fbpx

Isu Straw Plastik – Satu Analisis Ringkas

Oleh : Kapital
28 September 2018 - 4:00 pm

Reading Time: 3 minutes

Baru-baru ini kecoh isu mengenai isu pengharaman penggunaan straw plastik konvensional bermula 1 Januari 2020 oleh kerajaan. Pelbagai reaksi daripada rakyat, ada yang positif dan ada yang negatif.

 

Analisis ringkas mengenai isu ini ditulis oleh Norshahkang Shuaib

 

Sebagai seorang yang melibatkan diri dalam dunia kitar semula, saya antara yang gembira mendengar khabar pengharaman straw plastik selepas ini.

 

Semasa dalam pengajian PhD, topik kajian saya adalah ‘Proses kitar semula bahan komposit dengan penggunaan tenaga yang cekap’ (Energy efficient composite recycling processes). Projek ini merupakan sebahagian daripada projek EXHUME yang ditaja oleh oleh EPSRC UK dengan tajaan lebih 1.4 juta Pound Sterling, melibatkan empat buah universiti iaitu Manchester, Exeter, Birmingham dan Cranfield.

 

Sekarang ini di Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Universiti Malaysia Perlis – saya mengajar satu subjek bertajuk PDT 463: Material for Energy and Enviromental Sustainability. Sememangnya dalam kelas, pelajar akan diajak berfikir tentang isu kitar semula dan kelestarian. Ini antara subjek yang saya suka ajar.

 

Maka tentulah dengan pengalaman saya, saya gembira dengan usaha ke arah kelestarian alam sekitar, termasuklah pengharaman straw plastik ini.

 

Saya kongsikan sedikit pandangan, berdasarkan pengalaman saya. Sebenarnya pandangan ini lebih kepada persoalan untuk diambil kira oleh pihak berkuasa.

 

Saya tidak mempunyai jawapan tepat dalam isu ini, apa yang saya boleh buat hanyalah melemparkan beberapa cetusan persoalan untuk terus dikaji dan difikirkan.

 

1. Adakah usaha reuse dan recycling straw plastik sudah dibuat?

Reuse bermaksud guna semula, recycling bermaksud menghancurkan bahan sedia ada untuk menghasilkan produk baru. Untuk straw, reuse mungkin agak ‘menggelikan’ walaupun sebenarnya boleh sahaja jika dicuci dengan kaedah betul.

 

Recycling straw plastik saya kira tidak sukar kerana straw diperbuat daripada thermoplastik yang mudah dicairkan dan dibentuk semula (tidak seperti plastik thermoset yang akan menjadi ‘char’ apabila dibakar). Maksudnya, straw boleh dikumpul – dihancurkan (grind) menjadi pallets dan dibentukkan semula. Jika ini boleh dilakukan, bermakna impak terhadap alam sekitar akan dapat dikurangkan, walaupun akan ada isu penggunaan tenaga untuk proses grinding / hammer mill semasa kitar semula.

 

2. Apa bahan alternatif straw plastik?

Straw daripada bahan biodegradable sangat menggalakkan. Contohnya straw daripada tumbuhan. Masalah dengan produk sebegini adalah ‘constant supply’ – contohnya jika straw di Malaysia selepas ini akan dibuat daripada jagung – maknanya perlu difikirkan soalan-soalan sebegini:

a) Apakah cukup tanaman jagung di Malaysia untuk dijadikan straw?

 

b) Jika tidak cukup tanaman, adakah pihak sanggup buat ladang jagung untuk hasilkan straw? Kalau straw diperbuatkan daripada daun/bulu jagung, macam mana dengan jagung? Adakah akan ada isu over supply buah jagung yang akan merugikan?

 

c) Jika kilang straw di Shah Alam, ladang jagung nak letak mana? Contohnya ladang jagung mungkin di Kuantan – bagaimana pula transport dari Kuantan ke Shah Alam? Pencemaran boleh jadi jika berpuluh-puluh lori digunakan setiap hari untuk mengangkat jagung dari Kuatan ke Shah Alam.

 

d) Macam mana nak dapat constant supply jagung dalam masa setahun? Mungkin boleh tanam ikut peringkat. Tapi adakah cost effective? Kalaulah pokok jagung hanya berbuah 3-4 kali setahun, jadi penghasilkan straw pun kena tunggu 3-4 kali setahun?

 

(Banyak lagi faktor sebenarnya. Untuk pengetahuan anda, faktor A sehingga D inilah antara punca mengapa produk daripada bahan kitar semula / biodegradable sukar dikomersialkan. Sebab itu kita tengok banyak saja produk kitar semula dihasilkan daripada penyelidikan universiti, tetapi untuk komersial – SUSAH!)

 

3. Bagaimana dengan alternatif menggunakan straw besi?

Saya ada nampak sahabat di FB mencadangkan penggunaan straw besi yang boleh digunakan semula. Menarik tu.

Sila fikirkan persoalan di bawah:

a) Adakah rakyat Malaysia mampu untuk ada straw besi seorang satu? Berapa harganya? Mungkinlah tak mahal mana sebab kecil sahaja saiznya.

 

b) Adakah rakyat boleh berdisiplin untuk bawa straw besi ke mana sahaja? Straw besi berat berbanding straw plastik. Ini boleh diselesaikan dengan cara berkempen, tapi adakah akan berhasil?

 

c) Berapa banyak besi diperlukan untuk menghasilkan straw kepada semua rakyat Malaysia? Adakah kita mempunyai supply yang secukupnya?

 

d) Embodied energy (kandungan tenaga) dalam besi adalah jauh lebih tinggi berbanding plastik. Seingat saya plastik kandungan tenaganya bawah 50 MJ per kg, berbanding lebih 100 MJ per kg untuk besi. Kalau ikut faktor ini, plastik lebih mesra alam sekitar.

 

Begitulah secara ringkasnya persoalan yang harus difikirkan.

Cadangan saya:

1. Pihak berkenaan perlu buat Life Cycle Assessment (LCA) untuk setiap produk – kaji dengan teliti KESEMUA kesan alam sekitar sesuatu produk.

 

2. Dalam konsep kelestarian ada TIGA tiang utama – economic, environment dan social. Senang cerita – economic adalah berkenaan duit/kos, environment berkenaan alam sekitar dan sosial berkenaan manusia (emosi, peluang pekerjaan dll). Maka pengharaman straw plastik dan cadangan alternatif harus ambil kita kesemua ini.

 

Contoh: Straw besi mungkin lebih mesra alam sekitar, tetapi membuatkan orang susah nak bawa dan simpan – maka tidak mencapailah matlamat kelestarian.

 

Sekian.

Shahkang

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…