fbpx

Pelabur ‘Unfollow’ Saham Facebook

Oleh : Kapital
06 Ogos 2018 - 6:12 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Kadar pertumbuhan Facebook akan terus perlahan pada 2018
  • Peraturan Perlindungan Data Am (GDPR) yang diperkenalkan Kesatuan Eropah (EU) telah memaksa Facebook membuat beberapa perubahan penting

 

Gergasi media sosial, Facebook mengalami detik mencabar dalam menguruskan perniagaannya apabila saham syarikat berkenaan menyusut sehingga 19 peratus. Kejatuhan nilai saham ini juga telah mengurangkan lebih USD119 bilion nilai syarikat di pasaran dalam tempoh kurang dua jam.

 

Jika kita mengimbau kembali detik ketika permulaan Facebook di pasaran saham, harganya ialah USD26.81 sesaham dan setahun kemudian harganya meningkat tinggi kepada USD55.12 dengan nilai pasara USD140 bilion. Pada tahun 2014 dengan melakukan beberapa keputusan perniagaan yang strategik termasuk membeli aplikasi WhatsApp, saham Facebook pada tahun itu ditutup pada harga USD68.06. Sehingga pada penghujung tahun 2017, Facebook mempunyai nilai saham USD170 sesaham dan ini sekali gus meletakkan nilai pasaran syarikat berkenaan pada tahap USD500 bilion.

 

Sebelum saham Facebook merudum pada 25 Julai 2018, nilai pasaran semasa syarikat berkenaan 630 bilion namun begitu, akibat kemerosotan 19 peratus dalam masa kurang dua jam, nilai pasaran Facebook kini ialah USD510 bilion.

 

Pihak yang paling rugi dalam apa yang terjadi kini sudah tentu pengasas Facebook sendiri, Mark Zuckerberg yang memiliki 17 peratus saham dalam Facebook. Akibat kemerosotan nilai saham berkenaan, jumlah kekayaan Zuckerberg juga dilaporkan jatuh daripada USD86.5 bilion kepada USD70 bilion.

Kredit: Cnet

Facebook jelas berhadapan dengan pergelutan ini susulan kebimbangan penggunanya terhadap isu privasi dalam model perniagaan syarikat media sosial. Malah Facebook kini bersedia untuk berhadapan dengan pertumbuhan yang perlahan dan terpaksa melalui tempoh peningkatan dalam perbelanjaan susulan daripada usaha yang perlu digerakkan untuk menangani kebimbangan pengguna berhubung hal berkaitan privasi dan pemantauan terhadap aktiviti di laman media sosial berkenaan.

 

Berdasarkan kepada situasi terkini, perbelanjaan Facebook pada suku kedua melihatkan peningkatan ketara sehingga 50 peratus kepada jumlah USD7.4 bilion.

 

Kredit: wikipedia

“Kadar pertumbuhan Facebook akan terus perlahan pada 2018 dan ini turut melihatkan penyusutan pendapatan di samping jumlah perbelanjaan dijangka meningkatkan sehingga ke tahap 50 peratus bagi membolehkan syarikat melabur dalam keperluan pengukuhan keselamatan, pemasaran dan kandungan,” kata Ketua Pegawai Kewangan Facebook, David Wehner.

 

Jelas sekali Peraturan Perlindungan Data Am (GDPR) baharu yang diperkenalkan Kesatuan Eropah (EU) telah memaksa Facebook membuat beberapa perubahan penting dalam terma privasi dan proses pendaftarannya. Di sebalik peraturan berkenaan, Facebook melihatkan kemerosotan sekitar satu juta pengguna aktif di benua itu.

 

Penganalisis di firma penyelidikan, Pivotal, Brian Wieser turut bersetuju dengan sentimen kebimbangan pelabur Facebook itu berkaitan dengan isu privasi data peribadi yang menghantui syarikat berkenaan.

 

“Agak ketara bahawa kerugian harga saham yang dihadapi Facebook adalah disebabkan oleh kebimbangan pelabur mengenai pengukuhan peraturan dan pelbagai halangan lain yang mungkin muncul selepas ini. Jadi mereka membuat keputusan untuk meninggalkan Facebook. Namun begitu, kelompok pengiklan dilihat masih tidak berganjak dari Facebook kerana mereka melihat tiada platform pengiklanan media sosial yang lebih efektif setakat ini berbanding Facebook,” kata beliau.

 

Skandal melibatkan firma perunding, Cambridge Analytica yang didakwa memperoleh akses terhadap data lebih 50 juta pengguna Facebook secara tidak sah telah menggocang kedudukan Facebook.

 

Penguatkuasaan GDPR sebenarnya bakal memberikan kesan besar terhadap pendapatan Facebook selepas ini, menurut seorang aktivis kempen data perlindungan di Austria, Max Schrems.

 

“Jika insiden seperti Cambridge Analytica ini berlaku sekali lagi selepas GDPR, maka Facebook akan didenda dengan jumlah empat peratus daripada pendapatan globalnya,” kata Schrems.

 

Kredit: Inc.com

 

Facebook kini melihatkan jumlah pengguna yang tidak bertambah dengan baik. Pertumbuhan pengguna merupakan asas untuk menentukan kejayaan Facebook. Hal ini berlaku kerana beberapa sebab. Antara yang utama termasuklah Facebook itu sendiri sudah menjadi terlalu ‘gergasi’ dan sukar untuk dikawal. Kewujudkan pelbagai aplikasi melibatkan pihak ketiga menyebabkan berlaku kemungkinan yang menyebabkan penyaluran kelua data tanpa sedar dan Facebook wajar untuk berhati-hati selepas ini.

 

Kedua sudah tentu kegoyahan Facebook pada ketika ini dan kegagalannya untuk menarik pengguna baharu adalah disebabkan kecenderungan pengguna media sosial, khasnya anak-anak muda beralih menggunakan laman lain termasuk Instagram dan Snapchat. Kita mungkin akan melihat pada masa akan datang kemunculan laman media sosial lain yang bakal menggantikan Facebook.

 

Adakah Facebook sebenarnya sedang berhadapan krisis kemerosotan? Atau ia hanya kesan sementara ketika isu data dan privasi ini sedang hangat? Ini merupakan kemungkinan-kemungkinan yang menyelubungi Facebook pada ketika ini. Namun dengan jangkaan lebih banyak negara akan mengambil tindakan mengukuhkan peraturan data peribadi melibatkan media sosial, Facebook akan berhadapan cabaran terkini di ruang perniagaan maya ini.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…