fbpx

Proton Kini Mampu Menyaingi Honda?

Oleh : Kapital
01 Ogos 2018 - 11:25 am

Reading Time: 4 minutes
  • Rakyat Malaysia masih tertarik dengan model kereta yang dihasilkan PROTON
  • Saingan sebenar PROTON ialah jenama seperti Honda dan bukannya model tempatan keluaran Perodua

 

Pengambilalihan Proton oleh syarikat terkemuka dari China, Geely mula melihatkan kesan positif dan meletakkan PROTON kembali ke landasan terbaik apabila jualan pelbagai model kereta Proton melihatkan peningkatan sehingga ke tahap 50 peratus bulan lalu dengan 6,173 unit berjaya dijual berbanding bulan sebelumnya.

 

Selain daripada langkah Kerajaan menetapkan kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) ke tahap sifar peratus, peningkatan jualan Proton ini juga disebabkan oleh kepelbagaian bentuk promosi yang diambil syarikat berkenaan termasuk memperkenalkan program Duit Raya Proton dan promosi harga Saga Terbaik.

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar, Abdul Rashid Musa, pembeli dilihat tertarik dengan kelebihan yang ada pada pelbagai model PROTON yang menampilkan ciri-ciri sebuah kereta keluarga dengan nilai mampu milik di samping memiliki kualiti yang baik dari sudut keluasan dan pengendaliannya.

 

Image result for proton saga dan persona
Kredit: Gohed Gostan

 

Abdul Rashid turut berkata model PROTON yang melihatkan permintaan tinggi ialah Saga dan Persona yang berjaya mencatatkan jumlah jualan menghampiri 3,000 unit.

 

“Bulan Jun merupakan bulan terbaik untuk PROTON setakat ini untuk tahun 2018 dari sudut jualan dan ini menjadi bukti penting bagaimana rakyat Malaysia masih tertarik dengan model kereta yang dihasilkan PROTON. Sehubungan itu, kami berharap untuk dapat terus mengekalkan prestasi ini sehingga ke akhir tahun 2018,” kata Abdul Rashid.

 

Selain daripada kerancakkan dari sudut jualan, PROTON juga sudah mengorak langkah lebih luas di pasaran antarabangsa apabila melancarkan semula pelan pengeksportan keretanya ke Timur Tengah. Sebagai permulaan, PROTON menghantar 453 unit kereta pelbagai model melalui pelabuhan Aqabal di Jordan dan dari sana ia akan diedarkan ke Iraq dan negara-negara berdekatan yang lain.

 

Image result for Dr Li Chunrong
Kredit: The Malaysia Reserve

 

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong beranggapan pasaran Timur Tengah amat memandang tinggi produk buatan negara Islam lain seperti Malaysia dan ini merupakan satu petanda baik untuk mengembangkan permintaan memandangkan tahap ekonomi negara-negara di rantau berkenaan berada pada kedudukan yang baik.

 

Namun begitu, Li menegaskan ASEAN akan kekal sebagai destinasi eksport utama PROTON dan pelbagai perancangan rapi akan dilaksanakan bagi mengukuhkan kedudukan PROTON di rantau Asia Tenggara.

 

Geely juga menurut Li akan terus membantu memasarkan pelbagai model PROTON di luar negara.

 

“Geely amat menyokong usaha eksport dan pemasaran luar negara seperti ini dan Geely juga begitu berpengalaman dalam bidang ini dan ia jelas akan memberikan manfaat kepada PROTON untuk dapat menjual lebih banya kereta di luar Malaysia,” kata Li.

 

Image result for Geely proton
Kredit: Malaysian Access

 

 

Di samping memberi tumpuan kepada sudut pengukuhan pasaran dan aktiviti jualan, PROTON juga sedang meningkatkan kemudahan pusat servis dan kualiti perkhidmatan selepas jualan. Sebagai sebahagian daripada kerangka perancangan pemulihannya, PROTON telah mengumumkan untuk menaik taraf cawangan pengedar PROTON kepada status 3S dan 4S.

 

Usaha ini kini dilihat berjalan lancar apabila sehingga Mei 2018, 79 cawangan pengedar PROTON telah mencapai status berkenaan dan dijangka menjelang Oktober 2018, 109 cawangan pengedar mampu untuk mencapai status 3S dan 4S.

 

Salah seorang pengedar PROTON yang terlibat dalam usaha menaik taraf ini, Sobri Mustafa, mewakili Top Zone Gallery  Sdn Bhf berkata beliau membuat keputusan berkaitan naik taraf ini bagi memastikan pelanggan sentiasa gembira dan berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan di samping mampu meningkatkan imej dan kualiti PROTON di mata pengguna.

 

Selain itu, rata-rata pengedar PROTON yang ditemui melahirkan keyakinan kemajuan PROTON dalam perkongsian bersama-sama Geely dan ramai yang beranggapan PROTON kini sudah bersedia untuk memberikan saingan kepada jenama kereta dari Jepun dan Korea Selatan sama ada dari sudut teknologi, reka bentuk, keselesaan dan kualiti.

 

Image result for proton honda
Kredit: MyNewsHub

 

Malah pandangan pengedar ini juga selari dengan apa dihasratkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PROTON yang melihat saingan sebenar PROTON ialah jenama seperti Honda dan bukannya model tempatan keluaran Perodua.

 

Namun begitu, di sebalik semua peningkatan yang sedang diusahakan PROTON, pengumuman YAB Perdana Menteri untuk mewujudkan satu lagi projek kereta nasional baru-baru ini telah menimbulkan perdebatan tentang masa depan PROTON. Apakah kerana usaha sama yang dijalankan bersama-sama Geely, maka nilai nasional pada PROTON sudah dianggap pudar?

 

Pada ketika PROTON harus melalui persaingan sengit dengan kereta-kereta dari luar negara, kewujudan satu lagi perusahaan automobil nasional akan memberikan kesan terhadap penguasaan pasaran domestik kepada PROTON dan ini merupakan satu cabaran terpenting yang bakal dihadapinya bagi memastikan jenama PROTON mampu kekal untuk berdiri megah dan membanggakan Malaysia.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…