fbpx

Lebuhraya Pan Borneo – Antara Kemajuan & Bebanan Kos

Oleh : Kapital
09 Ogos 2018 - 5:26 pm

Reading Time: 3 minutes

 

  • Model Rakan Pelaksana Projek (PDP) digunakan untuk pembinaan Lebuhraya Pan Borneo
  • Kontrak pembinaan diberikan kepada ahli politik UMNO dan ‘rakan golf’ Najib

 

Projek Lebuhraya Pan Borneo mula diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak pada tahun 2013 dalam manifesto Barisan Nasional ketika persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 dan kemudiannya direalisasikan dalam Bajet 2015.

 

Idea projek ini dicetuskan untuk meningkatkan perhubungan di antara Sarawak dan Sabah yang sekaligus akan melonjakkan ekonomi rakyat setempat di sepanjang lebuhraya tersebut.

 

“Lebuhraya Pan Borneo akan menjadi pemacu utama bagi pembangunan dan perhubungan di Malaysia Timur”. Dato’ Seri Najib Razak mengulas berkenaan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo

 

Setakat ini, 1,013 km daripada 1,089 km di Sarawak dan 823 km daripada 1,236 km di Sabah telah dimulakan kerja-kerja pembinaan. Fasa 1 lebuhraya ini bernilai RM4.2 bilion di Sarawak dan di Sabah pula bernilai RM 12.86 bilion.

 

Apabila siap, lebuhraya ini akan menjadi lebuhraya yang terpanjang di Malaysia dengan jarak 3 kali ganda lebih panjang daripada Lebuhraya Utara Selatan yang dibina sejauh 772 km. Pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo setakat ini dijangka menelan belanja sebanyak RM 29 bilion dengan jarak keseluruhan sepanjang 2,325 km.

 

Bagi projek lebuhraya ini, model Rakan Pelaksana Projek (PDP) diguna pakai bagi memastikan kelancaran dan projek dapat disiapkan mengikut jadual. Model PDP ini banyak digunakan di seluruh dunia seperti Crossrail di UK, Speed Rail di Korea Selatan dan juga projek MRT di Malaysia.

 

Model PDP terbukti di seluruh dunia dapat memberi impak positif bagi menyelesaikan masalah seperti kos berlebihan, kelewatan mengikut jadual, masalah perolehan dan kelewatan pembayaran.

 

Untuk pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo ini, Rakan PDP yang dilantik ialah Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd bagi pembinaan di Sarawak dan Borneo Highway PDP Sdn Bhd di kawasan Sabah.  Borneo Highway PDP Sdn Bhd ini dimiliki oleh Warisan Tarang Construction Sdn Bhd dengan pegangan saham sebanyak 60% dan baki 40% dipegang oleh syarikat usaha sama antara UEM Group dan MMC Corp Bhd.

 

Ini telah menimbulkan banyak kontrovesi kerana antara Pengarah syarikat Warisan Tarang ialah ahli politik daripada daripada UMNO Sabah!

 

Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd pula mempunyai hubung kait dengan Tan Sri Bustari Yusuf yang digambarkan amat rapat dan juga rakan golf kepada Najib Razak.

Kredit: FMT

Persoalannya siapakah Bustari Yususf dan apakah keistimewaanya kepada Najib? Bustari Yusuf ialah abang kepada Ahli Parlimen Petra Jaya dan mantan Menteri Kerja Raya BN yang lepas, Dato’ Sri Fadillah Yusuf. Menurut akhbar Singapura, The Straits Time, Bustari dikenali sebagai penasihat politik kanan, penyelesai masalah dan penasihat ekonomi Najib.

 

Bustari sebelum ini telah memperoleh kontrak operasi dan pengurusan servis sokongan hospital di kesemua kemudahan perubatan yang diuruskan kerajaan di Sarawak melalui syarikat Metrocare Services. Beliau juga mepunyai pegangan yang banyak dalam hartanah dan perladangan di Sarawak melalui OBYU Holdings serta mempunyai pegangan dalam Petra Energy.

 

Melalui pendedahan tersebut, Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Sabah, Datuk Peter Anthony mengkritik model PDP yang digunakan bagi Projek Lebuhraya Pan Borneo sebagai pembaziran wang rakyat.

 

“Kita mampu menjimatkan sehingga RM 1 bilion jika projek ini diuruskan secara terus oleh Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Infrastuktur dan Pembangunan Sabah”. Peter Anthony memberikan kenyataan berhubung model PDP yang diguna pakai.

 

Berhubung kontrovesi ini, Menteri Kerja Raya, Baru Bian tetap menyatakan Kerajaan Persekutuan akan menghormati kesemua kontrak yang telah diberikan sebelum ini dan dalam masa yang sama beberapa penambahbaikan akan dilakukan bagi menjimatkan kos keseluruhan projek pembinaan lebuhraya terbabit.

Kredit: FMT

Fasa 2 pembinaan di Sarawak dan Fasa 2 & 3 di Sabah akan dilakukan proses bidaan tender dan Kerajaan Persekutuan berharap untuk mendapatkan penjimatan daripada bidaan ini.

 

Fasa 2 di Sarawak meliputi jarak sejauh 76 km daripada 1,089 km manakala Fasa 2 & 3 di Sabah dengan jarak 413 km daripada 1,236 km. Pemberian kontrak kepada fasa yang masih belum dimuktamadkan ini hanyalah 489 km daripada panjang keseluruhan lebuhraya, 2,325 km.

 

Walaupun skala ini dilihat sangat kecil, Kerajaan Persekutuan masih berpeluang untuk melakukan penjimatan. Dalam masa yang sama, Kerajaan Persekutuan harus mengkaji semula kontrak sebelum ini yang telah diberikan dan berbincang bersama kontraktor yang bertanggungjawab agar perbelanjaan keseluruhan dapat dikurangkan.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…