fbpx

[Pendedahan] Bestinet- Syarikat Yang Terlibat Bisnes Pekerja Asing

Oleh : Kapital
02 Ogos 2018 - 5:29 pm

Reading Time: 5 minutes
  • 100,000 warga Bangladesh terpaksa membayar RM20,000 untuk mendapat permit kerja di Malaysia.
  • Sejak mula beroperasi pada 2016, Bestinet Sdn Bhd telah mengaut untung RM2 bilion daripada pengurusan pengambilan pekerja asing.

 

Masalah lambakan pekerja asing mendapat perhatian penting oleh Kerajaan baharu Pakatan Harapan apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) di bawah kepimpinan Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan serbuan untuk membasmi pekerja asing yang bekerja secara haram di negara ini.

 

Serbuan yang dibuat mendapati kebanyakan warga asing yang ditahan mempunyai kesalahan imigresen seperti tiada permit yang sah dan tinggal lebih masa di Malaysia.

 

Selain itu, KDN turut memutuskan supaya program pemutihan yang dilaksanakan terhadap 700,000 pekerja asing haram sebelum ini dihentikan kerana modus operandi yang pincang manakala agensi yang terlibat dalam program itu pula telah ditamatkan khidmat pada hujung Jun lalu.

 

Terdapat dua badan penting yang akan dirombak dan disusun semula iaitu Jabatan Imigresen dan polis. Muhyiddin menyebut, langkah itu kerana wujud kepincangan semasa mengendalikan proses pemutihan sebelum ini.

 

Image result for muhyiddin pati
Kredit: BH

 

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran pula pernah mengarahkan agar pengusaha restoran hanya menggunakan khidmat tukang masak dari kalangan orang tempatan. Tujuannya untuk memastikan kualiti dan kebersihan penyediaan makanan pada tahap terbaik.

 

Selepas mendapat bantahan banyak pihak, Kulasegaran menukar pula nada dengan mengatakan pandangan itu hanya peringkat cadangan sahaja. Namun begitu, apa yang jelas, komitmen kerajaan terhadap lambakan pekerja asing ini perlu diberi perhatian.

 

Walau bagaimanapun, kita perlu adil. Di sebalik laporan media tentang pekerja asing yang cukup banyak sehingga mengundang rasa tidak senang dalam kalangan penduduk tempatan, sebenarnya mereka juga terperangkap dalam jenayah penyeludupan manusia yang dilakukan oleh individu serta syarikat yang mempunyai perlindungan dari golongan berkuasa.

 

Akhbar The Star pernah mendedahkan bahawa terdapat lebih 100,000 pekerja dari Bangladesh terpaksa membayar RM20,000 untuk mendapat tempat kerja di Malaysia. Bayaran yang terlampau tinggi itu meliputi beberapa perkara seperti tiket penerbangan, permit kerja, bayaran beberapa ejen tempatan dan Malaysia serta agensi pengurusan di samping kos-kos tersembunyi.

 

Image result for pekerja asing
Kredit: Utusan

 

Sindiket ini pula dilaporkan telah didalangi oleh seorang bergelar ‘Datuk Seri’ yang juga berasal dari Bangladesh di samping sokongon tokoh politik yang berpengaruh dalam Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

 

Hasil daripada jenayah ini, dalang tersebut dikatakan mampu memperoleh RM2 bilion hanya dalam tempoh dua tahun sahaja yang bermula lewat tahun 2016.

 

Pada tahun 2016, dengan menggunakan pengaruh politik yang diperoleh, ‘Datuk Seri’ itu didapati mengusahakan satu perjanjian antara Kuala Lumpur dan Dhaka untuk membenarkan 10 syarikat dari Bangladesh hak untuk membekalkan pekerja asing ke Malaysia.

 

Untuk menjaga kepentingan dan operasi 10 syarikat itu, satu sistem pendapatan dalam talian telah diperkenalkan yang dikenali Sistem Perkhidmatan Pekerja Asing (SPPA).

 

Image result for Sistem Perkhidmatan Pekerja Asing SPPA
Kredit: Megan Pasifika

 

Syarikat yang memperkenalkan sistem ini pula adalah milik ‘Datuk Seri’ itu yang sekarang hangat diperkatakan iaitu Bestinet Sdn Bhd!

 

Bestinet yang merupakan syarikat tekonologi tinggi itu turut membangunkan Sistem Pengurusan Pekerja Asing Berpusat (FWCMS) yang digunakan oleh Jabatan Imigresen untuk menguruskan permohonan visa pekerja asing.

 

Apa yang mengejutkan, kenyataan Kulasegaran baru-baru ini mengatakan prsoes pengambilan pekerja asing ‘amat kucar-kacir’ sehingga menganiaya pekerja kerana bayaran yang terlampau tinggi (exorbitant).

 

“Proses pengambilan pekerja asing di bawah pentadbiran dahulu hanya menguntungkan segelintir pihak,” kata Kulasegaran

 

Akibatnya, kerajaan telah menggantung sistem tersebut serta semua syarikat yang terlibat sehingga siasatan berkaitan eksploitasi pekerja asing selesai.

 

Finding a solution: Kulasegaran arriving at Parliament. He said he would brief the Cabinet this Friday on the Nepal government’s decision.
Kredit: The Star

 

Antara negara yang membuat kenyataan tegas berhubung eksploitasi itu adalah Nepal apabila kerajaannya menghentikan penghantaran warganya untuk bekerja di Malaysia. Selain itu, Kathmandu juga menyatakan mahu membawa pulang warganya yang bekerja di Malaysia secara haram.

 

Dilaporkan daripada sekitar 500,000 yang bekerja, 40,000 bekerja tanpa permit kerana tamat tempoh.

 

Berdasarkan kepada pendedahan ini, ternyata puncanya datang dari Bestinet. Siapakah pemilik Bestinet yang telah mengundang masalah kepada dalam dan luar negara?

 

Semakan kapital.my di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) mendapati Bestinet mempunyai empat pengarah iaitu Dato’ Tengku Omar Tengku Bot, Abang Azhari Abang Hadari, Rathakrishnan Vellaisamy dan Aminul Islam Abdul Nor. Klik sini

 

Image result for bestinet
Kredit: The Edge

 

Para pemegang saham Bestinet pula adalah Rathakrishnan Vellaisamy, Aminul Islam Abdul Nor, Norhana Sharkhan serta sebuah syarikat yang dikenali sebagai JR Joint Resources Holdings Sdn Bhd. Klik sini.

 

Semakan mengenai JR Joint Resources Holdings Sdn Bhd pula mendapati syarikat ini dianggotai dua pengarah yang juga pemegang saham iaitu Dato’ Tengku Omar Tengku Bot, Abang Azhari Abang Hadari dan Aminul Islam Abdul Nor.

 

Bestinet telah mengeluarkan kenyataan yang mendakwa bahawa syarikat mereka beroperasi secara sah dan tidak terlibat dalam sebarang jenayah seperti eksploitasi pekerja asing dan pengubahan wang haram.

 

Dakwaan bahawa wujud kaitan antara Bestinet dengan Zahid Hamidi juga turut ditolak. Dalam satu kenyataan, Bestinet menjelaskan bahawa Dato’ Sri Mohd Amin Abdul Nor iaitu pengasas dan pengerusi Bestinet merupakan abang ipar Zahid Hamidi.

 

Selain itu, dua individu iaitu Datuk Abdul Hakim Hamidi yang merupakan abang Zahid Hamidi dan Tan Sri Azmi Khalid bukan pemegang saham syarikat. Azmi telah meletak jawatan pengarah pada Januari 2017.

 

Kredit: Nepali Times

 

Hal ini dilaporkan oleh media Nepal, Nepali Times yang mendedahhkan bahawa Bestinet serta beberapa syarikat lain mendapat sokongan dan perlindungan tokoh politik Malaysia untuk mengaut keuntungan besar melalui bekalan pekerja asing.

 

Walaupun laporan terbaharu menyebut kesediaan Nepal untuk berunding semula dengan Malaysia berhubung isu pekerja asing, namun perkara yang wajib ditangani terlebih dahulu adalah eksploitasi yang mungkin masih berlaku.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…