fbpx

Intipati Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara

Oleh : Kauthar Rozmal
05 September 2018 - 6:48 pm

Reading Time: 3 minutes

Pada kongres bumiputera bertemakan “Mendepani Cabaran Bumiputera dalam Malaysia Baharu” yang lepas, pemimpin pakatan harapan telah memberikan idea, komen dan perancangan bagi membantu usahawan bumiputera menjadi lebih berdaya saing di masa hadapan.

 

Berikut adalah intipati daripada Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Azmin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

“Bantuan kewangan seperti BR1M hanya melemahkan kita, kita tidak sepatutnya menunggu bantuan sampai. Kita sepatutnya berusaha sendiri untuk mengatasi kelemahan diri dan merubah nasib diri” – Tun M

1. Beliau menegaskan mengenai pemberian AP. Amaran diberikan kepada sesiapa yang menjual AP mereka kepada orang lain untuk membatalkan kontrak mereka.

2. Pemberian bantuan kewangan seperti BR1M tidak bagus kerana menjadikan mereka malas untuk berusaha.

3. Melalui pemberian biasiswa, kerajaan berjaya menaikkan bilangan doktor bumiputera daripada 2% kepada 40%.

4. Ramai yang diberi bantuan dan peluang tidak berjaya kerana mereka malas berusaha.

5. Kebanyakan tanah di Kuala Lumpur bukan lagi milik Bumiputera kerana mereka lebih suka menggunakan jalan mudah untuk menjadi kaya dengan menjual tanah.

6. Beliau mengingatkan kaum Bumiputera supaya berusaha untuk mendapatkan wang bukannya menunggu bantuan daripada kerajaan sahaja.

7. Kaum Melayu tidak mampu bersaing jika rakyat negara China diberikan peluang untuk membeli hartanah di Malaysia.

 

“Saya bernasib baik berpeluang melihat banyak bangsa, banyak negara di dunia ini, dan saya perhatikan bahawa bangsa yang maju itu bukan kerana warna kulitnya, ataupun mereka tinggal di kawasan yang lebih sejuk daripada tropika.

Bangsa yang maju itu, maju kerana budaya mereka, pegangan mereka kepada nilai hidup yang membina. Kita perlu ubah nilai hidup kita, supaya kita mempunyai dan mengamalkan nilai hidup yang boleh memberi kejayaan kepada kita.” – Tun M

 

 

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali:

 

“Jangan ada lagi kotak pemikiran lama. Ini bukan Melayu rasuah. Ini bukan Melayu ‘Ali Baba’. Sebab kalau kita amalkan rasuah, ketirisan, kebocoran, ‘Ali Baba’ atau surat sokongan, masalah tidak selesai.” – Azmin

 

1. Bumiputera perlu mencipta kekayaan melalui pemilikan ekuiti, bukannya mengambil kekayaan daripada kaum bukan bumiputera.

2. Untuk pertama kalinya, kongres ini membincangkan nilai, moral, etika dan integriti.

3. Satu polisi pembangunan bumiputera akan diwujudkan.

4. Amalan rasuah, ketirisan, kebocoran, ‘Ali Baba’ atau surat sokongan perlu diberhentikan.

5. Beliau yakin kerjasama antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir mampu membantu memperkasakan agenda Bumiputera.

6. Beliau ingin mengubah persepsi bukan bumiputera terhadap bumiputera yang dulunya terkenal dengan rasuah kepada bumiputera yang berintegriti.

 

“Rasuah ini bukan masalah orang Melayu. Apabila berlaku rasuah semua terpalit, malahan negara boleh runtuh kalau kita amalkan rasuah. Lihat saja 1MDB. Melayu lah tu. Setiap tahun songkok enam inci, keris panjang” – Azmin

 

 

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim

 

“Harapnya saya dapat kembali ke parlimen dalam masa terdekat. Jika ada sebarang korupsi dan salah laku, saya akan bersama pembangkang untuk menentang kerajaan dalam isu ini” – Anwar

 

1. Pemimpin perlu bermuafakat untuk mendengar keluhan dan cadangan rakyat.

2. Beliau menegaskan bahawa kesilapan kerajaan lama berkaitan rasuah dan korupsi tidak patut diulangi.

3. Sebarang keputusan daripada kerajaan tidak boleh dilaksanakan secara melulu.

4. Pembangkang perlu menjadi auditor bagi pihak kerajaan.

5. Kerajaan akan merangka dasar ekonomi Bumiputera yang akan membantu kesemua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

6. Tun Dr Mahathir memberitahunya bahawa kerajaan akan membawa pendekatan polisi yang lebih liberal, adil dan saksama tanpa mengira kaum minoriti atau majoriti.

7. Perkara yang melindungi Bumiputera, Islam, Raja-raja dan Bahasa Melayu yang sedia termaktub dalam Perlembagaan akan terus dijaga.

8. Kerajaan perlu mempunyai hasil dapatan dan kekayaan sebelum diagihkan kepada rakyat.

9. Rakyat perlu memberi masa kepada kerajaan untuk menyelesaikan berberapa isu terutamanya berkaitan manifesto.

10. Beliau akan bertanding untuk kerusi parlimen dalam masa terdekat.

 

“Allah telah menetapkan kami berdua untuk berkerjasama menyelamatkan Malaysia daripada salah guna kuasa” – Kata Anwar merujuk kepada Tun Dr Mahathir.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…