fbpx

Berjaya Simpan RM10K Dalam Setahun Dengan Teknik Ini.

Oleh : Kapital
01 September 2018 - 4:59 pm

Reading Time: 4 minutes

Mengumpul duit sememangnya bukan mudah dan juga bukanlah hasil usaha semalaman. Ada banyak cara untuk anda menyimpan duit dan ianya tidak terbatas hanya untuk membeli rumah sahaja.

Menyimpan duit sebenarnya adalah sejenis terapi yang menyebabkan anda konsisten menabung dengan membelakangkan kenikmatan kecil untuk satu kenikmatan yang lebih besar dan bermakna.

Sekiranya anda mampu mengumpul duit untuk beli rumah dan orang rumah sekaligus, adalah lebih baik! Apa yang penting, anda wajib tahu ‘goal’ anda untuk menyimpan.

 

Cara Simpan Duit Beli Rumah 01
Kredit: batamnews.co.id

“Saya dah cuba menyimpan sikit – sikit, tapi hujung bulan confirm terguna dan kadangkala sampai terpaksa pinjam duit orang lain.”

CARA SIMPAN DUIT UNTUK BELI RUMAH

Bersedialah kerana pendedahan selepas ini bakal mengubah cara anda menilai kehidupan dan cara anda simpan duit dengan fokus untuk beli rumah!

1. Wang Syiling.

 

Cara Simpan Duit Beli Rumah 02
Kredit: Majalah Labur

 

Ramai di antara kita menghadapi kesukaran untuk menyimpan wang kertas lagi – lagi yang berwarna warni seperti ramai orang lakukan. Tapi percayalah, bilamana anda berjaya menyimpan wang syiling terlebih dahulu, anda akan rasa nikmatnya mengumpul.

Selepas satu tempoh masa contohnya tiga bulan, tukarkan duit syiling anda di kedai makan, warung – warung dan gerai. Selepas itu, jangan pula anda belanja tetapi simpanlah di bank mahupun ASB atau Tabung Haji.

 

2. Tabung Warna Warni.

 

Cara Simpan Duit Beli Rumah 03
Kredit: SAYS

Pertama sekali, sediakan tiga jenis tabung yaqni tabung warna hijau untuk RM5, merah untukRM10 dan jingga untuk RM20. Jika tiada bajet, pakai sahaja bekas makanan terpakai mahupun botol – botol air.

Selepas itu, simpan jumlah wang anda itu mengikut warna tabung tersebut. Dan yang paling penting ialah anda perlu menahan diri anda daripada membuka tabung – tabung tersebut. Tetapkan satu tempoh dan tunggu!

 

3. 10% Simpanan Sebelum Komitmen.

 

Cara Simpan Duit Beli Rumah 04
Kredit: Majalah Labur

 

Sebelum anda dapat gaji, tanamkan dalam fikiran anda bahawa anda perlu selamatkan 10%daripada gaji anda sebelum anda membayar sebarang komitmen dan juga nafsu anda.

Bohonglah kalau dalam membayar komitmen itu, anda tidak terasa untuk beli apa – apa barang di Lazada dan sebagainya. Jadi, simpan azam anda dan usahakan untuk simpan 10% daripada gaji sebelum bayar komitmen, dan ansuran hutang.

 

Footer Expo Klik Hartabumi

Cari rumah idaman anda dalam 3 langkah ini di Expo Hartabumi sekarang!

 

4. Pulangan Cukai Pendapatan.

Cara Simpan Duit Beli Rumah 05
Kredit: The Coverage

Apabila anda mendapat hasil pulangan cukai pendapatan, janganlah anda habiskan ke kedai makan mewah, pusat beli belah atau aksesori kereta. Hal ini kerana, wang tersebut boleh anda gunakan sebagai simpanan.

Sungguhpun pulangan cukai pendapatan anda hanyalah beberapa ratus ringgit sahaja, tetapi sekiranya anda salurkan ke tempat yang betul, anda akan berterima kasih kepada diri anda di masa hadapan.

5. Rancang Duit Dan Masa.

 

Cara Simpan Duit Beli Rumah 06
Kredit: Majalah Labur

Ada setengah orang yang bilamana telah melakukan over time (OT), mereka cenderung untuk berbelanja lebih dengan tanggapan ianya adalah self-reward. Persepsi ini adalah betul dan tidak salah untuk anda berbelanja untuk diri sendiri.

Apa yang salah ialah apabila anda berbelanja kepada barang yang dikategorikan sebagai barang kehendak dan bukan barang keperluan. Tahukah anda perbezaan barang kehendak dan barang keperluan?

 

6. Daftar Haji.

Cara Simpan Duit Beli Rumah 07
Kredit: Kedah News
 Apabila anda terima bonus tahunan, perasaan gembira itu pastinya membuatkan anda ingin membeli dan berbelanja apa sahaja. Namun begitu, adalah lebih bijak jika anda cepat – cepat daftarkan nama anda untuk membuat haji.

Anda cuma memerlukan RM1,300 sahaja untuk daftar haji. Bayangkan jika anda gunakan duit itu hanya untuk makan di  restoran mewah di Kuala Lumpur. Pengakhirannya, besok anda tetap perlu makan untuk teruskan hidup.

 

7. Rancang Aliran Wang Tunai Bila Dapat Kenaikan Gaji.

Cara Simpan Duit Beli Rumah 08
Kredit: Merdeka

Apabila anda telah bekerja untuk satu tempoh masa, anda pasti akan menerima kenaikan gaji. Bilamana gaji anda bakal dinaikkan, jangan rancang apa – apa dahulu seperti membuat pinjaman kereta baru atau membeli smartphone secara ansurans di Sen Heng.

Sila bertenang dan kekalkan gaya hidup asal anda yang bersederhana dalam makanan, pakaian dan sebagainya. Gaji naik tidak bermaksud anda perlu memandu kereta Honda atau membeli minuman Starbucks hampir setiap hari.

 

8. Bekerja Bukan Untuk Duit.

Cara Simpan Duit Beli Rumah 09
Kredit: Majalah Labur

Rancang kewangan anda supaya anda tidak lagi bekerja untuk duit sebaliknya biarkan duit yang bekerja untuk kita. Selagi mana anda tidak mampu untuk menjana pendapatan pasif yang sama dengan gaji anda, selagi itu anda belum lagi mencapai financial freedom.

“Jika kamu tidak berusaha untuk membuat duit saat kamu tidur, maka kamu akan bekerja hingga ke akhir hayat.”

Wahai anak – anak muda sekalian, berusahalah selagi mana yang anda mampu kerana tiada siapa yang dilahirkan terus senang dan kaya raya. Segalanya bermula dengan kesedaran dan diakhiri dengan tindakan.

 

Ditulis oleh: Aezhad

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…