fbpx

Di Antara Bitcoin Sebenar & Lavida Coin

Oleh : Kauthar Rozmal
12 September 2018 - 1:03 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Lavida Coin rancang pengumpulan dana RM1.5 bilion
  • Harga awal Lavida Coin ditawarkan pada RM2.71 = 1 LVC

 

Matawang kripto mula mendapat perhatian orang ramai apabila Bitcoin mencecah nila tertingginya December tahun lalu. Nilainya hampir mencapai USD 20,000 bagi 1 bitcoin. Bitcoin dilancarkan pada bulan Januari 2009 dan dicipta oleh Satoshi Nakomoto.

 

Bagi yang masih tidak faham apa itu matawang kripto, ianya adalah matawang digital yang menjadi medium pertukaran. Tujuannya adalah untuk menjadi medium pertukaran yang tidak berpusat.

 

Semenjak kenaikan bitcoin, beratus matawang kripto baru yang lain muncul seperti Litecoin, Dogecoin dan Ethereum. Disebabkan pulangan bitcoin yang mencecah ribuan ringgit, semakin ramai pelabur yang mula masuk ke dalam dunia matawang kripto. Bayangkanlah, jika anda beli 1 bitcoin pada Januari 2017 dan menjual semula pada December 2017, anda sudah untung USD18,000 bersamaan RM74,000, siapa sahaja yang tidak tertarik dengan keuntungan sebanyak itu.

 

Image result for cryptocurrency
Kredit : Daily Express

 

Berasaskan sifat tamak manusia terhadap keuntungan, beberapa pihak telah mengambil kesempatan dengan mewujudkan skim cepat kaya berasaskan matawang digital. Antaranya adalah Monspace Dollar (MSD) dilancarkan oleh Monspace Groups dan Pitiscoin daripada Kodinar Berhad.

 

Modus operandi mereka sama sahaja seperti skim cepat kaya yang dah berkubur sebelum ini, cuma sekarang ini mereka menggunakan matawang kripto untuk menarik peserta.

 

Mudah sahaja untuk kita mengenali skim cepat kaya ini. Secara asasnya skim cepat kaya akan ada 3 ciri ini:

 

1. Memberikan pulangan yang terlampau tinggi

Apa-apa pelaburan yang memberikan melebihi 20% dikira sebagai tinggi. Warren Buffet, pelabur tersohor dunia pun hanya mampu memberikan pulangan sebanyak 20.9%.

 

2. Tidak perlu risau tentang risiko

Setiap pelaburan pasti ada risikonya. Pelaburan yang tiada risiko seperti ASB yang dijamin kerajaan pula hanya memberikan pulangan 7%. Mana mungkin ada pelaburan lain yang bebas risiko dan mampu beri pulangan lebih daripada 7%.

 

3. Fokus mencari orang

Sesebuah syarikat sepatutnya fokus kepada produk berbanding fokus kepada mencari orang baru untuk menyertai mereka. Contohnya, untuk menyertai sesuatu skim, anda perlu bayar RM5,000. Mereka akan kata ianya adalah harga produk, sedangkan harga harga produk tidak sampai daripada 10% kos penyertaan.

 

Untuk dapatkan semula kos penyertaan, anda perlu cari orang lain untuk turut menyertai skim tersebut dan anda akan diberikan komisen.

 

Image result for lose money
Kredit : Buzz Ghana

 

Baru-baru ini pula heboh berkenaan seorang Jutawan Kosmetik yang melancarkan matawang kriptonya sendiri. Datuk Seri Hasmizah Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) dilaporkan memperkenalkan mata wang digital atau kripto dikenali Lavida Coin pada harga awal yang ditetapkan, iaitu 1 LVC bersamaan AS$0.66 (RM2.71).

 

Ianya mendapat perhatian ramai kerana DSV dilihat sebagai usahawan yang berjaya. Lebih ramai yang akan percaya dan menyertainya jika pengasasnya terbukti berjaya dalam bidang perniagaan.

 

Menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), tujuan Lavida Coin dilancarkan adalah untuk satu inisiatif pembiayaan swasta untuk pengumpulan modal/dana bagi pembangunan tiga projek.

 

Menurut kertas putih Lavida Coin, mereka ingin mengumpulkan dana sebanyak RM1.5 billion. Projeknya adalah Saluran Hiburan berfokuskan usahawan (RM1 bilion), sistem pembayaran Lavidapay (RM100 juta) dan pembinaan masjid (RM400 juta).

 

Bagaimanapun, berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada website Lavida Coin, banyak maklumat yang tidak lengkap dan meragukan mengenai projek mereka. Antaranya adalah:

  1. Pengumpulan dana yang terlalu banyak dan tidak berfokus.
  2. Pelan tindakan bisnes yang lemah.
  3. Tiada ahli kumpulan lain selain daripada DSV.
  4. Projeknya tiada kena mengena dengan ‘blockchain’.
  5. Tiada perancangan kukuh bagaimana perniagaanya bakal memberikan pulangan.

 

Ogos lalu, SC memberikan kenyataan bahawa mereka sedang memantau d maklumat mengenai pelancaran mata wang kripto Lavida Coin bagi menentukan sama ada wujud sebarang pelanggaran undang-undang sekuriti.

 

Pada 5 September, SC mengeluarkan kenyataan baru untuk menghentikan sebarang aktiviti promosi Lavida Coin.

 

“Pelabur diingatkan berhati-hati dan mengambil langkah wajar sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan, terutamanya yang melibatkan mata wang kripto dan token digital” – SC

 

Bank Negara Malaysia turut menyenaraikan pengendali terbitan mata wang kripto Lavida Coin, VI Profit Galaxy (DSV Cryptoclub & LUX Galaxies) dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan.

 

Sebagai pelabur, kita seharusnya menjadi lebih bijak dalam menilai sesuatu pelaburan dan tidak mudah tertipu oleh sebab sifat tamak kita.

 

Untuk sebarang kepastian sama ada skim pelaburan itu adalah skim cepat kaya atau tidak, anda boleh semak dengan badan berikut :

  1. Bank Negara Malaysia
  2. Suruhanjaya Sekuriti
  3. Suruhanjaya Koperasi Malaysia
  4. Polis Diraja Malaysia (PDRM)
  5. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
  6. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
  7. Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…