fbpx

Apa Itu Analisa Teknikal Dalam Pasaran Kewangan?

Oleh : Kapital
24 Ogos 2018 - 5:30 pm

Reading Time: 4 minutes
  • Analisa teknikal datang daripada teori Charles Dow  yang juga pengasas Dow Jones Industrial Average.
  • Selain untuk membaca carta, analisa yang menggunakan cara kuantitatif juga merupakan satu cabang analisa teknikal.

 

Oleh: Najib Shaari

 

Analisa teknikal merupakan suatu yang sering digunakan oleh pelabur atau pedagang pasaran kewangan tapi berapa ramai yang tahu secara terperinci apa yang dikatakan dengan analisa teknikal?

 

Pelabur ataupun pedagang sering beranggapan bahawa analisa teknikal hanyalah berkenaan dengan carta tetapi ianya lebih daripada itu . Cara kuantitatif adalah antara cabang analisa teknikal yang tidak dipandang langsung oleh pelabur .

 

Sebelum saya menerangkan lebih lanjut, suka saya untuk menceritakan sedikit tentang sejarah dan beberapa benda penting tentang analisa teknikal .

 

Analisa teknikal dirungkai daripada Teori Dow , teori ini diasaskan oleh Charles Dow semasa beliau dan rakannya Edward Jones mengasaskan Dow Jones . Dow Jones Industrial Average diasaskan oleh mereka . Untuk makluman, mereka berdua merupakan jurnalis Wall Street Journal .

 

Charles Dow mengasaskan Dow Jones bukan untuk menilai prestasi syarikat tetapi lebih kepada ingin menilai prestasi ekonomi. Apabila Charles Dow mengasaskan Dow Jones , beliau ada membuat beberapa teori tentang prestasi ekonomi mengikut Dow Jones .

 

Image result for charles dow
Kredit: Armstrong Economics

 

Teori itu dinamakan Dow Teori , teori itu masih lagi digunakan hingga hari ini dan daripada situ penganalisa pasaran datang dengan apa yang dinamakan Analisa Teknikal .

 

Teori yang diperkatakan oleh Charles Dow untuk menilai prestasi ekonomi Amerika Syarikat pada ketika itu ialah ; The Average Discount Everything, Market has 3 trend, Major trend has 3 phase, The average must confirm each other, Volume must confirm the trend, A trend is assumed to be in effect until it gives definite signal .

 

Mengguna pakai teori Dow ini , penganalisa kewangan menghasilkan falsafah yang diamalkan oleh setiap penganalisa teknikal . Falsafah itu adalah ; Market action discount everything , Price move in trend , History repeat by itself . Daripada sini penganalisa teknikal menghasilkan pelbagai formula untuk menganalisa pergerakkan pasaran .

 

Seperti kebanyakkan teori, teori berkenaan dengan analisa teknikal tidak terlepas daripada kritikan .Antara kritikan yang sering dilemparkan adalah “ Self-fulfilling prophecy “ .

 

Oleh kerana teorinya dipakai oleh semua jadi ianya akan terjadi seperti yang diramalkan . Ini tidak benar sama sekali kerana penganalisa boleh menggunakan pelbagai cara dan sudut pandangan yang digunakan mungkin berlainan . Jadi kritikan ini terbukti tidak benar .

 

Selain itu ada juga pengkritik mengkritik yang sejarah tidak boleh digunakan untuk meramal apa yang akan terjadi. Menjawab kritikan ini , kebanyakkan ahli statistik menggunakan data sebelum untuk menjangka apa yang akan terjadi dimasa hadapan dan itulah yang digunakan oleh kebanyakkan penganalisa teknikal . Jadi tidak timbul persoalan sejarah tidak boleh digunakan untuk meramal masa hadapan .

 

Related image
Kredit: Kiplinger

 

Penggunaan analisa teknikal secara relatif mempunyai persamaan melalui konsep jangkaan pendapatan/earning forecast, maka berdasarkan pergerakkan lampau dan corak penawaran dan permintaan penganalisa teknikal mampu membina model sama ada berdasarkan matematik, kiraan statistic mahupon berdasarkan law of vibration

 

Pelabur masa kini gemar menggunakan cara teknikal untuk menganalisa pasaran kerana ianya mudah, boleh digunakan dimana-mana jenis pasaran kewangan dan ianya juga boleh digunakan untuk pelaburan jangka pendek .

 

Umum tahu masa merupakan satu benda yang penting didalam pasaran masa hadapan kerana leverage yang tinggi jadi analisa teknikal lebih sesuai digunakan berbanding analisa fundamental.

 

Selain itu analisa teknikal tidak terbatas untuk satu jenis pasaran sahaja kerana sifatnya yang lebih kepada menganalisa pergerakkan ianya sesuai digunakan untuk mana-mana pasaran . Analisa teknikal tidaklah begitu kompleks oleh kerana itu pelabur-pelabur baru lebih gemar mempelajarinya berbanding dengan analisa pasaran secara fundamental.

 

Secara umum , penganalisa fundamental tahu serba sedikit tentang analisa teknikal dan begitu juga sebaliknya. Ini kerana kedua-duanya berkait rapat antara satu sama lain.

 

Penganalisa teknikal dunia buat masa ini bernaung dibawah 3 badan professional iaitu International Federation of Technical Analyst IFTA dan UK Society of Technical Analyst UK-STA dan di Malaysia pula penganalisa teknikal bernaung dibawah Malaysia Association of Technical Analyst MATA.

 

Image result for UK Society of Technical Analyst UK-STA
Kredit: sta.uk

 

Anda semua boleh menjadi ahli MATA tetapi jika ingin menjadi ahli professional anda mestilah lulus ujian professional yang dijalankan oleh 3 badan tersebut yang diadakan dua kali setahun . MATA merupakan satu badan bukan kerajaan dan ianya masih boleh lagi dikira baru ditubuhkan .

 

Walaupun baru sahaja ditubuhkan , MATA telah diberi penghormatan oleh badan dunia untuk menganjurkan IFTA Annual Conference ( https://kl2018.ifta-conferences.org/ ) . Ia merupakan satu penghormatan badan dunia kepada MATA dan Malaysia secara amnya .

 

IFTA Annual Conference yang akan dianjurkan pada 26 hingga 28 Oktober 2018 itu akan dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri kita Tun Dr Mahathir Mohamad . Ramai tokoh-tokoh kewangan dunia akan hadir dipersidangan itu dan insyaAllah ini akan menjadi pemangkin kepada pasaran kewangan Malaysia .

 

Penulis merupakan professional member untuk UK Society of Technical analyst , Profesional member untuk International Federation of Technical Analyst dan juga ahli professional untuk Malaysia Association of Technical Analyst .

 

Mencari rumah idaman kini lebih mudah di Ekspo Klik Hartabumi.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…