fbpx

Kegagalan OBike, Bukan Masalah Mentaliti Rakyat Malaysia

Oleh : Kapital
27 September 2018 - 10:56 am

Reading Time: 5 minutes

OBIKE: BETUL KE RAKYAT MALAYSIA MEMANG TAK BERGUNA?!

 

“Rakyat Malaysia ini teruk.”

“Mentaliti kelas ketiga.”

“Tak macam orang luar.”

“Di China negara yang tak percaya Tuhan, servis ini bagus dan popular.”

“Kalau di Eropah sana elok sahaja.”

 

Amboi.

Baru tahu sikit pasal isu yang boleh bagi nampak macam pandai sikit, terus nak membawang.

Padahal tahu pun daripada posting viral.

 

Ada isu viral sikit, sibuk nak komen tak tahu hala tuju.

Amboi!

Amboi!!

Amboi!!!

 

1. Ye ke rakyat Malaysia SAHAJA yang tak guna?

Ada satu benda paling utama paling penting kita kena tahu pasal oBike ini kalau nak bercerita isu ini.

Tapi kita cerita benda lain dahulu. Baca sampai habis.

 

2. German: Mac 2018, oBike tarik diri dari Munich.

Dewan Bandaraya Munich cakap oBike buat silap dalam memperkenalkan servis ini yang membuatkan banyak basikal kena VANDALISME & banyak bersepah menyemak di bandar.

 

Di German pun kena vandalisme.

 

3. Taiwan: basikal yang parking di tempat letak kereta dapat aduan daripada masyarakat.

Taipei City Government Transportation Department mengharamkan basikal oBike diletakkan di tempat letak kereta. oBike diarahkan tangani perjanjian dengan PBT sebelum sambung operasi.

 

Di Taiwan pun bersepah.

 

Image result for obike
Kredit: New Straits Times

 

4. Australia: oBike menghentikan operasi.

Ramai pengguna tak dapat refund. Deposit sangkut. Butang refund pula hilang daripada appBanyak jugak basikal dijumpai di dalam sungai &  longkang. Di Australia pun kena vandalisme.

 

Seingat saya, dulu saya baca komen orang Melbourne: oBike diperkenalkan tanpa mengira situasi market setempat. Kerajaan tempatan dah sedia ada servis Melboune Bike Share. Pengguna boleh ambil sewa & letak semula di docking station.

 

Ingat benda ini: DOCKING STATION. Nanti kita cerita lagi pasal benda ini.

 

5. Switzerland: oBike tarik diri dari Zurich.

Punca: Basikal kualiti rendah & VANDALISME

 

Sejak tahun lepas oBike dah tak bayar operator untuk maintain basikal itu semua. Di Switzerland yang Eropah maju jaya aman permai mat saleh mata biru ini pun kena vandalisme.

 

Di London sejak tahun lepas lagi dah stop. Mobike pun tarik diri dari Manchester . Gobee.bike, syarikat bike-sharing pertama di Hong Kong pun dah hentikan operasi.

 

Di Amsterdam, tahun lepas lagi oBike dan semua bike sharing yang tiada DOCKING STATION dah kena ban (Ogos 2017).

 

Ingat: docking station!

 

Image result for obike
Kredit: ABC

 

6. Bila ramai orang tengah hangat mengkritik rakyat Malaysia sendiri, saya terus teringat cerita oBike di Australia. (Biasalah, saya memang selalu teringat kampung halaman).

 

Sebelum lagi isu basikal oBike bersepah di Malaysia, di sana dah bersepah dulu.

 

Bila ada orang tanya saya pasal posting viral oBike, saya terus jawab, “Di Melbourne lagi teruk dia punya level. Basikal dalam sungai, dalam longkang, atas pokok, bersusun sangkut di pagar. Bukan isu rakyat Malaysia gayat tak tahu guna.”

 

Di Malaysia ini pun, orang Malaysia ke yang ramai sangat pakai?

 

7. Semuanya kerana terlalu agresif nak ‘conquer market’.

 

Lepas itu jadilah perangai perkenalkan servis tanpa mengira situasi & tak buat kajian pasaran dahulu. Main pakai hentam. Yang penting, marketshare makin besar.

 

Kalau kita nak kata rakyat Malaysia tak guna, kita kena adil. Rakyat di SEMUA NEGARA yang oBike masuk, semua tak guna!

 

Tetapi, kalau semua tak guna, nak salahkan semua pengguna ke? Ke salah sendiri yang tak fikir planning betul-betul?

 

Salah dia punya planning & perlaksanaan, tetapi sibuk nak salahkan pengguna. Entahnya saja guna duit. Asal ada bisnes. Lepas tu pusing duit. Cuci duit.

 

8. Sama macam kes Uber.

Saya ada baca satu esei panjang lebar pasal Uber vs Grab.

 

Uber sendiri mengaku mereka terlalu agresif dan tak belajar untuk adapt dengan market. Mereka asal ada bajet, terus buka market baru, kadang-kadang local office pun tak bukak. Main masuk sahaja. Tak peduli pasal undang-undang lokal.

 

Uber sendiri akui Grab lebih faham market Asia Tenggara.

 

Benda paling besar: Pembayaran guna kad. Uber ingat sini macam di tempat asal dia. Grab dari awal dah perkenalkan bayar guna tunai. Uber buat jugak, tapi dah terlambat.

 

Image result for obike
Kredit: Junkee

 

9. Jadi, mananya yang kata rakyat Malaysia tak guna, oBike di luar hidup bahagia tumbuh segar bugar?

Sama sahaja bersepah merata.

 

10. Ini yang paling penting yang saya cakap di atas tadi:

oBike berasal dari Singapura. Di sana pun dah hentikan operasi. BUKANNYA oBike keluar dari Malaysia sahaja, market lain dia stay elok.

 

Tidak sama sekali tuan-tuan dan puan-puan. OBike di Singapura, di HQ dia sendiri pun dah tutup!

 

Sekarang ini nasib operasi oBike di luar dan semua pelanggan oBike yang ada load duit deposit dalam app tu tak tahu apa hala tuju. Dan sekarang ini ada kes penyelewengan dana (lebih tepat: misappropriation of fund) pula bernilai S$10 juta.

 

Duit deposit banyak nak kena refund, tapi duit dah bawak lari dulu.

 

11. BONUS:

Cuba fikir apa jadi kalau kita buat servis sewa basikal tanpa DOCKING STATION yang khas?

 

Dockless / stationless.

 

Memang tak salah untuk pengguna ambil guna dan letak tepi bus stop bila dah selesai guna. Memang kata tak perlu hantar ke docking station, boleh je letak mana-mana. Dia pun letak elok-elok je tegak. Tak salah pun.

 

By definition:

Dockless = letak semula di mana saja i.e. letak merata.

 

2-3 hari lagi tak tentu basikal itu masih tegak. Basikal dah jatuh tergolek, tiada operator nak kutip dan maintain, dah merata-rata pulak, ada ke orang nak guna lagi? Basikal dah tergolek, dah jatuh kategori sampah di mata orang, memang akan dilayan macam sampah.

 

Lagipun kalau kita nak selamatkan, nak hantar ke mana? Bukannya ada docking stationItu baru satu basikal. Multiply situasi ni dengan berapa ribu buah basikal yang ada. Tak ke semak?

 

Kalau dah tiada docking station, service provider kena  fikir siapa yang nak maintain dan kutip semua basikal yang merata-rata ni? Itulah, duit banyak-banyak, beli basikal dahulu. Cuba beli otak yang bergeliga. Kalau panggil saya jadi consultant, awal lagi saya dah ‘seligi kepala sekor-sekor’.

 

Sama  macam kita nak meniaga. Duit modal habis beli produk, tak fikir pun untuk pelan strategi. Sudahnya strategi ke laut, produk duduk diam bawah katil.

 

12. BONUS YANG SATU LAGI:

Bila dapat sesuatu isu, cuba fikir lama sikit. Cuba fikir dalam sikit. Ini laju jari daripada otak. Pantang isu viral nak terus komen tak sempat fikir.

 

Cuba fikir lebih sikit. Baca sedikit pasal apa jadi di tempat orang. Ya, ada benda bagus di tempat orang. Ada benda baik kita boleh bawak balik.

 

Buang sampah elok. Lepas makan, kemas tray. Bawa kereta utamakan pejalan kaki.

 

Benda paling mudah saya dapat sepanjang 6 tahun setengah tinggal di Australia: Datang awal waktu (if you’re on time, you’re already late) & pakai seat belt masa memandu. Dan, memandu 60 km/j.

 

Tapi orang luar sana pun manusia juga. Tak la mereka tu hebat melangit tinggi sangat. Ada juga buruknya. Ada juga baiknya. Ambil bersederhana sahaja.

 

Artikel ini ditulis oleh saudara Bukhari Ramli

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…