fbpx

Bolehkah Negara Jatuh Muflis?

Oleh : Kapital
06 Ogos 2018 - 5:16 pm

Reading Time: 2 minutes

Bolehkah sesebuah negara itu diisytihar ‘bankrap’?

Kerap kali di dalam wacana politik Malaysia kita dicanang-canang berkaitan Malaysia berisiko untuk menjadi bankrap.

Hutang tinggi? Bankrap! Mansuh GST? Bankrap!

Tetapi sebenarnya bagaimanakah untuk sesebuah negara itu diisytihar ‘bankrap’?

Umum diketahui bahawa kebanyakan negara di dunia ini berhutang. Namun apabila disebut hutang ‘negara’, sebenarnya yang berhutang tu adalah kerajaan negara tersebut dan bukanlah merujuk negara itu secara keseluruhannya.

Sebelum kejatuhan harga minyak tahun 2014-2016, terdapat beberapa negara di dunia ini seperti Brunei yang tidak mempunyai sebarang hutang. Malahan memang umumnya negara-negara yang kaya dengan minyak seperti Saudi Arabia, Qatar dan Kuwait mempunyai hutang negara yang sangat rendah. Namun segalanya berubah apabila harga minyak dunia jatuh merudum. Saudi Arabia contohnya hutang mereka meningkat daripada 1.6% (kepada KDNK) semasa tahun 2014 kepada 17.2% (kepada KDNK) semasa tahun 2017. Kuwait pula meningkat dari 6.5% pada tahun 2013 kepada 27.1% pada tahun 2017.

Namun adakah disebabkan hutang mereka naik dengan mendadak maka mereka akan dikira sebagai menuju ke ambang ‘kebankrapan’? Tidak. Kerana bankrap ataupun tidak bukanlah dikira mengikut tahap hutang sesebuah kerajaan negara itu.

Sebagai contoh Jepun mempunyai kadar hutang kepada KDNK yang tertinggi di dunia, setinggi 253%! Manakala dari segi nilai hutang, semestinya Amerika Syarikat menerajui senarai dengan hutang setinggi USD21.1 trillion! yang turut bersamaan dengan 105% kepada KDNK.

Malaysia? Hutang rasmi kerajaan kita sekarang bernilai RM705 billion, bersamaan 51% kepada KDNK.

Adakah Malaysia hampir untuk bankrap? Tidak.

Adakah Amerika Syarikat mahupun Jepun hampir untuk bankrap? Juga tidak.

Ini kerana bankrap ini dinilai berdasarkan kemampuan kerajaan negara itu untuk menunaikan tanggungjawab hutang tersebut, bukan berdasarkan berapa banyak hutang yang ada.

Ada tiga agensi utama yang memang kerjanya untuk menilai tahap kemampuan satu-satu negara di dalam menunaikan tanggungjawab hutang, iaitu agensi penarafan Fitch, S&P dan Moodys

Kredit: Reuters

‘menunaikan tanggungjawab hutang’. Sebab yang penting itu ‘tunaikan tanggungjawab’ bukanlah ‘melangsaikan hutang’.

Dan tanggungjawab hutang itu hanyalah dalam bentuk membayar faedah yang perlu dibayar setiap tahun.

Kalau hutangnya bernilai RM700 billion, dengan kadar faedah purata 4%, maka tanggungjawab hutang tahunan adalah sebanyak RM28 billion.

Selagi mana kerajaan mampu melunaskan tanggungjawab sebanyak RM28 billion ini setiap tahun dengan mudah, maka negara itu masih jauh lagi daripada bankrap.

Sebab itu akhirnya yang penting adalah kedudukan fiskal kewangan negara itu. Berapa banyak hasilnya. Berapa peratus daripada hasil itu digunakan untuk membayar hutang.

Dari situlah pihak penarafan Antarabangsa akan membuat penilaian terhadap risiko sesebuah negara untuk ‘bankrap’.

Untuk Malaysia, kita membelanjakan lebih kurang 12.6% daripada hasil kerajaan untuk menunaikan tanggungjawab hutang. Dan nilai ini perlahan-lahan meningkat dari tahun ke tahun. Paling rendah peruntukan hasil kerajaan kita yang digunakan untum menunaikan tanggungjawab hutang adalah 8% pada tahun 2007, dan paling tinggi 31.8% pada tahun 1987.

Jadi adakah Malaysia berada di dalam risiko untuk bankrap? Jauh sekali.

Namun dalam jangka masa yang panjang, kerajaan masih perlu memastikan beban bayaran hutang kita terkawal. Dan ini perlu dikawal dari segi kadar faedah bayaran hutang tersebut, dan juga nilai hutang itu sendiri.

Dengan pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan, Malaysia perlu memastikan kita tidak masuk ke dalam defisit fiskal yang lebih serius, dan perlu wujudnya hasil kerajaan alternatif yang boleh menampung perbelanjaan kerajaan untuk tempoh jangka masa panjang masa.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…