fbpx

Hutang Anak Muda Membimbangkan

Oleh : Syafiq Hanafi
06 September 2018 - 10:54 am

Reading Time: 3 minutes
  • 47 peratus belia Malaysia menanggung hutang kad kredit yang tinggi
  • Lebih 3,400 orang yang berusia 20 hingga 30 tahun mendapatkan nasihat dan bantuan AKPK

 

Kadar keberhutangan golongan belia di Malaysia dilihat semakin serius apabila Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Nazrul Hisyam Mohd Noh memaklumkan 47 peratus belia Malaysia menanggung hutang kad kredit yang tinggi, manakala 38 peratus beliau pula dikenal pasti membuat pinjaman peribadi.

 

Image result for nazrul hisyam bnm
Kredit : FMT

 

Malah lebih membimbangkan apabila pada tahun 2017, lebih 3,400 orang yang berusia 20 hingga 30 tahun mendapatkan kaunseling dan bantuan daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

 

Keadaan ini sebenarnya sesuatu yang serius dan ia jika tidak ditangani dengan betul akan menyebabkan kadar golongan belia yang muflis semakin tinggi. Sejak tahun 2005 lebih 68,000 individu berumur di bawah 45 tahun telah diisytiharkan muflis dan ia merupakan lebih separuh daripada jumlah keseluruhan muflis sekitar 130,000 individu dalam tempoh sama.

 

Berdasarkan maklumat daripada pihak AKPK pula kebanyakan golongan belia yang berhutang dilihat mengalami kesukaran untuk mengawal kewangan peribadi masing-masing dan hal ini terjadi kerana kekurangan pengetahuan berkaitan pengurusan kewangan peribadi. Malah cara hidup yang tidak teratur dan kegagalan mengawal perbelanjaan juga menyebabkan golongan belia sering terjebak kepada keadaan hutang seperti ini.

 

Image result for kad kredit
Kredit : Selongkar10

 

Kajian yang dijalankan oleh Institut Kewangan Asia jelas menunjukkan hanya 28 peratus daripada golongan belia di negara ini yang mempunyai keyakinan dan pengetahuan yang baik dalam menguruskan kewangan sendiri dan lebih 58 peratus pula mengakui mempunyai ilmu berkaitan pengurusan kewangan pada tahap sederhana.

 

Lebih membimbangkan apabila BNM dan AKPK mendapati lebih 70 peratus golongan belia hanya membayar lima peratus jumlah minimum bulanan kad kredit masing-masing dan sejumlah 45 peratus lagi didapati gagal membuat pembayaran balik hutang mengikut jadual yang telah ditetapkan.

 

Keadaan ini sangat membimbangkan dan melihatkan kepada kita bahawa golongan belia di Malaysia tidak mengamalkan kaedah perbelanjaan dan pengurusan kewangan yang betul.

 

BNM juga mendapati selain daripada kad kredit dan pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan dan pinjaman perumahan juga boleh meletakkan risiko untuk golongan belia di negara ini terjerumus ke perangkap muflis.

 

Selain daripada memberikan maklumat dan pendidikan yang bersesuaian terhadap golongan belia untuk mereka mengelak daripada terlibat dalam hutang yang tidak perlu ini, apakah langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh Kerajaan bagi memastikan kadar keberhutangan dalam kalangan belia ini dapat dikurangkan sehingga mencapai ke tahap yang bersesuaian?

 

Atau adakah hal berkaitan hutang ini merupakan satu hal bersifat peribadi yang hanya boleh diselesaikan dengan kefahaman baik terhadap aspek pengurusan kewangan sendiri secara lebih cekap?

 

Namun apa yang pasti, pengenalan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) boleh dilihat seperti satu berita buruk kepada golongan belia yang memiliki hutang kad kredit. Ini kerana melalui SST semua pengguna kad kredit dan kad caj akan dikenakan semula cukai dengan kadar sama rata RM25 untuk kad kredit utama dan kad tambahan.

 

Image result for akpk
Kredit : Loanstreet

 

Adakah ini langkah yang baik untuk pengguna khasnya golongan belia yang memiliki kad kredit? Atau adakah wujud keperluan untuk Kerajaan memansuhkan caj ini khas untuk golongan belia bagi membantu mereka mengurangkan kadar hutang yang ditanggung?

 

Sudah tentu setiap keputusan itu mempunyai implikasi tertentu dan mengenakan kembali caj dan cukai kepada kad kredit boleh dilihat sebagai satu usaha untuk memastikan golongan belia tidak mudah untuk memohon dan memiliki kad berkenaan.

 

Malah sewajarnya di pihak kerajaan terdapat mekanisme jelas memastikan kad kredit ini hanya boleh dimohon jika golongan belia ini mempunyai keupayaan yang mencukupi dan bukan sekadar pendapatan minimum yang hanya menjerat mereka kepada perangkap yang lebih bahaya termasuk muflis.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…