fbpx

Kempen #MalaysiaMembaca, Apa 10 Buku Yang Kapital.my Baca?

Oleh : Kapital
09 Ogos 2018 - 5:39 pm

Reading Time: 4 minutes

Sempena kempen #MalaysiaMembaca yang dianjurkan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, kapital.my turut berminat untuk menyertai tetapi berdasarkan niche yang sesuai dengan portal ini iaitu berkaitan kewangan, ekonomi dan pengurusan korporat.

 

Sebanyak 10 buah buku telah dipilih seperti dicadangkan oleh beberapa pemain industri startup dan ahli ekonomi. Menurut mereka, buku-buku tersebut dipilih kerana penulisannya dalam gaya bahasa yang cukup mudah difahami walaupun perkara yang dibahaskan agak kompleks.

 

Berikut disenaraikan buku-buku tersebut:

 

Image result for Freakonomics: A Rogue Economist Explores the Hidden Side of Everything

 

Freakonomics: A Rogue Economist Explores the Hidden Side of Everything
Steven Levitt dan Stephen J. Dubner

 

Buku ini cenderung membentangkan idea bahawa ekonomi adalah mengenai insentif. Satu keunikan yang terkandung dalam buku ini juga adalah pendekatannya yang cenderung berkaitan psikologi berbanding ekonomi.

 

Image result for Confessions of an Economic Hit Man

 

Confessions of an Economic Hit Man
John Perkins

 

Bagi sesiapa yang berminat dengan teori konspirasi, buku ini amat sesuai untuk ditelaah. Penulis, John Perkins berpengalaman sebagai economic hit man yang dihantar ke beberapa negara untuk bertemu pemimpin negara itu. Tujuannya adalah untuk memastikan negara itu boleh dicengkam dalam perangkap hutang.

 

Image result for Traction: How Any Startup Can Achieve Explosive Customer Growth

 

Traction: How Any Startup Can Achieve Explosive Customer Growth
Gabriel Weinberg & Justin Mares

 

Bagi peminat dan pemain startup, buku ini memberikan panduan bagaimana untuk mendekati pelanggan yang sesuai dengan niche bisnes yang dijalankan. Punca kegagalan kebanyakan startup turut diperincikan supaya beberapa kesilapan tertentu boleh dielakkan.

 

Image result for Finding My Virginity

 

Finding My Virginity
Richard Branson

Siapa yang tidak kenal dengan penulis buku ini? Pengerusi Virgin Group ini menjadi idola para usahawan seluruh dunia untuk mengecapi kejayaan seperti beliau. Dalam buku ini, banyak diceritakan kisah-kisah tersembunyi yang menarik yang belum pernah dikongsi dalam mana-mana bukunya yang lain.

 

Image result for Flying High: My Story: From AirAsia to QPR

 

Flying High: My Story: From AirAsia to QPR
Tony Fernandes

 

Sahabat akrab Richard Branson ini pula menceritakan kisah hidupnya dalam dunia bisnes dari industri muzik hinggalah ke sektor penerbangan. Dengan yakin, Tony berkongsi tentang kuasa impian yang dipegang walaupun ada ideanya sebelum ini dianggap sebagai gila.

 

Image result for The Lean Startup

 

The Lean Startup
Eric Ries

 

Satu lagi buku yang amat sesuai ditelaah oleh para usahawan. Penulisnya berkongsi tentang kaedah pengurusan untuk mencipta dan membangunkan startup tetapi pada masa yang sama mampu mengelakkan pembaziran, mengoptimumkan produktiviti serta memastikan bisnes yang menepati kehendak pasaran.

 

Image result for leading alex ferguson

 

Leading
Alex Ferguson dan Michael Moritz

 

Di bawah pengurusan Alex Ferguson lebih dua dekad, kelab bola sepak Inggeris terkenal, Manchester United berada pada kedudukan paling gemilang. Buku ini menganalisis gaya pengurusannya ketika membuat keputusan daripada membeli sehinggalah memecat pemain. Perkongsian menarik ini juga boleh diaplikasikan dalam apa juga bentuk bisnes yang lain.

 

Image result for Whatever You Think Think the Opposite

 

Whatever You Think Think the Opposite
Paul Arden

 

Membuat keputusan yang berisiko adalah satu perkara yang mahu dielak oleh sesiapa sahaja. Tetapi pakar bisnes antarabangsa ini mendedahkan hal sebaliknya. Dalam buku ini beliau menganjurkan idea-idea yang ‘tidak waras’ untuk menjadikan pembaca lebih kritis dan berani mengambil risiko serta berpuas hati dengan tindakan tersebut.

 

Image result for The Colour of Inequality - Ethnicity, Income, And Wealth In Malaysia

 

The Colour of Inequality – Ethnicity, Income, And Wealth In Malaysia
Dr Muhammed Abdul Khalid

 

Buku ini dipetik banyak pihak. Baik dari kerajaan mahupun pembangkang. Pendedahannya cukup berani tetapi berdasarkan kepada fakta yang diperoleh dari kerajaan sendiri. Buku ini lebih bercorak sejarah politik dan ekonomi Malaysia serta masalah yang berlaku sehingga mencipta kesenjangan dalam kalangan kaum di negara ini. Buku ini turut diterbitkan oleh Dubook Press dengan judul Antara Dua Darjat.

 

Image result for Money, You and Islam

 

Money, You and Islam
Dr Zaharuddin Abdul Rahman

 

Buku ini amat sesuai untuk memahami konsep Kewangan Islam serta menjelaskan beberapa isu semasa dalam kewangan dan perbankan yang mempunyai ulasan dari kacamata pakar.

 

Jom Beli Rumah Online Di Expo Klik Hartabumi

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…