fbpx

Harga Gula: Kerajaan Tersalah Langkah Gembirakan Rakyat?

Oleh : Kapital
30 Ogos 2018 - 4:46 pm

Reading Time: 4 minutes

 


  • Permit Import (AP) dianggap menjadi punca kadar harga gula di pasaran Malaysia masih tinggi serta disyaki mewujudkan monopoli.
  • Antara jenama gula yang diimport untuk pasaran tempatan adalah SIS, Waitrose, Tate & Lyle, Billington dan Taikoo.

 

Selepas mengemukakan cadangan untuk mengenakan cukai soda sebagai cara memelihara kesihatan rakyat Malaysia, kerajaan dilihat bercanggah dari matlamat murni itu dengan mengumumkan penurunan harga gula sebanyak 10 sen bagi setiap kilogram bermula 1 September depan.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Cukai Soda: Memeras Budaya Kurang Sihat Untuk Pendapatan Negara?

 

Pengumuman yang menggembirakan golongan pengguna itu diumumkan sendiri oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail pada 27 Ogos lalu.

 

Menurut beliau, selepas ini para pengguna boleh mendapatkan harga kawalan baharu dua jenis gula bertapis iaitu RM2.95 sekilogram untuk gula pasir halus dan RM2.85 sekilogram pula untuk gula pasir kasar.

 

Saifuddin berkata langkah penurunan harga gula itu untuk selari dengan tren harga komoditi mentah tersebut di pasaran. Selain itu beliau turut berharap penurunan harga ini akan turut diikuti oleh para peniaga dengan menurunkan harga makanan dan minuman.

 

Image result for saifuddin nasution ismail
Kredit: Youtube

 

Harga gula sentiasa menjadi perbincangan penting dari sudut kepenggunaan dan kesihatan. Hal ini kerana, gula dianggap punca utama kepada peningkatan penyakit kritikal seperti diabetis.

 

Sehubungan itu, pada tahun 2013, kerajaan telah bertindak menamatkan subsidi gula sebagai salah satu usaha mengurangkan kadar penyakit itu dalam kalangan penduduk Malaysia. Kesannya, harga runcit gula telah meningkat daripada RM2.50 sekilogram kepada RM2.84.

 

Maka, adakah penurunan harga gula ini sebenarnya langkah yang tidak sihat kepada penduduk?

 

Boleh jadi ya dan tidak. Hal ini kerana Saifuddin turut mengingatkan, langkah kerajaan itu tidak bermaksud untuk menggalakkan pengguna untuk menambah kadar pengambilan bahan pemanis itu seharian.

 

“Pada tahun 2016, lebih 3.6 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas mengidap diabetis. Angka ini akan terus meningkat jika tiada tindakan diambil untuk mengawal pengambilan gula,” katanya seperti dilaporkan The Star.

 

Related image
Kredit: Utusan

 

Jika diperhatikan seawal 2 Ogos lalu, ura-ura harga gula akan diturunkan sudah tersebar apabila Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen memberitahu usaha kerajaan untuk mengkaji semula harga runcit gula.

 

Menambah kenyataan Saifuddin bahawa penurunan harga gula kerana tren pasaran, Chong Chieng Jen berkata, usaha itu juga untuk meringankan beban ekonomi rakyat.

 

Isu penurunan harga gula kembali hangat selepas dibangkitkan oleh ahli Parlimen Labis, Pang Hok Liang dalam satu pertanyaan lisan di Dewan Rakyat. Beliau bertanya tentang kesediaan kerajaan untuk mengeluarkan Permit Import (AP) lebih banyak bagi membolehkan harga komoditi itu turun sehingga RM1.50 sekilogram.

 

Mengakui AP bukan penentu utama harga gula turun, seperti dilaporkan Berita Harian, Chieng Jen berkata, pelbagai perkara lain perlu diambil kira seperti kos yang membabitkan pentadbiran, operasi kilang penapis, logistik dan margin pengilang, pemborong dan peruncit untuk memproses gula mentah.

 

Image result for chong chieng jen
Kredit: Roketkini

 

Justeru harga gula serendah RM1.50 seperti dicadangkan oleh Hok Liong agak mustahil untuk dicapai. Walaupun demikian, harga gula di pasaran tempatan sebenarnya jauh lebih rendah berbanding negara ASEAN yang lain.

 

Sekiranya Hok Liang melihat pengeluaran AP yang lebih banyak mampu menurunkan harga gula, bagi syarikat pengimport gula, Nurani Resources Sdn Bhd pula yakin harga gula mampu mencapai RM1.90 sekilogram jika tiada AP.

 

Hal ini demikian kerana, penggunaan AP disyaki mempunyai kaitan dengan monopoli sehingga memberi kesan kepada penentuan harga gula di Malaysia. Justeru, jika liberalisasi AP dilaksanakan, bukan sahaja monopoli, harga gula juga boleh direndahkan.

 

Pengarah Urusan Nurani Resources Sdn Bhd, Datuk Ali Hasan memberitahu, walaupun layak tetapi syarikatnya tidak memiliki AP. Keadaan ini menyebabkan syarikatnya terpaksa menyewa permit itu daripada pihak lain bagi tujuan mengimport gula. Untuk menampung kos sewa dan import, maka harga gula terpaksa dinaikkan.

 

Image result for nurani resources
Kredit: PPIM

 

“Kita mampu menawarkan harga gula RM1.90 sekilogram kerana syarikat saya mengimport dari Thailand pada harga RM1.50 sekilogram dan dibungkus semula sebelum dijual di negara ini. Harga ditetapkan kerajaan RM2.95 sekilogram, jadi pengguna jimat RM1,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian pada 26 Jun lalu.

 

Kebanyakan gula yang diimport untuk pasaran tempatan adalah daripada jenama SIS, Waitrose, Tate & Lyle, Billington dan Taikoo.

 

Walau bagaimanapun, pandangan Ali Hasan dibantah oleh dua syarikat pengeluar gula tempatan; MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR). Kedua-duanya sepakat bahawa tiada amalan monopoli komoditi itu di Malaysia.

 

Sebaliknya, tegas syarikat tersebut, harga komoditi itu berada di bawah kawalan kerajaan serta merupakan antara yang paling murah dalam pasaran antarabangsa.

 

Image result for monopoli gula
Kredit: Malaysia Gazette

 

MSM merupakan anak syarikat FGV Holdings Bhd yang menguasai 58 peratus pasaran gula bertapis tempatan manakala CSR pula adalah salah satu unit syarikat Tradewinds (M) Bhd.

 

Sehingga Mei 2018, harga gula di Malaysia adalah RM2.95 sekilogram iaitu paling rendah di Asia Tenggara. Tangga kedua adalah Thailand pada harga RM3.20 manakala negara lain pula dalam lingkungan RM4. Brunei mencatatkan harga tertinggi iaitu RM5 sekilogram.

 

Menjelang 1 September, pengurangan harga gula ini terus dipandang secara negatif oleh kebanyakan pakar kesihatan. Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Kesihatan dan Polisi Sosial, Azrul Mohd Khalib berpendapat, kerajaan telah menghantar isyarat penjagaan kesihatan yang salah kepada rakyat.

 

Kenyataan begini sukar disangkal. Jika cukai soda dilaksanakan dan menyebabkan harga minuman berkarbonat naik, sudah tentu pengguna akan beralih kepada teh tarik, milo dan sebagainya yang mengandungi kandungan yang tinggi tetapi pada harga yang rendah.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…