fbpx

Tun M Ke China. Berjaya Atau Gagal?

Oleh : Wan Syarafiz
23 Ogos 2018 - 4:10 pm

Reading Time: 4 minutes
  • Tiada tawaran atau pelaburan yang penting diumumkan dalam lawatan Tun M ke China
  • Free and fair trade antara China dan Malaysia diperlukan – Tun M

 

Pada Selasa 21 Ogos lepas, Tun Dr. Mahathir baru sahaja menamatkan lawatan kerja beliau ke China. Lawatan kerja beliau itu merangkumi perbincangan bersama Perdana Menteri, Li Keqiang dan Presiden, Xi Jinping dalam isu-isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Antara yang menarik mengenai lawatan beliau ke China adalah reaksi rakyat Malaysia terhadap lawatan tersebut. Terdapat sebahagian memandang lawatan tersebut sebagai diplomatic disaster (malapetaka diplomatik).

 

Dalam sebuah artikel yang diterbitkan oleh Malaysiakini, penulis yang menggelarkan diri sebagai Concerned China-Malaysia Oberserver mengatakan lawatan Dr. Mahathir sebagai diplomatic disaster kerana tiada tawaran atau pelaburan yang penting diumumkan. Kesemua perjanjian yang ditandatangani adalah legasi daripada mantan Perdana Menteri, Datuk Sari Najib Razak.

 

Di sebelah pihak lagi, ada yang menyifatkan lawatan itu sebagai satu kejayaan kepada Malaysia. Hal ini terbukti kerana, tujuan utama Dr. Mahathir ke sana adalah untuk memberi kefahaman akan kedudukan fiskal Malaysia dan kenapa projek-projek mega seperti ECRL perlu dibatalkan.

 

Dr. Mahathir dianggap melakukan perkara yang betul dengan lawatan ke Beijing kerana perbincangan secara berhadapan adalah jalan terbaik untuk membuktikan Kerajaan Malaysia komited dalam memelihara hubungan baik dengan negara China.

 

Dalam rangka lawatan itu, Dr. Mahathir telah membuat pengumumuman berkenaan pembatalan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan juga Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP).

 

Beliau mengulas bahawa Malaysia tidak memerlukan kedua-dua projek tersebut buat masa ini.

 

“Ia merupakan pinjaman wang yang banyak dan pastinya kita tidak mampu meneruskannya serta membayar semula. Kita tidak perlukan projek seumpama itu di Malaysia pada ketika ini. Pada masa akan datang, mungkin ya. Tapi sekarang, tidak. Masalah kita sekarang adalah untuk menyelesaikan masalah defisit kewangan,” ujarnya pada sidang media.

Image result for ecrl batal
Kredit: Selangorkini

Penganalisis geopolitik negara, Wan Fayhsal melalui posting beliau di facebook pula berkata “ECRL Adalah Perkakas Geopolotik China”. Beliau menjelaskan ECRL adalah satu projek yang membebankan dan hanya akan menggugat kedaulatan negara Malaysia berdasarkan terma yang dipersetujui dengan kerajaan China.

 

“Dalam keghairahan dan paranoia China untuk melengkapi permainan strategi geopolitik “weiqi” berhubung “Malacca Dilemma” (sekarang ditambah dengan Laut Cina Selatan mendepani neo-containment) yang Tun M dah lama tahu sejak zaman Presiden Hu Jintao”.

 

“ECRL (dan juga projek lain) adalah persis kuda trojan untuk memastikan matlamat geopolitik China tercapai di Semenanjung Malaysia”. Wan Fayhsal menerangkan mengenai percaturan geopolitik China yang akan menggugat keselamatan dan kedaulatan Malaysia.

 

Untuk membaca mengenai terma-terma ‘aneh’ ECRL, baca di sini Kontrak Projek ECRL Aneh – Tun M

 

Bercakap mengenai projek TSGP pula, Dr. Mahathir telah membidas isu pembayaran kepada projek TSGP yang telah dibuat hampir 90% tetapi peratusan kerja yang telah dijalankan hanyalah sekitar 14%

 

Untuk membaca ulasan kami mengenai projek TSGP dan skandal-skandal lain, sila baca Senarai 7 Skandal Projek Didedahkan Kerajaan PH

 

Pada 20 Ogos lepas, satu sidang akhbar bersama China-Malaysia telah dijalankan. Dalam ucapan Dr. Mahathir, beliau telah menyatakan Kerajaan Malaysia memerlukan perdagangan yang bebas dan adil (free and fair trade) dengan negara China.

 

Kenyataan tesebut kemudiannya disokong oleh Li Keqiang. Li berkata Beijing tidak akan merubah pendirian “friendly approach” terhadap Kuala Lumpur walaupun Kerajaan Malaysia telah bertukar pucuk pimpinan.

 

“Saya bersetuju dengan anda (Dr. Mahathir). Perdagangan bebas adalah jalan yang sepatutnya. Sudah pasti perdagangan bebas juga seharusnya berlaku adil kepada kedua-dua negara”. Ucap Li pada sidang akhbar tersebut.

Image result for tun m china sidang akhbar bersama
Kredit: Kosmo

Sidang akhbar tersebut bagaimanapun mengundang kontrovesi dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebuah video sidang akhbar bersama itu telah dikeluarkan oleh pihak The Star dan kemudiannya menjadi viral.

 

Video tersebut mendapat reaksi negatif dari rakyat Malaysia kerana dikatakan Li Keqiang seolah-olah telah mengugut Malaysia berkenaan free trade. Kemudiannya, ucapan balas oleh Dr. Mahathir pula dikatakan seperti mahu menyamakan China dengan new colonialism.

 

Li dikatakan seperti mahu mengugut Malaysia jika tidak bersetuju dengan terma dan syarat China dalam perdagangan minyak sawit, sidang akhbar tersebut akan ditamatkan serta merta.

 

Menurut penganalisis geopolitik, Ayman Rashdan Wong dalam laman facebook beliau berkata, sidang akhbar tesebut telahpun berlangsung selama 30 minit dan Li Keqiang mahu menamatkan sidang akhbar itu jika Dr. Mahathir tidak mempunyai pandangan lain.

 

Itu bukan bermakna Li mahu mengugut Malaysia sebaliknya beliau bersetuju dengan Dr. Mahathir dalam isu perang dagang di mana kedua-dua negara tidak bersetuju terhadap amalan protectionism yang dilakukan oleh Amerika Syarikat di bawah pimpinan Donald Trump.

 

Ayman turut mengulas panjang ucapan kontrovesi Dr. Mahathir mengenai new colonialism. Menurut Ayman, Dr. Mahathir secara umumnya menyokong perdagangan open free trade tetapi beliau mahu pengecualian diberikan kepada negara-negara sedang membangun termasuk Malaysia.

 

“Kenyataan Tun M adalah bersifat umum untuk melindungi Malaysia daripada memberi komitmen terhadap perdagangan bebas secara sepenuhnya, terutamanya dengan negara-negara Eropah yang ada perundingan perdagangan bebas dengan Malaysia, bukannya dituju kepada China”, ujar Ayman.

 

Sebagai kesimpulan, kedua-dua negara saling memerlukan antara satu sama lain. Kebergantungan ekonomi Malaysia terhadap China adalah tinggi kerana China merupakan rakan dagang nombor satu Malaysia. Dalam masa yang sama, China juga memerlukan Malaysia dalam usaha ‘Belt and Road Initiative’ mereka.

 

Kedua-dua negara seharusnya bijak dalam berdiplomasi supaya situasi win-win dalam hubungan dua hala dapat diwujudkan!

Jom Beli Rumah Online di Expo Klik Hartabumi!

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…