga Pengarah sejak Februari 2014. Rosni meletak jawatan melalui sepucuk surat yang dihantar pada 23 Mei lalu.

 

Selain itu, Tabung Haji mengumumkan bahawa Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah tidak lagi menjadi ahli lembaga pengarah.

 

[KEMASKINI]

 

Kredit: BH

 

Jun lalu,  Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Johan Abdullah diumumkan tamat tempoh kontrak perkhidmatan.

 

Selain Johan, Timbalannya, Datuk Badlisyah Abdul Ghani turut diumumkan tamat perkhidmatan.

 

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

 

Kredit: Perak BN

 

“Saya telah berundur pada 15 Mei,” kata bekas pengerusi, Datuk Shamsul Anuar Nasarah kepada media.

 

Beliau mula memegang jawatan itu pada 2013. Alasan peletakan jawatan adalah untuk menumpukan perhatian kepada peranannya sebagai ahli Parlimen Lenggong.

 

Pendaftar Pertubuhan (ROS)

 

Image result for ROS ditukarkan JPA
Kredit: Kosmo

Ketua Pengarah ROS, Suryati Ibrahim yang mencipta kontroversi kerana menolak pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pakatan Harapan telah ditukarkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 22 Mei lalu.

 

Kedudukan Suryati itu diumumkan sendiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN).

 

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

 

Image result for isa samad
Kredit: BH

Peletakan jawatan serta-merta Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi SPAD disahkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

 

Isa Samad meletak jawatan selepas menghantar surat berkenaan pada 28 Mei lalu. Terdahulu, bekas Menteri Negeri Sembilan itu diberi tempoh seminggu oleh Anthony untuk meletak jawatan.

 

FELCRA

 

Image result for Datuk Seri Bung Moktar Radin
Kredit: The Star

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Felcara pada hujung Mei lalu.

 

Peletakan jawatan itu susulan kegagalan Barisan Nasional membentuk kerajaan selepas pilihan raya lalu.

 

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

 

Tan Sri Irwan Serigar turut meletak jawatan sebagai Pengerusi yang berkuat kuasa pada 23 Mei lalu.

 

Khazanah Nasional

 

Satu hal yang agak menarik di Khazanah apabila tiga kepimpinan tertinggi meletak jawatan iaitu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah; bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Lembaga Pengarah; dan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah sebagai Lembaga Pengarah.

 

Peletakan jawatan Mohd Najib dan Johari masing-masing berkuat kuasa 31 Mei dan 30 Mei manakala Irwan pula pada 23 Mei lalu.

 

[KEMASKINI]

 

Selepas menerima kritikan dari Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan hala tuju syarikat pelaburan negara yang lari dari matlamat asal, pengarah urusan, Tan Sri Azman Mokhtar serta lapan ahli lembaga pengarah lain telah meletak jawatan melalui satu surat tanpa tarikh pada hujung Julai lalu.

 

Lapan ahli lembaga pengarah itu adalah Tan Sri Mohammed Nor Md Yusof , Tan Sri Mohamed Azman Yahya, Datuk Mohammed Azlan Hashim, Andrew Sheng Len Tao, Tan Sri Raja Arshad Raja Uda, Datuk Nazir Razak,  Datuk Nirmala Menon dan Yeo Kar Peng.

 

Perak Corp Bhd 

 

Image result for Datuk Aminuddin Md Desa
Kredit: The Star

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Aminuddin Md Desa telah meletakkan jawatan pada Mei lalu.

 

Langkah itu diambil berkemungkinan susulan gesaan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming supaya seluruh ahli lembaga perbadanan itu meletak jawatan selepas syarikat itu mengalami kerugian RM11.4 juta pada suku pertama tahun ini.

 

Bursa Malaysia

 

Image result for Datuk Seri Tajuddin Atan
Kredit: The Star

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Tajuddin Atan dilaporkan mungkin ditukar untuk disesuaikan dengan perubahan pengurusan kanan oleh kerajaan baharu.

 

Tajuddin mula berkhidmat sebagai ketua Bursa Malaysia pada tahun 2011 dan kontrak beliau tamat pada Mac depan.

 

Bank Negara

 

Image result for tan sri muhammad ibrahim
Kredit: Sinar Harian

 

Pengesahan peletakan jawatan Gabenor, Tan Sri Muhammad Ibrahim diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

Muhammad mula berkhidmat pada 1 Mei 2016 dengan menggantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang berundur semasa skandal 1MDB menjadi tumpuan hangat seluruh dunia.

 

Petronas 

 

Image result for Datuk Mohd Omar Mustapha
Kredit: FMT

Syarikat petroleum negara menyaksikan peletakan dua jawatan tertinggi iaitu Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai Pengerusi dan Datuk Mohd Omar Mustapha pula Ahli Lembaga Pengarah.

 

Peletakan jawatan Mohd Sidek itu menimbulkan persoalan mengenai kemungkinan bekas Presidan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri  Mohd Hassan Marican akan kembali bertugas di Petronas.

 

Ketika ini, Tan Sri Mohd Hassan merupakan salah seorang anggota Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang dibentuk oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah ekonomi negara.

 

Apa yang menarik, Mohd Sidek merupakan pengerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang dilantik Mohd Najib Tun Razak untuk menyiasat kerugian pertukaran matawang asing Bank Negara sekitar 1990-an. RCI itu pula bertujuan mengaitkan Tun Dr Mahathir Mohamad atas kesalahan tersebut.

 

Mohd Sidek mula berkhidmat sejak 1 Julai 2012 manakala Mohd Omar pula sejak 15 September 2009.

 

Telekom Malaysia (TM) 

 

Image result for Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramli
Kredit: The Malaysia Reserve

 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramli meletak jawatan serta merta pada 6 Jun lalu.

 

Tempatnya akan digantikan oleh Timbalan, Datuk Bazlan Osman.

 

Seorang lagi pimpinan tertinggi TM yang turut meletak jawatan adalah Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor yang merupakan Pengarah Bukan Eksekutif dan Bebas.

 

BIMB Holdings Bhd (BHB)

 

Image result for Khairul Kamarudin bhb
Kredit: BH

 

Peletakan dua jawatan Khairul Kamarudin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Holdings Bhd (BHB) dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) berkuat kuasa serta merta pada Julai lalu.

 

Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam tersebut dipangku oleh Mohd Muazzam Mohamed melalui keputusan sebulat suara oleh Lembaga Pengarah.

 

Bank Islam merupakan anak syarikat BHB.

 

Permodalan Nasional Berhad Bhd (PNB)

 

wahid
Kredit: Kosmo

 

Pengerusi, Tan Sri Abdul Wahid Omar dilaporkan meletak jawatan pada Jun lalu. Beliau pernah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Senator.

 

Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB)

 

Image result for Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din
Kredit: EdgeProp

 

Pengarah Urusan Kumpulan MRCB, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din bersara pada hujung Jun dan digantikan oleh anaknya, Mohamad Imran.

 

Salim merupakan pemegang saham tunggal kedua terbesar MRCB sebanyak 16.6% manakala Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pula 34.87%.

 

[KEMAS KINI]  

 

Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif, Datuk Shahril Ridza Ridzuan meletak jawatan. Selain di MRCB, beliau turut meletak jawatan yang sama di Media Prima Sdn Bhd dan Malaysia Building Society Bhd (MBSB).

 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM)

 

Kredit: BH

 

Pengerusi, Tan Sri Dr Halim Shafie; Ketua Pegawai Operasi, Datuk Dr Mazlan Ismail dan dua pegawai tertinggi telah meletakkan jawatan pada Jun lalu.

 

Terdahulu, suruhanjaya ini menerima kritikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo kerana kelemahan menangani isu berkaitan pelanggaran data dan serangan siber.

 

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB)

 

Image result for Datuk Badlisham Ghazali
Kredit: Future Banking

 

Datuk Badlisham Ghazali bersara daripada jawatan sebagai Pengarah Urusan pada 22 Jun lalu selepas berkhidmat sejak 23 Jun 2014.

 

Pengumuman persaraan itu dibuat oleh Pengerusi MAHB, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail.

 

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM)

 

Kredit: Malaysiakini

 

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) Tan Sri Jen (B) Abdullah Ahmad telah meletak jawatan pada Julai lalu. Jawatan itu kemudiannya disandang oleh Dr Nungsari Ahmad Radhi.

 

Terdahulu, media melaporkan perbalahan antara MAVCOM dengan beberapa syarikat penerbangan seperti AirAsia, Eaglexpress Air Charter Sdn Bhd dan Suasa Airlines Sdn Bhd.

 

 Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

 

Image result for Datuk Nawawi Ahmad
Kredit: BH

 

Pengerusi, Datuk Nawawi Ahmad meletak jawatan pada Julai lalu. Pelantikan beliau atas kapasiti parti politik itu bermula pada Februari 2014 dan sepatutnya berakhir pada Februari 2020.

 

Terdahulu bekas penyandang ahli Parlimen Langkawi itu tewas kepada Tun Dr Mahathir Mohamad di parlimen tersebut pada PRU ke-14.

 

Selain daripada senarai tokoh ini, antara yang masih dinanti-nanti perkembangan meletak jawatan adalah Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad(SPNB) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd, Masnizam Hisham; dan Pengerusi Tourism Malaysia,  Datuk Siew Ka Wei.

 

Jom Beli Rumah Online di Expo Klik Hartabumi!

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…