fbpx

75% Operasi Lapangan Terbang di Malaysia Rugi – MAHB

Oleh : Wan Syarafiz
24 Ogos 2018 - 5:35 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Lapangan terbang di bawah MAHB diuruskan meggunakan model cross subsidisation untuk meningkatkan perhubungan di antara bandar kecil dan juga kawasan terpencil
  • Pengendalian lapangan terbang harus dibuka kepada usahawan – Tony Fernandes

 

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah mengeluarkan kenyataan 75% daripada rangkaian lapangan terbang yang diuruskan mereka tidak berdaya maju secara komersial.

 

MAHB merupakan pengendali bagi rangkaian 39 lapangan terbang. 5 adalah lapangan terbang antarabangsa, 16 lapangan terbang domestik dan 18 landasan perlepasan dan pendaratan pendek.

 

MAHB sebelum ini menerima banyak kritikan kerana dikatakan memonopoli pengurusan lapangan terbang di Malaysia dan boleh mengenakan caj perkhidmatan penumpang (PSC) dengan sesuka hati. MAHB juga dikatakan mengawal caj pendaratan, caj parkir dan caj tambahan kepada syarikat penerbangan.

 

Syarikat penerbangan dilaporkan tidak mempunyai pilihan lain kerana 39 daripada 40 lapangan terbang di Malaysia adalah di bawah pengurusan MAHB.

 

MAHB kemudiannya memberi respon kepada artikel Malay Mail yang ditulis oleh Boo Su Lyn itu. MAHB berkata maklumat berkenaan PSC dan caj aeronautical yang dinyatakan dalam artikel tersebut adalah salah kerana kesemua caj tersebut ditentukan oleh pihak berkuasa peraturan.

Kredit: New Straits Times

“Sebelum kewujudan Malaysian Aviation Commision (Mavcom), keputusan adalah di bawah takluk Kementerian Pengangkutan dan sekarang ianya di bawah Mavcom”.

 

“Dalam menentukan caj tersebut, pihak Mavcom sendiri telah berhubung dengan perunding bertaraf dunia yang bertanggungjawab melakukan penyelidikan terperinci yang bebas dan juga melaksanakan proses rundingan pengguna yang komprehensif”, wakil MAHB mengulas berkenaan artikel kritikan terhadap MAHB itu.

 

MAHB turut mengulas bahawa tuduhan terhadap mereka memonopoli adalah tidak berasas kerana MAHB sendiri dikawal oleh perjanjian operasi dengan Kerajaan Malaysia yang mempunyai mekanisme yang ketat dalam mengkaji semula caj.

 

Dalam menentukan caj, MAHB mengatakan ianya tertakluk dalam perjanjian operasi di mana caj tersebut mestilah di bawah paras serantau. Mereka juga tidak boleh memperkenalkan apa-apa caj sampingan kecuali diputuskan kerajaan.

 

Sebelum ini, pemilik syarikat penerbangan tambah murah Air Asia, Tony Fernandes sering membuat kritikan terhadap Mavcom dengan berkata industri penerbangan tidak memerlukan badan pengawalseliaan itu. Beliau turut mengesyorkan fungsi Mavcom seharusnya dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan.

 

Dalam isu MAHB tidak membuat untung daripada 75% rangkaian lapangan terbang pula, MAHB telah membuat kenyataan akan isu tersebut.

 

“Kesemua lapangan terbang di bawah MAHB diuruskan melalui model subsidi silang (cross subsidisation) untuk memberikan rakyat Malaysia kemudahan perhubungan di antara bandar kecil dan juga kawasan kampung. Usaha pengurusan rangkaian lapangan terbang ini melibatkan perbelanjaan dan modal yang besar”, ujar wakil MAHB.

 

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaafar baru-baru ini pula berkata kerajaan bersikap terbuka dalam menerima cadangan untuk mempunyai lebih banyak kumpulan bagi mengendali dan membiayai projek peningkatan lapangan terbang.

 

Tony Fernandes menyatakan persetujuan dengan idea tersebut berikutan kegagalan MAHB untuk membuat keuntungan daripada 75% rangkaian lapangan terbang yang dikendalikan.

 

“Jika MAHB gagal membuat untung daripada 75% lapangan terbang, peluang harus diberikan kepada ahli perniagaan atau syarikat lain. Ianya berhasil di United Kingdom dan juga di tempat-tempat lain” ujar Tony.

Kredit: FMT

Seperti yang kita ketahui, Tony Fernandes sememangnya mahu AirAsia mempunyai terminal tambang murah mereka sendiri supaya dapat mengekalkan kos yang rendah. Setakat ini mereka telah mengusulkan cadangan 3 terminal tambang murah (LCCT) dengan setiap satu di Lembah Klang, Penang dan Kota Kinabalu.

 

Idea supaya ahli perniagaan diberikan peluang untuk membina dan mengendalikan lapangan terbang ini pasti akan memberi kelegaan kepada kerajaan berkenaan perbelanjaan infrastruktur lapangan terbang di masa akan datang.

 

Walau bagaimanapun, kerajaan perlulah meneliti kontrak dan perjanjian operasi dengan MAHB sama ada sebarang penallti akan dikenakan jika kerajaan berhasrat menukar pengendali lapangan terbang sedia ada yang diselia oleh MAHB.

 

Menurut penyelidik Maybank Kim Eng, Mohsin Aziz, kerajaan perlu membuat kajian terlebih dahulu terhadap beberapa model pengendalian lapangan terbang. Dalam meneliti model yang akan diguna pakai, kerajaan perlu memberikan keutamaan kepada model yang akan menggalakkan pertumbuhan kepada industri tersebut.

 

“Memandangkan 75% rangkaian lapangan terbang MAHB tidak membuat keuntungan, apa yang perlu dilakukan ialah membenarkan agensi kerajaan negeri untuk mengambil alih lapangan terbang termasuk di kawasan kampung dan terpencil”, Mohsin melontarkan cadangan beliau.

 

Jom Beli Rumah Online di Expo Klik Hartabumi!

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…